Bilalah nak bersalin

Hahaha tengok tajuk ni, mesti ramai yang sedang menunggu hari yang dinanti-nantikan akan tertanya-tanya, bilalah nak bersalin. Dah masuk 9 bulan. Cuma tak tahu bila Allah nak tetapkan baby keluar.



Hari tu kak yone tanya juga doktor, kalau dah melepasi 36 minggu, consider baby dah ok untuk dilahirkan pada bila-bila masa. Takde da term "Preemie". Alhamdulillah. Kiranya menunggu masa je 😊

Penantian itu suatu penyeksaan kan 😂 Setiap hari mesti ibu cautious je dengan apa-apa tanda bersalin. Haaa boleh baca tanda-tanda bersalin di SINI. Apa yang perlu dibuat ialah banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah ketetapan Allah itu yang terbaik. 

Bagi kak yone, everything will fall into places. Cuba check balik, semua persediaan dah lengkap? Persediaan macam mana?

💙 Barang-barang baby semua dah ready?

💙 Keadaan rumah dah ready nak sambut orang baru?

💙 Semua yang dirancang dah settle?

💙 Beg hospital dah sedia?

Kalau nak dihuraikan setiap satu point kat atas ni, memang panjang. Even keadaan rumah atau plan yang dirancang pun, boleh buat satu entry baru 😀

Kalau ada yang belum ready, sediakanlah. InsyaAllah lepas tu dipermudahkan pula urusan nak sambut orang baru 😊 Macam tu ajelah yang kak yone fikir. Sebab bila semua dah sedia, anytime baby nak keluar, semua dah sedia. Takdelah kelam kabut itu ini masih tak cukup atau tak de kan?

From part kak yone, masih ada sikit lagi yang belum ready, hahahaha. Nampaknya kena cari masa settlekan semua dulu. Tak banyak pun. Kak yone lupa nak basuh boots and mittens baby, beg hospital pun tak dimasukkan baju lagi 😂 Dengan rumah yang kak yone nak nampak kemas sikit, heeee. 

Apa-apa pun, kak yone doakan semua yang sedang menanti si pipi merah berada dalam keadaan yang terbaik dan semoga baby dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat 😊

Nak dapatkan set vitamin postnatal / berpantang Shaklee? Boleh terus hubungi kak yone di 012-5538628. Set ini memang best! Selamat dimakan pada bila-bila masa dan tidak memberi kesan ke atas jaundis yang dialami oleh bayi.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar