Pengalaman Bersalin Secara Induce

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maafkan saya... sangat jarang saya mengupdate blog sekarang ni. Perhatian banyak tertumpu pada si kecil. Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin pada 21 Ogos 2015. Kat sini, saya kongsikan pengalaman saya bersalin secara induce kerana telah over due daripada tarikh EDD dan doktor mencadangkan saya diinduce kerana bimbang berat baby semakin bertambah jika dibiarkan terlalu lama.

Buat pengetahuan semua, EDD saya sepatutnya 19 Ogos 2015. Sepanjang mengandung ni, saya memang kurang merasa contraction dan perut saya masih lagi kelihatan tinggi walaupun da masuk minggu ke 40. Jadi semasa check-up pada 18 Ogos 2015, doktor mencadangkan saya diinduce kerana anggaran berat baby dalam 3.4kg-3.6kg. Dengan ketinggian saya dan sejarah kelahiran pertama yang terpaksa divakum, saya rasa itulah keputusan terbaik. 20 Ogos 2015, doktor suruh saya menyerah diri di hospital.



Dari 18 Ogos sampai 20 Ogos 2015 tu, saya harap juga terjadinya contraction yang membawa kepada kelahiran semulajadi. Teringin nak merasa kelahiran tanpa induce kerana anak pertama pun saya kena induce kerana air tuban saya dah pecah dan doktor sangka baby dan berak dalam perut (sebenarnya takde pun). Tapi ketentuan Allah mencanangkan perkara lain untuk saya. 

Jadi pada 20 Ogos 2015 pagi, dengan agak nervous saya pun pergi ke hospital. Sebelum ke hospital, saya siap sarapan dulu, minum ESP bersama dengan Performance Drink Shaklee dan Susu untuk tenaga nak bersalin nanti. Di samping itu, saya telan juga Ostematrix Shaklee (tablet kalsium) 4 biji kerana kalsium yang cukup dalam badan akan membantu meregangkan otot dan mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Itu ikhtiar saya. Selebihnya saya berserah kepada Allah.

Sampai di hospital dalam pukul 9.00 pagi. Selepas pendaftaran, saya dibawa ke bilik (wad). Selepas menukar baju ke baju hospital, CTG dijalankan ke atas saya. Lama juga proses tu semua sambil menunggu doktor datang untuk memasukkan ubat tablet untuk memulakan proses kontraksi. 

Dalam 11.40 pagi, doktor datang dan melakukan VE (Vaginal Examination) untuk check keadaan pintu rahim. Nampaknya memang tiada sebarang bukaan. Kemudian setengah tablet dimasukkan. Saya tidak dibenarkan turun daripada katil selama sejam.

Dalam pukul 12.00 tengahari, makanan tengahari dihantar. Lapar juga rasa kerana saya belum makan apa-apa sejak sarapan pagi tadi. Tapi saya taknak bergerak sangat. Jadi saya tunggu sampai sejam iaitu dalam 12.30 tengahari, baru saya makan. Itu pun, saya masih duduk di atas katil. Tq Encik husband tolong suapkan... :) 

Saya tak merasa sebarang kesakitan kontraksi walaupun selepas sejam ubat tu dah dimasukkan. Tunggu punya tunggu, masuk waktu Zuhur. Masa tu, sakit-sakit kontraksi dah mula dirasakan. Masih lagi saya boleh tahan. Macam sakit senggugut tahap sederhana (saya pun tak tahu sangat macam mana sakit senggugut, tapi boleh tahan jugaklah sakitnya).


Saya fikir, keadaan saya masih ok. Jadi saya ambil wuduk dan nak solat Zuhur. Masa nak solat, saya macam tak boleh nak khusyuk sebab sakitnya boleh tahan. Ada masa saya terpaksa mulakan semula kerana tak tahan sakit. Masa tu, saya solat duduk. 

Saya sambung cerita selanjutnya in the next entry ya. Taknak panjang-panjang sangat dalam satu entry. Boring pulak nanti... Stay tune :)
Previous
Next Post »
0 Komentar