Hidup tak seindah yang diharapkan. Ada masa kita mengharapkan pelangi indah menyinari hari kita.
Gambar ihsan Google.
Tapi Allah takdirkan hujan lebat bersama petir dan guruh.
Gambar ihsan Google.
Tapi kan, bila difikir-fikir balik, apa yang telah Allah tentukan untuk kita sebenarnya ialah permintaan kita sendiri?
Fikir sendiri ekkk. Kita selalu berdoa macam-macam, antaranya ialah agar diperluaskan lagi rezeki ke atas kita. Mungkinkah, dugaan yang melanda adalah suatu anjakan paradigma untuk memakbulkan doa kita itu sendiri? Mana mungkin kehidupan yang mudah datang mudah-mudah sebegitu sahaja kepada kita. Pasti ada onak duri untuk kita tempuh sebelum mencapainya.
It's not the end of the world anyway. Apa pun dunia hanya sementara. Sejauh mana kita hendak bergembira dan berbahagia, padahal akhirat yang kekal abadi menanti kita. Lagi indah jika kehidupan di sana nanti kita dalam keadaan bahagia dan gembira 😊
Oleh itu, tak perlu pun kita buat kerja Tuhan. Allah dah mentadbir kehidupan kita serba cantik. Apabila dugaan datang, apa yang kita harus lakukan ialah bersabar dan solat. Takkan lari rezeki yang telah ditetapkan ke atas setiap hambaNya. Malah takkan berkurang dan bertambah tanpa izinNya.
Lalui dan tempuhi setiap dugaan dengan redha. Macam kak yone cakaplah, it's not the end of the world. InsyaAllah dengan redha, akan datangnya tenang. Dengan tenang, hati akan lebih bersyukur. Allah pilih kita untuk menghadapi semua ini sebab Dia sayang dan rindukan kita. Tak ke pada masa ni, kita akan lebih mengingatiNya (memang lumrah sifat manusia).
Senang cakap kalau tak kena pada batang hidung sendiri. Tapi hakikatnya hidup ini takkan pernah sunyi daripada ujianNya. Mana mungkin keimanan seseorang itu dibuktikan tanpa ujian.
Sementara hidup ni, jangan abaikan dua perkara, masa lapang sebelum sempit dan masa sihat sebelum sakit. Berikan yang terbaik sementara masih berpeluang. Perbaiki diri, jaga solat di awal waktu dan jaga pemakanan untuk kesihatan yang lebih baik.
Sekian nukilan kak yone. Hati selalu terlupa. Hidup hanya sementara. Apa yang nak dirunsing-rungsingkan sangat?
0 Komentar