Kali ni kak yone nak tulis pasal GBS. Bukan Geng Bas Sekolah ekk. Tapi Group B Strep. GBS ni adalah bakteria yang selalunya terdapat dalam saluran rektum, vagina, dan juga saluran usus. Wanita yang mempunyai bakteria ini, selalunya sihat dan normal dan tak sedar pun adanya bakteria ini, melainkan rajin buat pap smear.
Masalah akan timbul jika wanita ini mengandung. Bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami jangkitan GBS jika dilahirkan secara normal. Sebabnya bakteria tersebut berada di saluran vagina. Jadi semasa melalui birth canal tu, bayi akan dijangkiti dengan bakteria ini.
Namun, terdapat cara untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria GBS ini kepada bayi. Ibu-ibu yang sedang hamil hendaklah membuat pemeriksaan vagina melalui sample swab yang akan diambil oleh doktor semasa kandungan berada dalam 35-37 minggu.
Mengikut pengalaman kak yone mengandung yang lepas-lepas, even yang sekarang pun, kalau kita tak request pemeriksaan swab ini, rasanya hospital pun takkan minta kita buat. Jadi, nasihat kak yone, buatlah pemeriksaan semasa kandungan 35-37 minggu, untuk mengurangkan risiko jangkita GBS kepada bayi yang dilahirkan. Requestlah pada doktor ye.
Ini pun kak yone amik langkah-langkah berjaga-jaga sebab dalam dua tahun lepas, result pap smear menunjukkan adanya GBS. Setahun lepas punya result dah tak menunjukkan GBS positif. Tapi kak yone amik inisiatif sendiri minta buat pemeriksaan.
Jika wanita tersebut mempunyai GBS, maka semasa proses bersalin bermula, wanita tersebut hendaklah datang awal ke hospital untuk mendapatkan antibiotik yang dimasukkan melalui drip, sekurang-kurangnya 4 jam sebelum bayi dilahirkan.
Melalui pembacaan kak yone, jika wanita ini mendapatkan antibiotik melalui drip, maka risiko jangkitan kepada bayi akan dapat diturunkan ke 1 daripada 4000 bayi yang dilahirkan. InsyaAllah, kita usaha buat yang terbaik untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan itu sihat-sihat selalu.
Apa kesan jangkitan GBS ke atas bayi yang baru dilahirkan?
👶 Bayi kelihatan tidak aktif dan lemah
👶 Tidak menyusu dengan baik
👶 Membuat bunyian seperti mengerang atau bunyi seolah-olah sembelit
👶 Mempunyai suhu badan yang tinggi atau rendah
👶 Degupan jantung pantas atau perlahan
👶 Kadar pernafasan yang cepat atau perlahan
👶 Menunjukkan keadaan yang tidak selesa
Jangkitan GBS ni juga ada dua jenis iaitu:
1. Jangkitan awal (early onset disease)
2. Jangkitan lewat (late onset disease)
Jangkitan daripada ibu yang positif GBS boleh dialami oleh bayi bermula dari 12-24 jam selepas kelahiran, ini dinamakan early onset disease. Manakala late onset disease boleh berlaku daripada umur seminggu sehingga 3 bulan.
Yang late onset disease ni, sebenarnya bukan dijangkiti daripada ibu yang melahirkan, tapi daripada sumber-sumber luar, seperti orang lain yang mempunyai GBS 😟 Sebab tu la kita tidak digalakkan berjumpa atau expose dengan persekitaran yang ramai orang ketika dalam pantang. Orang-orang yang tak sihat pun, tolonglah jangan nak mendukung bayi yang baru dilahirkan. Tunggulah bila dah sihat ya.
Kesan jangkitan GBS terhadap bayi:
💢 Gangguan pernafasan atau pneumonia
💢 Jangkitan kuman di dalam darah atau sepsis
💢Menjangkiti cecair yang meliputi kawasan otak (meningtitis)
💢 Jika lambat dirawat, boleh menyebabkan kematian
Semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua ibu dan ayah yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata penyejuk hati.
Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau mana-mana vitamin dan produk Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.
0 Komentar