Posisi terbaik bayi untuk kelahiran

Secara amnya kita tahu, nak melahirkan bayi secara normal, syaratnya kepala baby hendaklah berada di bawah. Tapi apabila kepala baby dah berada di bawah pun, kedudukan kepala dan badannya masih dalam keadaan bebas, sehinggalah proses kelahiran berlaku. So kali ni kak yone baca dan share pasal posisi terbaik bayi untuk kelahiran.

Topik ni keluar sebab semalam gi checkup, doktor scan dan kata belakang baby macam berada di bahagian sebelah kanan kak yone. Sebabnya kak yone selalu tidur mengiring ke kanan. So doktor nasihatkan cuba ubah posisi tidur mengiring ke kiri, yang mana lebih baik berbanding mengiring ke kanan.

Saranan doktor tu supaya posisi baby kembali lurus, berbanding keadaan sekarang yang agak menyenget ke kanan 😊

Sebaik-baik posisi baby untuk kelahiran ialah, kepala berada di bawah dan bahagian belakang baby menghadap ke bahagian perut ibu. Posisi ini dipanggil occipito-anterior position.

Kedudukan occipito-anterior

Dalam keadaan ini, proses kelahiran akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana bayi akan mudah dikeluarkan, rasa sakit yang terkawal dan dapat mengurangkan risiko cser. 

Bagaimana yang jadi mudah tu? Sebabnya, kepala baby akan muat dengan baik ke dalam kawasan pelvis, bahagian belakang kepala baby akan menekan secara serata ke arah pintu rahim yang akan memudahkan pembukaan.

Ada juga bayi yang berada dalam keadaan kepala di bawah, namun bahagian belakangnya bersandar pada tulang belakang ibu. Posisi ini dipanggil occipito-posterior position.
Pada posisi ini, proses bersalin mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang dan lebih menyakitkan. Walau apa pun, selalunya sebelum dilahirkan bayi akan cuba untuk memusingkan badan ke posisi yang betul iaitu posisi anterior.

Kak yone baca, takde kaedah khusus pun untuk membetulkan kedudukan bayi secara spesifik. Tapi apabila dah masuk minggu ke 37 ke atas, ibu-ibu banyak-banyakkan bersujud dan luangkan masa untuk berada dalam keadaan merangkak. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan membantu bayi memperbetulkan kedudukannya sebagai persediaan kelahiran 😊

Nak dapatkan set berpantang Shaklee atau mana-mana vitamin/produk Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar