Tanda-tanda bersalin yang tak boleh diabaikan

Ramai ibu-ibu apabila da masuk 9 bulan ni, mesti merasai pelbagai perasaan yang bercampur-baur. Of course la tak sabar nak berjumpa dengan baby yang telah dikandung selama 9 bulan. Cuma sekarang menghitung hari je bila baby nak keluar 😊


Jom ketahui tanda-tanda bersalin yang tak boleh diabaikan. Doktor kak yone pesan supaya monitor 3 PERKARA ini. It's not an 'and' but it's an 'or'. Bermakna, antara 3 perkara ini, jika terjadi salah satu daripadanya, cepat-cepatlah ke hospital.

πŸ’š Keluar lendiran bersama dengan darah.

πŸ’šAir ketuban bocor atau pecah (mengalir perlahan-lahan daripada vagina (bukan air kencing) atau gushing out macam paip rosak yang tak dapat dibendung).

πŸ’šContractions yang sangat kerap (beberapa minit sekali).

Jadi apabila dah terjadi salah satu tanda, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut 😊

Macam kak yone dulu, anak pertama, kak yone alami dua-dua tanda. Mula-mula tu keluar lendiran yang ada darah sikit. Gi jumpa doktor, doktor check tiada bukaan lagi. Jadi dapatlah mc selama dua hari. Hahaha ingat lagi, masa tu hari Khamis 😊

Dengan happynya kak yone duduk rumah dan releks je.  Darah tu memang keluar macam period hujung-hujung tu (agak banyak juga). Sampailah hari Sabtu, awal pagi, dalam pukul 2-3 pagi, kak yone rasa lenguh-lenguh bahagian paha. Mula-mula macam hairan juga (first time kan). Tapi datangnya lenguh-lenguh tu macam wave. Kejap kuat, kejap hilang. Husband kak yone suruh monitor la berapa minit sekali.

Kami buat keputusan untuk gi ke hospital lepas Subuh nanti. So sebelum Subuh, kak yone memang dah siap mandi, solat sebelum subuh semua. Dalam kul 5 lebih, tiba-tiba air ketuban kak yone pecah. Air tu, keluar tak tertahan-tahan. Memang macam paip pecah. Masa tu, pakai pad pun memang lencun. Takde maknanya dah πŸ˜‚ So teruslah kak yone ke hospital.

Sampai di hospital, doktor cek, bukaan baru dalam 2cm. Tapi kata doktor, baby dah berak dalam perut πŸ˜” Risau kak yone sebab bahaya bila baby dah berak dalam perut. Memang nak nangis rasa. Macam nak cepat-cepat keluarkan baby.

Kak yone dihantar ke bilik. CTG dibuat. Jantung baby ok. Tapi kak yone memang blur waktu tu sebab risau pasal baby dah berak dalam perut. Tanya nurse, dia macam releks je. Lepas da buat CTG, then nurse datang cakap, jom kita masuk Labour Room. Seriously masa tu, kak yone tak tahu nak expect apa. Ikut je.

Doktor induce kak yone guna drip air. Induce ni ada yang masuk macam tablet through bawah juga. Tapi kak yone kena drip dan doktor suntik ubat tidur. Memang rasa lali tapi tak tidur pun sebab layan contractions yang super sakit πŸ˜“ First time kan... Sebenarnya mentaliti memang kena bersedia nak mengharungi proses bersalin ni. Kak yone masa tu, macam tak bersedia. Memang menangis meraung juga.

Alhamdulillah, selepas 6 jam bertarung di LR, maka lahirlah permata sulung kak yong. Syukur 6 jam je. Ada orang lebih lama. Ada orang singkat je. Rezeki masing-masing.

Alhamdulillah, sampai sekarang kak yone macam tak percaya baby kak yone da berak dalam perut. Sebab doktor pun tak cakap apa-apa and anak kak yone pun ok je. Betul ke berak dalam perut? Apa yang penting, baby kak yone sihat-sihat selalu. Syukur.

Yang baby kedua, sebab da full term 40 minggu, jadi kena induce. Simptom bersalin macam kak yone nyatakan di atas, tak dirasai. Boleh baca pengalaman kak yone di SINI. Kali ketiga ni, kak yone doakan yang baik-baik. Harapnya tak perlulah induce lagi πŸ˜‰

Alhamdulillah, mengandung kali ni, kak yone memang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepenuhnya. Hahaha siapa kata makan vitamin baby besar? Setakat 35 minggu++, baby kak yone baru 2.5kg++. InsyaAllah akan mencapai 3kg++ masa nak dilahirkan nanti. 

Dua orang anak kak yone pun, masa dilahirkan, beratnya dalam 3.15kg dan 3.25kg. Kak yone memang jenis makan vitamin mengandung, walaupun dulu tak kenal Shaklee lagi. Obimin tu memang kak yone tak tinggal masa anak first dulu.

Semoga secebis pengalaman ini bermanfaat untuk semua. Kak yone doakan ibu-ibu yang sedang hamil, semuanya sihat-sihat selalu dan melalui proses bersalin yang dipermudahkan.

Berminat nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar