Ramai geng-geng kak yone yang tengah menanti hari nak bersalin. Termasuklah kak yone 😂 Kak yone ingatkan kali ni baby akan keluar awal. Rupa-rupanya nak hujung-hujung juga. Disebabkan kak yone tak bersalin lagi, maka kak yone tak tahu la kali ni kalau tarikhnya melebihi tarikh EDD ke idak 😀 EDD kak yone minggu depan lepas election.
Masa anak kedua dulu, kak yone memang melewati tarikh EDD. Patut 19 haribulan tapi lahirnya baby pada 21 haribulan. Doktor pula mencadangkan induce sebab baby kelihatan besar. Jadi untuk mengelakkan kesukaran dalam proses bersalin, maka kak yone kena induce. Kalau baby berada dalam saiz yang ok, mungkin kehamilan yang dulu akan extend lebih sikit 😄
Kali ni, kak yone cubalah juga untuk mengelak daripada kena induce. Sebab prosesnya menyakitkan. Tak tahula apa beza antara bersalin tanpa induce dan kena induce sebab masa nak bersalin, kak yone kena induce aje 😁
Yelaaa kalau kena paksa, tak ke lebih sakit, berbanding bersalin secara semulajadi. Tu je la yang kak yone fikir. Apa-apa pun proses bersalin memang menyakitkan. Mudah atau susah, rezeki masing-masing.
Apa yang kak yone baca, ada faktor-faktor yang menyebabkan proses bersalin ini lambat. Antaranya ialah:
💙 Pernah mengalami proses bersalin yang mencapai EDD atau overdue pada kehamilan sebelumnya.
💙 Diri ibu itu sendiri sebenarnya dilahirkan overdue.
💙 Ada keturunan yang melahirkan anak overdue.
💙 Period yang tidak teratur
💙 Tak ingat tarikh period. Jadi EDD tak dapat ditentukan dengan betul.
💙 Mengambil pil perancang sebelum hamil.
Oleh itu, kali ini, kak yone nak cuba amalkan cara-cara mempercepatkan kelahiran tanpa perlu induce. Sebabnya masa gi scan checkup, berat baby bertambah dengan agak extreme. Dalam masa seminggu, berat naik lebih kurang 400g. Sebelum-sebelum ni naik dalam 100g jer.
Last week kak yone ingat baby kali ni lebih kecil berbanding abang-abangnya. Bila tengok berat tadi, adoi. Kalau lewat, mesti doktor cadangkan induce untuk memudahkan kelahiran sebab baby agak besar. Pada masa yang sama, doktor nasihatkan supaya kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis untuk mengawal berat badan kak yone dan juga baby 😋
Daripada pembacaan kak yone, kak yone jumpa beberapa cara untuk mempercepatkan kelahiran untuk mengelakkan overdue atau induce.
Berikut ialah cara-caranya untuk mempercepatkan kelahiran secara semulajadi:
1. Banyakkan berjalan. Kalau rasa sihat bertenaga, silalah berjalan dengan banyak daripada duduk sahaja. Cuma dalam situasi kak yone sebelum ni, kak yone macam sakit di tulang pubis atau celah paha. Jadi doktor nasihatkan kurang berjalan. Ikut keupayaan dan kapasiti masing-masing ya.
2. Banyakkan bersama dengan suami untuk membantu mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Apabila wanita hamil mengalami orgasme, hormon oksitosin akan dilepaskan. Maka, wanita akan mengalami contractions. Di samping itu, sperma lelaki juga mengandungi hormon prostaglandins yang membantu melembutkan pembukaan serviks untuk mencetuskan proses kelahiran.
3. Rangsang payudara. Mungkin pada waktu ini, ibu-ibu boleh stimulate payudara dengan pam susu atau marmet. Kalau keluar susu awal iaitu Colostrum, boleh simpan dan diberi kepada bayi selepas dilahirkan. Tapi kalau tak keluar pun tak apa. Sekurang-kurangnya payudara dah mula bersedia untuk proses penyusuan bayi. Sebenarnya merangsang payudara juga akan merembeskan hormon oksitosin yang mencetuskan contractions.
4. Makan kurma. Kajian mendapati wanita yang makan kurma sekurang-kurangnya sebulan sebelum kelahiran akan membantu memudahkan proses bersalin. Kita pun tahu kurma sangat berkhasiat dan membantu memberi tenaga, terutamanya semasa di dalam labour room. Jadi makanlah kurma. Untung sekarang dah nak masuk Ramadhan. Jadi boleh didapati dengan lebih mudah 😋
5. Banyakkan bersenam seperti squat dan senaman cobbler (duduk sambil menemukan kedua-dua belah kaki). Senaman seperti squat membantu bayi untuk turun dan peregangan di bahagian serviks. Manakala senaman cobbler membantu mengurangkan kesakitan semasa peregangan di dalam proses bersalin.
6. Rajin-rajin mengemas rumah, membasuh bilik air dan mengemop lantai 😅 Hahaha bukanlah nak membuli ibu mengandung. Tapi dengan banyak bergerak, akan membantu baby untuk turun dan mempercepatkan proses kelahiran. Kalau basuh bilik air tu, cuba berada dalam posisi merangkak, untuk membantu bayi memperbetulkan kedudukannya yang sesuai untuk bersalin. Kedudukan macam mana? Baca di SINI.
Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara mempercepatkan kelahiran. Ada yang suggest minum minyak........, makan bendi dan sebagainya. Tapi kak yone selesa dengan cadangan-cadangan mudah di atas. Lebih praktikal dengan kehidupan seharian. Yang penting, aktifkan diri di saat-saat akhir kehamilan untuk memudahkan proses bersalin 😀
Semoga celoteh kak yone bermanfaat. Semoga ibu-ibu semua dipermudahkan dalam proses kelahiran dan diberi kekuatan untuk menjaga baby yang lama ditunggu-tunggu 😘
Haaaa, yang masih lagi mencari-cari Set Berpantang, boleh amalkan Set Postnatal Shaklee yang memang sangat best bagi ibu-ibu selepas bersalin. Lagi satu, tak perlu rungsing kalau baby jaundis, sebab set ini memang selamat diamalkan tanpa memberi kesan buruk kepada bayi.
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar