Pengalaman claim insurans apabila kereta dilanggar belakang

Apabila merancang untuk renew insurans kereta, mesti ramai yang membeli insurans takat lepas nak bayar je. Add on lain mesti dilupakan kecuali coverage untuk windscreen or windows breakage je yang dimasukkan 😂 Sebenarnya itu perkara biasa.

Hari ni kak Nur nak share juga pengalaman-pengalaman lepas apabila berhadapan dengan isu nak claim insurans kereta. Mengikut pengalaman kak Nur yang dah dua kali kereta kak Nur kena langgar belakang 🙈

First time kena, husband kak Nur yang drive. Mujurlah dalam covernote insurans, ada nama dia. Masa dengar berita tu, of course rasa terkejut. Dahla yang melanggar tu, masa kat balai polis nak buat report, abang dia macam nak cari gaduh (kat luar balai). Tapi masa tu, dalam otak kak Nur, nak settlekan kemek dan cantikkan kereta je. Hahaha 😎 

Tujuan kita buat report, supaya kita boleh claim insurans. Itulah gunanya insurans kan. Lagi satu, apabila dilanggar belakang, memang automatik akan salah orang yang melanggar belakang (di atas jalan raya ye, bukan waktu keluar parking. Kalau langgar waktu kita keluar dari parking, kita yang salah tau).

Masa tu, memang tak tahu apa pun. Lepas kena langgar, ada la towing-towing yang sedang menunggu tu approach. Suruh hantar ke bengkel diorang la. Memang tak reti apa masa tu. So ikut je arahan diorang. 

Apa nak buat apabila berlakunya kemalangan langgar belakang:


1. Kita pergi ke balai polis trafik di kawasan tempat kena langgar, dan buat report. 

2. Dari situ, agen-agen towing akan follow up dengan polis pasal report tu dan settlekan di bengkel. 

3. Di bengkel, kita kenalah serahkan covernote insurans, salinan lesen dan beberapa dokumen lagi (akan diberitahu oleh pihak bengkel).

4. Dalam 4-5 hari, kereta pun siap. 

Memang senanglah bila agen-agen towing ni tolong buatkan. Tapi finishing dia, macam tak cantik (mungkin bergantung kepada bengkel juga). Bayangkan cat tu permukaan dia kasar macam pakai cat kat atas permukaan tu tanpa digilapkan. Kat bahagian dalam bonet tu pun macam tak settle je. Hmmmm 😕

Memang kak Nur tak puas hati langsung. Tapi itulah, takde pengalaman. So yang pertama jadi ni, memang menjadi pengajaran untuk kak Nur.

Satu lagi isu ialah, apabila kereta masuk bengkel, kak Nur takde kereta nak cover urusan harian kak Nur. Masa tu, dengarlah yang kita boleh claim daripada insurans, sehari berapa RM untuk cover duit tambang teksi dan sebagainya. Malangnya cakap-cakap itu tinggal hanyalah tinggal cakap-cakap. 

Sekarang baru kak Nur tahu rupanya apabila nak membeli insurans, kita boleh add on benefit gantirugi apabila ketiadaan kereta atau dikenali sebagai compensation for assessed repair time. Sehari kita boleh dapat RM50, RM100 atau RM200 (ikut pilihan apabila nak membeli insurans) dan mengikut jumlah hari yang dipilih - 7, 14 atau 21 hari. Bergantung kepada mana satu yang kita pilih.

Bagi kak Nur, inilah kebaikan apabila kita lebih teliti apabila membeli insurans. Masa beli mungkin rasa macam add on benefit ni macam akan membuatkan insurans yang dibeli menjadi mahal. Tapi dalam setahun tu, kita tak tahu risiko yang mungkin terjadi. Apa pun, kita doakan keadaan kita dan keluarga sentiasa terpelihara dan selamat.

So harap perkongsian kali ni bermanfaat. Nak membeli insurans kereta ke, motor ke, insurans kebakaran ke, travel insurans ke, insurans kesihatan atau perubatan, boleh je wasap kak Nur di 012-5538628 atau klik je www.wasap.my/+60125538628 😍

Terima kasih.


Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar