Apa khabar semua? Hari ni kak yone nak menulis santai-santai je. Takde spesifik topik. Tapi topik berkenaan wanita yang mengandung π Lama kak yone berdiam diri. Maaf semua.
Sejak mengandung ni, terasa macam new experience sangat. Padahal ni tengah mengandung anak ketiga π Betullah orang cakap, mengandung ni walaupun dah berkali-kali, tapi pengalamannya berbeza-beza.
Masa mengandung anak pertama dan kedua, bagi kak yone takdelah banyak beza. Alhamdulillah kak yone memang enjoy makan je waktu tu π Tenaga pun memang ok sangat. Bertenaga sampai sarat nak bersalin. Even anak kedua kak yone dulu, mengandung sampai 40 minggu, releks je beb π Pergi kerje pun, takdelah orang cakap "dragging feet". Memang biasa sangat rasanya. Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.
Tapi yang ketiga ni, Alhamdulillah. Kak yone sihat-sihat je. Sihat macam orang mengandung la. Tapi kali ni, kak yone agak memilih makan. Makan pun sikit je π Cumanya, kak yone memang suka makan makanan manis sikit kali ni. Alhamdulillah bacaan gula kak yone masih di paras selamat π
Dulu-dulu, kak yone dengar orang sakit pinggang la masa mengandung, sakit bawah perut la. Macam-macam la kan. Tapi masa tu, kak yone tak merasa sakit macam tu. Cuma kali ni diuji dengan sakit kat tulang pubik (sakit kat bahagian bawah celah paha). Boleh baca kisahnya di sini. Alhamdulillah. Selepas mengurangkan aktiviti-aktiviti berat, hilang dah sakit di celah kaki tersebut.
Lepas tu memang kak yone bertenaga sangat. Memang pelik keadaannya tapi itulah terjadi. Bila dah bertenaga, kak yone settlekan keperluan bayi. Baju-baju abang-abangnya kak yone basuh siap-siap. Recycle je baju-baju newborn dulu πBarang-barang yang perlu, keluarkan awal-awal. Alhamdulillah. Hampir ready semuanya. Cuma nak membeli tu, takde banyak sangat. Cuma nak beli macam wet tissue gitu ja.
Di usia 35 minggu, agaknya kak yone overwork myself. Haaa ingat kuat sangat kan. Kak yone berjalan, drive yang berjam-jam, immediately kak yone terkena sakit pinggang. Duduk lama sangat masa memandu. Masa tu, datang la sakit bawah perut. Orang putih cakap, "lower abdominal pain". Nak jalan pun sakit.
Gi check doktor, doktor kata kepala baby memang low. Tapi doktor cakap, harapnya belum masanya lagi sebab 35 minggu consider premature lagi walaupun insyaAllah, baby dah cukup kuat. Cumanya kena bagi injection untuk kuatkan paru-paru baby.
Memang sejak itu, kak yone rasa macam pergerakan kak yone macam lain macam. Alignment lari π Tapi kak yone pun harap baby takdelah cepat sangat nak lihat dunia. At least kak yone harap baby masuklah dulu zone 38 minggu. Walaupun kak yone memang terasa sukar sikit bila berjalan. Tak boleh nak lasak-lasak sangat.
Haha inilah kisah kehamilan ketiga kak yone. Sekarang baru nak masuk 36 minggu. Harapnya baby tunggu sampai 38 minggu ya. Apa pun, kak yone berserah. Perancangan Allah yang Maha Terbaik π
Bagi kawan-kawan yang sedang melalui pengalaman hamil, kak yone doakan semoga anda semua sihat-sihat selalu. Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang memang super duper best, hubungi kak yone di 012-5538628. Walaupun kak yone dah sarat mengandung, order Shaklee ni klik-klik je secara online π
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar