Kali ini, untuk meraikan sahabat kak Nur yang tengah menghitung hari untuk bersalin, kak Nur up kan lagi petua untuk memudahkan proses bersalin. Tapi ingat, setiap orang adalah unik. Semuanya rezeki masing-masing dan kita usahakan yang terbaik.
Alhamdulillah dah hampir setahun pengalaman kak Nur sendiri mengalami proses bersalin. Hehehe Alhamdulillah proses bersalin yang lepas sangat-sangat dipermudahkan oleh Allah. Boleh baca di SINI. Syukur sangat sebab pengalaman sebelum itu agak perit.
Antara petua di saat akhir bagi yang menghitung hari untuk memudahkan proses bersalin yang boleh kak Nur kongsikan:
💚 Doa setiap masa agar baby sihat, diri sendiri sihat dan proses bersalin menjadi mudah apabila tiba masanya nanti. Banyakkan solat sunat Taubat dan Hajat dan sujud lama-lama supaya membantu memperbetulkan posisi bayi supaya berada dalam keadaan yang bersedia untuk dilahirkan.
💚 Buat to-do list berkenaan perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum baby lahir.
💚 Daripada to-do list tu, senaraikan perkara yang harus diselesaikan sebelum baby lahir, antaranya:
👉 Mengemaskan dapur agar lebih bersih dan teratur supaya lepas bersalin, suami atau Confinement Lady senang nak memasakkan makanan berpantang
👉 Membersihkan semua bilik air (kalau tak larat, jangan paksa diri) agar lepas bersalin, bilik air lebih selesa digunakan. Jika ada tetamu pun, kita tak rasa malu untuk membiarkan mereka menggunakan bilik air.
👉 Memastikan beg bayi dan ibu dah tersedia untuk dibawa ke hospital (hahaha kak Nur gi hospital sehelai sepinggang sebab tak percaya yang dah nak bersalin pada hari tu 😂)
👉 Jika mampu, bersih dan kemaskan rumah agar lebih kemas dan teratur.
Haha kalau tengok to-do list ni macam nak buli ibu mengandung pulak 😅 Tapi perasan tak, semua to-do list tu melibatkan pergerakan yang agak extreme. Extreme sebab kerja-kerja tersebut membantu pergerakan bayi turun dan indirectly, InsyaAllah akan memudahkan lagi proses bersalin.
Namun, terdapat pengecualian bagi petua ini. Bagi ibu-ibu yang berisiko atau kesihatan yang tidak berapa baik, elakkanlah daripada melakukan kerja-kerja berat.
Kak Nur sendiri, masa usia kandungan dalam trimester kedua dan ketiga, ada masa-masanya merasa sakit di bahagian bawah perut. Masa sakit tu, kak Nur memang banyak berehat. Bagi kak Nur, sebaiknya semasa nak bersalin, biarlah kesakitan tu dah tiada supaya kita dapat melalui proses bersalin dengan tenang dan gembira.
Kalau taknak buat kerja-kerja berat seperti yang dinyatakan di atas pun boleh. Dengan syarat, aktifkan diri bergerak. Rajin gi cuci mata dekat mall ke, rajin bersenam naik tangga ke. InsyaAllah pergerakan-pergerakan ini memang akan sangat-sangat membantu dalam proses bersalin nanti 😍 Selebihnya boleh baca di SINI.
Masa kak Nur kena induce masa nak bersalin baby kedua dulu, kak Nur tak banyak bergerak. Asyik berehat di rumah je. Boleh baca pengalaman kak Nur di SINI (part I) dan SINI (Part II). Memang best masa tu sebab dapat MC sementara menantikan tarikh nak induce baby. Orang cakap, perkara yang lepas jangan dikenang. Tapi kita jadikan pengajaran untuk masa depan kan 😊
Harap entry kali ini dapat membantu. Entry kali ni sebenarnya lebih fokus kepada usaha-usaha di saat-saat akhir sebelum proses bersalin. Kak Nur doakan agar ibu-ibu yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata dipermudahkan segala urusan dan juga proses bersalin, ibu dan baby dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera sentiasa 😘
Psstt: Kak Nur iklan sikit je kat sini. Kalau nak proses berpatang berada dalam keadaan yang sihat bertenaga, susu meriah, kulit jadi gebu dan cantik, boleh dapatkan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat bagus sebab orang memang tegur yang kulit sangat cantik lepas masuk kerja lepas berpantang. Yang ni leh Whatsapp kak Nur di 012-5538628 atau klik je SINI untuk mendapatkannya 😍
Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall,
Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk
maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich
Enterprise – 002912581-X
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping
Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
4 Komentar
Great, You write good content Thanks for the thoughts and ideas.
BalasI read a few of your other posts. Keep up the good work.Great Post….. Looking forward to reading more from you down the road!
BalasGreat Post….. I read a few of your other posts.
BalasThis is a useful information, I learn a lot of new things from this.Thanks for the thoughts and ideas.
Balas