Mama, akhirnya kau pergi jua

The story of a cancer fighter

Tanggal 25 Februari, tahun 2020, bersamaan 1 Rejab 1441, pukul 3 pagi, akhirnya mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah. Memang itulah yang mama inginkan, pergi menyambut panggilan Ilahi di rumah, bukan di hospital.

Mama disahkan menghidap kanser rahim sejak dua tahun lalu. Boleh baca kisahnya yang kak Nur coretkan di SINI. Selepas menjalani pembedahan membuang seluruh organ peranakannya dan melalui 6 sesi kemoterapi, mama akhirnya beransur pulih, Alhamdulillah.

Tapi pada penghujung tahun lepas, dalam bulan Oktober gitu, mama mula mengadu sakit perut sampai tak bermaya. Masa tu abah dengan mama dah plan nak datang umah kak Nur. Kak Nur dah tukar tilam dalam bilik diorang agar diorang dapat tidur lebih selesa dan belikan cadar baru. Sayangnya abah aje yang datang sebab mama tak larat naik kereta dengan sakit perut begitu.

Apabila ke klinik, biasalah doktor hanya merawat on the surface. Bagi ubat tahan sakit, ubat charcoal hitam tu. Tapi dalam hati, kak Nur tahu, mama bukannya sakit sebab angin ataupun sembelit. Nak pergi Klinik Kesihatan ataupun hospital, mama cakap appointment lambat lagi, dalam bulan December gitu. Masa tu baru nearly end of Oktober kot. Lama lagi nak tunggu appointment tu.

Kak Nur cuma minta tolong abang sulung bawa mama pi GH for further checkup. Tapi mama cakap tak payah. Tunggu appointment je 😔

Lebih daripada sebulan mama tahan sakit, akhirnya mama setuju pergi GH. Tarikh 20 November 2020. Pergi kat Emergency, doktor amik darah, buat x-ray, semua ok. Mama hanya di dripkan sahaja. Of course masa tu keadaan mama ok lah. Balik dua tiga hari, sihat macam biasa. Lepas tu, mula balik sakit perut. 

Pada 9 December 2019, mama kena buat Colonscopy di GH. Malangnya tak dapat nak buat sepenuhnya sebab kamera tak dapat nak masuk. Masa tu abang sulung kak Nur wasap di group keluarga beritahu mama kena buat CT Scan segera. Nak buat di GH lambat. Jadi terus gi hospital private untuk buat CT Scan. Resultnya usus mama tersumbat dan kena segera buat pembedahan.

Terkejutlah kak Nur terima berita tu. Terus balik Penang malam tu juga dengan anak-anak semua. Sampai di rumah, terkejut tengok mama ada di rumah. Ingatkan mama kena admit balik di GH. Mama ok. Cuma nampak lemah. Legalah juga dapat jumpa mama.

The next day, mama pi semula GH. Jumpa pakar yang merawat mama dan mama pun kena admit. Di hospital, walaupun mama admit, tapi doktor tak beritahu lagi bila mama akan dibedah. Hairan juga akak Nur. Dalam hati fikir mungkin doktor nak clearkan usus tersumbat tu. Jadi idaklah perlu pembedahan. Bila tanya abah, dapat jawapan yang tak jelas pula. Jadi akak tanya abang sulung. 

Katanya berdasarkan CT Scan tu, ada ketumbuhan (kanser yang datang balik) kat luar usus mama. Tu yang menyebabkan apabila mama nak buang air besar, mama akan rasa sakit dan kesannya mama sembelit. Pembedahan tu akan divert usus mama ke perut untuk melancarkan proses membuang air besar 😞

Masa mama kat hospital tu, hari-hari akak Nur gi lawat. Nampak keadaan mama stabil. Boleh bercakap dan sembang macam biasa. Kak Nur rasa macam tak perlu pun nak bedah semua. Jadi harapnya doktor takdelah nak bedah juga.

Pada 12 December, abah wasap dalam group beritahu mama akan dibedah pada 13 December (Jumaat). Masa 12 haribulan tu, akak Nur melawat mama dan bersembang-sembang dengan mama. Memang keadaan mama sihat sangat. Bersembang pun macam biasa. Wayar yang disambungkan ke dalam hidung mama dah terbuka, jadi mama memang nampak sihat macam biasa.

Bila nak balik tu, akak Nur pandang muka mama dalam-dalam. Dalam hati rasa sayu sangat sebab mama senyum dan nampak sangat sihat 😢 Kak Nur tahu, lepas operation nanti, pasti mama akan kesakitan. Takkan nampak sihat macam yang akak tengok tu.

Keesokan harinya, dalam pukul 10 pagi gitu, mama masuk ke OT. Abang kedua kak Nur tunggu dari pagi sampai ke petang tak keluar-keluar. Dalam pukul 5 petang baru mama dihantar ke wad. Tu pun drowsy yang sangat teruk dan tak sedar. Doktor yang bedah mama datang tengok mama dan terangkan keadaan mama kat kami. Katanya diorang masukkan kamera dan tengok di dalam. Ada sel-sel kanser di luar perut dan bahagian kolon. Nothing can be done on that. Operation yang diorang buat, hanyalah divert usus mama ke perut untuk kurangkan kesakitan mama bila nak membuang air besar. ITU SAHAJA.

Untuk sel-sel kanser yang telah merebak, mama kena buat kemoterapi untuk membunuh sel-sel tersebut. Itupun tengok keadaan kesihatan mama, sama ada mama mampu nak melalui kemoterapi atau tidak.

Lepas tu, mama stay di hospital beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar. Rutin baru mama bermula. Mama kena pakai beg stoma di perut. Rasanya mama memang sangat-sangat tak selesa dengan keadaan begitu. Bila kak Nur balik, mama takde selera makan sangat. Makan pun hanya dua sudu nasi. Ubat langsung mama taknak makan. Bila nak makan ubat, mama akan muntah. Jadi mama langsung tak nak makan. Ubat kencing manis, darah tinggi pun mama dah tinggalkan.

Masa ni, mama masih lagi ok. Walaupun makan sikit-sikit, tapi masih lagi makan. Ada juga muntah sebab angin. Boleh bersembang dengan saudara mara yang datang melawat. Masih ok semuanya. Tapi sakit tu tetap ada. Appointment mama masa Januari, doktor tanya nak buat Chemo atau tak. Mama cakap taknak Chemo dah. Kami adik beradik pun setuju dengan keputusan mama. Mama takkan mampu nak bertahan sakitnya lepas kemoterapi nanti.

Tiap-tiap malam apabila kak Nur balik, kak Nur akan gosok kaki dan tangan mama. Gosok belakang mama. Sedih tau bila dah habis urut, mama bersalam dengan kak Nur dan mohon maaf. Padahal kak Nur ni anak. Patut kak Nur yang minta maaf 😭

Mama ada juga dimasukkan ke wad sebab sakit. Tapi bila warded pun, mama hanya dapat drip. Bila drip, memang mama akan ok. Then mama akan minta untuk balik. Sehari dua ok, then mama akan sakit balik.

Kak Nur bincang adik beradik, abang kak Nur suruh bagi panadol soluble kat mama untuk kurangkan sakit mama. Bila mama minum sikit terus taknak sebab pahit katanya. Seteguk macam tu je mama minum. 

Pada masa yang sama, kami berhubung dengan Hospice Penang. Hospice ni adalah suatu badan di bawah KKM untuk merawat pesakit-pesakit kanser (terminally ill patients). Nurse atau doktor akan datang rumah untuk memantau keadaan pesakit secara percuma. Cuma kalau equipment macam drip terkeluar nak pasang balik tu je kena bayar. Katil hospital pun dipinjamkan kepada kami untuk kegunaan mama. Tangan mama memang ada drip Morfin untuk tahan sakit mama.

Ada juga mama masuk hospital di bawah Hospice (plus minus seminggu sebelum mama meninggal). Tapi macam biasa, mama minta keluar walaupun sebenarnya doktor tak approvekan discharge tu. Semuanya atas risiko sendiri. Tapi mama nak keluar juga, so kami ikutkan aje permintaan mama. Balik pun ambulance hantar.

Masa tu kak Nur tak balik. Sempat video call dengan mama thru abang kak Nur. Tapi mama cakap apa pun kak Nur tak dengar. Perlahan sangat. Mostly masa tu tengok mama pandang atas je. Pandang fon pun sekejap sangat. Sebenarnya itulah last bagi kak Nur dapat tengok mama bercakap 😭 At this time, mama memang bedridden. Sebelum tu, mama masih lagi boleh ke bilik air amik wuduk semua.

Hujung minggu terakhir sebelum mama meninggal, kak Nur balik dengan abang kak Nur. Mama hanya terbaring di katil yang dipinjamkan hospital. Panggil pun dah tiada respons. Nampak mama dalam keadaan nazak. Memang masa ni, mama tak makan dah. Minum pun atas titisan air zam-zam yang kami titiskan di bibir mama yang mengering. Sekejap-sekejap kami akan titiskan.

Kat rumah ada mak sedara yang setia menemani in case abah nak pi surau semua. Setiap hari datang. Ada nenek sedara dari Shah Alam yang taknak balik sebab risau jika apa-apa terjadi kepada mama. Ada juga bibik yang dipinjamkan oleh mak sedara yang membantu menjaga mama dan masakkan makanan untuk kami. 

Kak Nur takkan lupa jasa baik semua yang ada ketika kami berada dalam keadaan ini. Percayalah sesungguhnya emosi kami sangat berat pada waktu ini. Terima kasih sebab bersama-sama dengan kami. Takkan kak Nur lupa jasa baik kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua. 

Hari Ahad, 23 Februari 2020, abang kak Nur cakap, mama asyik tak sedar sebab dos Morfin mama sangat tinggi. Jadi abang kak Nur kurangkan dos. Memang mama macam sedar, cuma macam mengerang sakit. Tapi respons memang takde dengan kami. Sampai KL, abah bagitau mama macam sakit. Jadi dos Morfin dinaikkan semula.

Hari Isnin, kak Nur gi kerja macam biasa. Masa tu terfikir, macam mana mama tak makan dan minum pun titisan air. Sikit sangat air tu...

Early morning 25hb Februari tu, kul 3 pagi lebih telefon berbunyi. Mujurlah kak Nur dengar. Abang kedua kak Nur call. Dia tanya dah tahu ke? Akak blur-blur cakap tak tahu. Dia cakap mama dah meninggal. Siaplah jap lagi dia datang. 

Akak pun bangun bersiap barang-barang semua. Tak lama abang akak sampai. Tunggu anak buah kak Nur datang dari USIM pula. Dalam pukul 4.30 pagi kami bertolak balik. Penuh kereta. Dalam pukul 7.15 pagi kami sampai. Sempat solat subuh dulu.

Tapi apabila menjejakkan kaki ke rumah, terus kak Nur melihat jenazah mama dulu. Hiba dan sebak rasa hati bila melihat mama. Mata mama tak tertutup rapat. Mama nampak sangat macam bila kak Nur balik weekend sebelum tu. Nampak macam masih ada 😭 Apa pun, kak Nur redha dengan pemergian mama. Cukuplah dengan kesakitan mama, biarkan mama berehat.

Mama dimandikan dalam pukul 11. Alhamdulillah kak Nur berada di samping mama menguruskan mandi jenazah dan dikafankan. Selepas penghormatan terakhir di surau, mama terus dihantar ke Masjid. Selepas solat Zuhur berjemaah, terus diadakan solat Jenazah sebelum dihantar ke tanah perkuburan. Dalam pukul 3 petang, selesai semuanya.

Allahuakhbar, bila difikir-fikir balik, percaturan Allah sangat baik. Mama pergi sebelum PKP dilaksanakan. Kalau tak, bayangkan kami tak dapat berulang-alik menjenguk mama. Nak menguruskan mama pun pasti sukar dengan ketiadaan orang yang bersama-sama dengan kami.

Apa pun, pembaca yang disayangi, andai kalian membaca sehingga ini, mohon bacakan Al-Fatihah sebagai sedekah untuk mama. Semoga mama aman damai di sana. Terpelihara daripada seksa kubur. Kembali ke kampung halaman dalam keadaan suci bersih daripada segala dosa. Aamiinnn.


Previous
Next Post »
0 Komentar