Apa nak buat?
Situasi bayi tak boleh berpisah dengan ibu ayah ni memang agak berat sikit nak dihadapi. Selalunya perkara ini berlaku apabila bayi dah mula kenal orang. Boleh terjadi seawal usia 7 bulan. Keadaan paling kritikal adalah di antara umur 10-18 bulan.
Gambar ihsan Google
Dalam bahasa Inggeris, dipanggil 'Separation Anxiety'. Dalam fasa ini, orang yang tak biasa dilihat bayi, jangan harap untuk dukung atau sentuh 😂baby akan berkepit dengan ibu, ayah atau penjaganya je.
Masalah yang selalu timbul ialah apabila bertukar penjaga. Fuhhh nak mencari penjaga baru tu, erkkk tak senang 😂 Rata-rata kak Nur baca pengalaman ibu-ibu yang lain, memang asyik bertukar penjaga je sebab penjaga atau babysitter pun tak tahan. Baby asyik menangis dan tak boleh tinggal. Nanti anak-anak jagaan yang lain pula yang terabai.
Bagi ibu bapa yang terpaksa bertukar penjaga atau pun sedang menghadapi bayi yang berada dalam fasa ini, jom kita sama-sama cuba laksanakan beberapa tips ni:
💕 Jangan memaksa. Apabila merancang untuk menukar penjaga atau babysitter, janganlah terus tinggalkan bayi bersama penjaga dengan begitu saja. Kalau boleh, beberapa hari sebelum nak menghantar bayi, bawa dulu bayi berkenalan dengan babysitter. Beri peluang kepada bayi untuk kenal dan meluangkan masa dengan babysitter. Kalau perlukan dua tiga hari sebelum menghantar bayi direct, terpaksalah amik inisiatif untuk beri bayi luang lebih masa dengan babysitter.
💕 Jika bayi asyik nak melekat dengan ibu, cuba biasakan bayi ditinggalkan berseorangan di ruang yang berlainan. Sebagai contoh, jika bayi sedang tidur di ruang tamu dan ibu di dapur, apabila bayi tersedar daripada tidur dan merengek-rengek, cuba panggil-panggil nama bayi agar dia tahu ibunya ada berdekatan.
💕 Apabila meninggalkan bayi untuk pergi bekerja, ucapkan selamat tinggal dengan pantas. Jika bayi menangis dan dilayankan lagi rengekannya, pasti ibu atau ayah jadi tak sampai hati untuk meninggalkan baby 😊
💕 Biasakan membawa bayi ke tempat yang ramai orang. Adakalanya disebabkan bayi terlalu biasa bersama dengan ibu di rumah, bayi jadi tidak selesa apabila berada di tempat yang terdapat ramai orang yang tidak dikenali. Tapi apabila hendak membawa bayi ke tempat yang ramai orang, pastikan keadaan pada waktu itu tidak terdapat wabak penyakit yang melanda. Pastikan juga menjaga keselamatan bayi daripada orang-orang yang tidak dikenali.
Apa pun, ibu ayah lebih mengenali bayi masing-masing. Tidak salah kalau bayi asyik nak melekat dengan ibu. Usia kecil mereka akan berlalu dengan pantas. Selagi punyai masa, kesihatan yang baik, luangkanlah sebanyak masa yang mungkin untuk mereka. Haaaa jauhkan telefon-telefon pintar daripada bayi ya.
Ibu-ibu yang kepenatan, nak boost energy, boleh dapatkan twin pack Vivix yang tengah promosi dengan 10% diskaun 😱 Vivix ni bukan sahaja membantu mempertingkat tenaga ibu-ibu, malah membantu memperbaiki sel-sel dalaman dan menjadikan ibu lebih cantik dan sihat.
Kalau tengok poster di atas, Set Starter Youth yang best tu pun tengah ada diskaun 😱 Adoi kak Nur sendiri takleh move on tengok promosi ni sebab kak Nur tak leh beli harga tu. Harga set-set di atas ni adalah untuk bukan ahli Shaklee tau.
So nak dapatkan mana-mana set di atas, boleh terus wasap kak Nur dengan klik di link ini --> www.wasap.my/+60125538628 😍
Hubungi saya agen insurans
AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall,
Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk
maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich
Enterprise – 002912581-X
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping
Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar