Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts

Tips untuk melegakan batuk dan selsema semasa hamil

Kawan ofis kak yone sorang ni, yang tengah berbadan dua, tiba-tiba terkena batuk-batuk yang agak teruk. Tak cukup dengan batuk, dipakejkan juga dengan selsema. So memang la nampak kawan kak yone ni tak sihat. Bila dah batuk-batuk dan selsema, hamil lagi, seksa sungguh rasa hendak bernafas.



Waktu mengandung pula, bukan boleh sewenang-wenangnya nak mengambil ubat-ubatan. Kebanyakan wanita hamil yang terkena batuk-batuk dan selsema, semuanya bertahan sehingga batuk-batuk dan selsema baik sendiri. Tapi tahulah, kadang-kadang melarat sampai badan pun lembik 😓

Hakikatnya semasa mengandung, sistem pertahanan badan seorang wanita akan menurun. So hari ni, kak yone kongsikan sedikit tips untuk melegakan batuk dan selsema semasa hamil.

Tips untuk melegakan batuk-batuk dan selsema semasa hamil:

💗 Amalkan meminum campuran madu dan lemon dengan air suam. Bukan saja sedap, tapi kaya dengan vitamin C dan membantu mengurangkan simptom batuk-batuk dan selsema serta mempertingkatkan sistem imun badan.

💗 Jangan sayang pada kahak! Haaa kalau rasa ada kahak dan boleh dibuang, buanglah sekerap mungkin. Ini akan membantu mengelakkan terjadinya sakit tekak yang akan membuatkan keadaan anda semakin teruk. Selsema pun dapat dikurangkan dengan membuang kahak secara kerap.

💗 Amalkan memakan banyak bawang putih yang kaya dengan sifat antibiotik semulajadi. Heee kalau tak tahan, leh je telan Garlic Complex Shaklee 😀

💗 Selain itu, banyakkan minum air suam dan berehat.

💗 Sediakan sup ayam yang kaya dengan bawang putih, bawang, dan campuran ayam yang direbus dalam slow cooker untuk mendapatkan khasiat daripada ayam dan bahan-bahan tadi yang sangat bagus apabila badan tidak sihat. Boleh refer cara membuatnya di SINI.

💗 Untuk mengurangkan sakit tekak, boleh berkumur dengan campuran air suam dan garam untuk melegakan sakit tekak.

Di samping itu, para ibu hendaklah sentiasa menjaga kesihatan sebab keadaan mengandung menyebabkan sistem imun atau pertahanan tubuh menjadi agak lemah. 

Boleh amalkan langkah-langkah di bawah untuk membantu mempertingkatkan kesihatan:

💜 Amalkan pemakanan makanan yang sihat dan seimbang 😉 Kak yone tahu, kadang takde selera makan, hari-hari makan benda yang sama je. Tapi bila dah rasa ok, simptom morning sickness da kurang, cubalah amalkan makanan yang sihat ya.

💜 Minum banyak air masak. Tak kisahlah air suam atau sejuk. Tapi cubalah minum sebanyak yang mungkin untuk melancarkan proses tubuh badan kita.

💜 Wanita hamil ni memang perlukan banyak berehat. Jadi jangan rasa bersalah untuk berehat. Sebab rehat membantu mengurangkan stress. Less stress, sistem pertahanan badan akan lebih kuat.

💜 Bersenam. Haaa walaupun terasa malas, amalkan juga bersenam. Cukuplah sekadar berjalan di taman atau treadmill. Haaa ada kajian mengatakan ibu yang bersenam akan boost brain power baby 😀 Best kan?

💜 Jauhi rokok dan orang-orang yang merokok untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

💜 Jaga kebersihan diri dan sentiasa basuh tangan untuk melindungi diri daripada jangkitan penyakit.


Kak yone juga sangat-sangat mencadangkan untuk mengamalkan Set Prenatal Shaklee. Badan ibu yang hamil memerlukan kepelbagaian nutrisi untuk membantu memberi tenaga, mempertingkatkan sistem imun badan serta membantu dalam perkembangan bayi. Memang sangat-sangat membantu ibu dalam mengharungi proses kehamilan.



Jika berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan Shaklee atau mana-mana vitamin Shaklee, jangan segan-segan untuk menghubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Waspada dengan keputihan semasa hamil

Semasa hamil, memang macam-macam dugaan datang menjengah. Tapi memang normal sebab masa tengah hamil, badan seorang wanita akan mengalami perubahan hormon. Masalah keputihan merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh wanita hamil. Perlukah kita berwaspada dengan keputihan semasa hamil? Jom baca selanjutnya.



Keputihan sebenarnya adalah suatu perkara normal yang dihadapi oleh semua wanita. Semasa hamil, makin menjadi-jadi pula keputihan kerana peningkatan hormon estrogen yang membantu pengaliran darah ke bahagian pelvik.

Peningkatan pengaliran darah ini merangsang pembentukan lendir (keputihan) yang berfungsi melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan membantu mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat di dalam faraj.

Keputihan yang berwarna putih dan cair adalah keputihan yang normal semasa mengandung. Namun ibu-ibu hendaklah berwaspada supaya tidak terkeliru dengan kebocoran air ketuban. Jika terlalu banyak air yang keluar, segera merujuk dengan pakar sakit puan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Boleh baca pasal kebocoran air ketuban di SINI.

Perkara penting yang perlu diketahui tentang keputihan.

Keputihan yang tidak normal:

💜 Keputihan yang berwarna hijau, kelabu atau kekuningan

💜 Berbau kuat atau busuk

💜 Menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada bahagian sulit

💜 Lendir yang keluar adalah kental, pekat dan banyak

Secara amnya, keputihan tidak membahayakan kandungan. Namun jika berlaku jangkitan dan si ibu hampir hendak bersalin, pastikan si ibu mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Jika berlaku kelahiran di saat adanya jangkitan, kemungkinan bayi juga akan mendapat jangkitan tersebut.

Selalunya doktor akan mengambil sampel daripada faraj dalam minggu ke 32 hingga 34 untuk memeriksa sama ada si ibu ada mengalami apa-apa jangkitan keputihan. Jika ada, dotor akan memberikan rawatan antibiotik atau ubat insert untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Cara-cara untuk mengawal keputihan semasa hamil:

💛 Gunakan seluar dalam daripada kain yang diperbuat daripada kapas yang membantu menyerap peluh dan elakkan memakai seluar yang ketat. 

💛 Elakkan menggunakan sabun yang berbau wangi pada bahagian sulit kerana menggalakkan kerengsaan kulit.

💛 Selalu menukar seluar dalam atau panty liner jika berkeadaan lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat.

💛 Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula, kerana semasa hamil, gula menggalakkan pertumbuhan kulat yang aktif.

💛 Amalkan membasuh bahagian sulit dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan daripada anus ke faraj. 

💛 Amalkan makan yogurt untuk menggalakkan flora yang sihat.

💛 Selepas bersama dengan suami, amalkan membuang air kecil dan membasuh bahagian sulit sehingga bersih.

💛 Boleh amalkan Garlic Complex bersama Set Prenatal daripada Shaklee untuk membantu mengawal masalah keputihan.

Semoga ibu-ibu semua menjalani saat-saat kehamilan dengan gembira, sihat dan bahagia 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee atau Set Prenatal Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Fahami mood swing wanita mengandung

Wanita ni, perangainya memang menyimpan 1001 misteri. Kalau tak mengandung pun, ada masa-masanya datang mood swing bila dekat nak period. Boleh baca link ini. Bila dah mengandung, mood swing wanita mengandung semakin bertambah-tambah.


Siapa yang harus dipersalahkan? Hormon. Hahahaha. Rasanya betul sangat sebab kehadiran hormon ini sebenarnya yang mengubah mood wanita. Kadang ok, happy dan gembira je. Tiba-tiba boleh pulak berubah 360 darjah. Serabut, rasa tak sihat, rasa nak nangis semua.

Yang selalu melihat dan menjadi 'mangsa' kepada up and down mood wanita ini, semestinya para suami 😂 Sabarlah wahai lelaki. Wanita ini memang misteri. Bila mengandung, apa yang suka dilakukan sebelum mengandung, mungkin dah tak suka dibuat semasa mengandung. 

Jadi, apabila isteri hamil, jangan cepat buat assumptions atau anggapan seperti mana isteri sebelum hamil. Contohnya, makanan kegemaran isteri suatu masa dulu, mungkin bukan lagi kegemarannya semasa hamil. Ada yang langsung jadi tak suka atau tiada selera nak makan makanan yang digemarinya semasa hamil.

Memang ada wanita yang berubah 100%! Pada masa hamil juga, sesetengah wanita mengalami simptom morning sickness yang teruk. Jadi memang pada waktu ini, si isteri akan kelihatan sangat letih, moody dan kalau boleh nak tidur atau tidak diganggu. Nak ke tempat kerja pun mungkin akan terasa letih tak bermaya 😞 

Keletihan, morning sickness, mungkin terasa sakit kepala, sakit badan dan sebagainya menyebabkan si isteri mudah melenting, menangis dan buat perkara-perkara yang kadangkala membuatkan si suami terkejut! 

Being a husband, cuba fahami keadaan isteri. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

💗 Banyakkan berkomunikasi dengan isteri. Jangan sesekali membuat assumptions atau tanggapan. Selalu tanya keadaan isteri.

💗 Fahami bahawa isteri berada dalam keadaan yang 'fragile'. Perubahan hormon dan perubahan fizikal akan menyebabkan isteri berada dalam keadaan yang sangat sensitif. 

💗 Jaga percakapan dan perbuatan anda. Hati-hati supaya tidak terlepas cakap seperti 'isteri pemalas', 'gemuk' dan sebagainya.

💗 Pastikan isteri berada dalam keadaan happy dan jauhkan daripada perkara-perkara yang membuatkannya stress.

💗 Galakkan juga isteri untuk berkongsi perasaan supaya tidak menyimpan perasaan di dalam hati.

💗 Luangkan lebih banyak masa bersama. Jika boleh, pergi bercuti.

💗 Si isteri pun, tak perlu nak stresskan diri untuk menyiapkan segala kerja rumah. Minta bantuan cik abang 😀

Sebenarnya keadaan mengandung ni adalah saat-saat bahagia seorang isteri atau ibu. Sebab itulah wanita sangat-sangat kuat kerana walaupun diuji dengan mood yang ups and downs. Sanggup lagi untuk hamil walaupun menempuh tempoh yang sukar 😀

Yang penting, semasa hamil, kesihatan diri kena dijaga. Pada waktu ini, bayi yang berada di dalam kandungan sangat-sangat perlu nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal.

Walaupun si ibu mungkin tak lalu makan atau cerewet dengan pemilihan makanan, usahakan juga untuk makan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Macam kak yone, walaupun tak berapa suka makan sayur, bila dah stabil, kak yone usahakan juga makan sayur berdaun yang banyak khasiatnya 😀 Demi baby. Berilah yang terbaik.

Sebab tu kak yone amalkan Set Prenatal Shaklee yang banyak sangat manfaatnya. Badan ibu akan lebih bertenaga. Bila bertenaga, mood pun akan lebih stabil. Bila mood stabil, ibu akan rasa happy 😀 Alhamdulillah lain sangat rasa apabila mengamalkan SET PRENATAL SHAKLEE ini dengan konsisten.

Nak tengok testimoni dan kebaikan Set Prenatal Shaklee, boleh baca di SINI.

Kak yone doakan ibu-ibu semua tabah dalam menghadapi proses kehamilan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan ibu dan baby yang sihat 😘😘😘


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Harvesting Colostrum - Mengumpul kolostrum sebelum bayi dilahirkan

Hari ni kak yone terjumpa satu info pasal 'Harvesting Colostrum before birth'. Bermakna, ibu-ibu yang sedang hamil dalam hujung trimester ketiga, cuba untuk mengeluar dan mengumpul kolostrum untuk diberi kepada bayi selepas bayi dilahirkan.

Kolostrum yang dikumpulkan di dalam syringe

Kita semua tahu, apabila bayi dilahirkan, susu awal yang ada adalah kolostrum iaitu sejenis cecair pekat yang dipanggil sebagai 'liquid gold' yang sangat-sangat berkhasiat untuk bayi kerana mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga garam yang membantu bayi kekal terhidrat dan mengurangkan risiko jaundis atau demam kuning. Di samping itu, kolostrum juga membantu menguatkan antibodi bayi dan mengekalkan paras gula yang baik pada bayi yang baru dilahirkan. 

Masa kak yone tengah hamil anak kedua dulu, memandangkan kak yone dah pun menjangkau 40 minggu, maka sehari dua sebelum tarikh induce, kak yone ada juga pam dengan elektrik pam untuk stimulate pengeluaran susu. Masa ni kak yone memang tak tahu lagi pasal 'harvesting colostrum'. Niat kak yone pada masa tu, hanyalah untuk menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih cepat.

Pada masa pam tu, memang tiada pengeluaran susu langsung. Even kolostrum pun kak yone tak perasan 😂 Kak yone pun masih banyak lagi belajar pasal penyusuan. So sama-samalah kita belajar dan menambah ilmu dalam bab penyusuan susu ibu ni ya.

Susu badan hanya akan keluar dalam 3-4 hari selepas bayi dilahirkan. Sebelum itu, ibu-ibu hanya ada kolostrum. Kebanyakan ibu mungkin tidak sedar akan kehadiran kolostrum ini kerana ia sangat pekat dan bagi sesetengah ibu, kuantitinya sangat sedikit, tapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi yang baru dilahirkan.

Apa yang penting, bagi ibu-ibu yang hendak menyusu bayi secara esklusif hendaklah sentiasa 'direct latch' atau menyusu secara langsung mengikut kehendak bayi. Pastikan juga lekapan bayi pada payudara betul untuk mengoptimakan stimulasi susu ibu. InsyaAllah, pengeluaran susu akan dihasilkan mengikut kehendak bayi. Yang penting, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. 

Ok, berbalik kepada topik harvesting colostrum, selalunya digalakkan bagi kes-kes berikut:

💙 Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil. Oleh itu, bayi yang dilahirkan juga akan mengalami kadar gula yang rendah dalam darah dan perlu menyusu sekerap yang mungkin. Jika ada kolostrum yang telah sedia dikeluarkan sebelum bersalin, akan sangat-sangat membantu ibu-ibu untuk meningkatkan lagi penyusuan bayi untuk mengelakkan risiko neonatal hypoglycaemia (kadar gula rendah dalam darah).

💙 Bayi yang mengalami mulut sumbing (cleft lip or palate) 

💙 Bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah jantung atau down sindrom

💙 Ibu yang melahirkan bayi kembar

💙 Ibu yang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi

Jadi, bagi ibu-ibu yang sihat semasa hamil, digalakkan menyusu secara direct selepas bayi dilahirkan. Tapi tidak salah jika ingin mengeluarkan kolostrum sebelum bayi dilahirkan. Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dilaksanakan pada minggu ke 37.

Ada sesetengah kajian mengatakan stimulasi pada payudara semasa kehamilan mungkin akan mempercepatkan proses bersalin. Sebab itulah digalakkan dilaksanakan pada minggu ke-37. Namun jika tiada kolostrum yang keluar atau hanya sedikit sahaja yang keluar, jangan kecewa kerana itu adalah perkara yang normal. Sesungguhnya lekapan bayi pada payudara adalah cara yang paling efektif untuk mengeluarkan kolostrum.

Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dikeluarkan dengan kaedah hand express. Kalau pakai pam elektrik, takut titisan emas akan terbazir kerana kolostrum yang keluar mungkin dalam bentuk titisan-titisan yang halus. Syringe 1 atau 2ml digunakan untuk mengumpul kolostrum yang keluar. 

Cara untuk hand express dan info lanjut mengenai 'Harvesting Colostrum' boleh dirujuk di link ini

Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua. Yang penting, jaga makan, minum dan kesihatan semasa hamil. Pastikan diri mendapat cukup nutrisi untuk ibu dan bayi.

Jika ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Cara-cara mengurangkan sakit kepala semasa mengandung

Apabila tengah hamil atau mengandung, isu sakit kepala ni memang berat untuk ditanggung. Lebih-lebih lagi apabila sakit kepala ini selalu menjengah dan ubat-ubat tidak digalakkan diambil semasa mengandung. So, macam mana nak mengurangkan sakit kepala semasa mengandung?


Bagi kak yone, sakit kepala ni memang berat. Nak pandang skrin laptop/pc pun tak lalu. Nak pandang telefon pintar pun tak sanggup. Terasa cahayanya menusuk-nusuk di kepala.

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala. Kebiasaannya kalau sebelum mengandung dah terbiasa sakit kepala, masa mengandung pun risiko untuk sakit kepala itu agak tinggi. Tapi ada juga yang bernasib baik kerana kurang mendapat serangan sakit kepala semasa mengandung. Rezeki masing-masing la kan.

Antara punca-punca sakit kepala. Kalau boleh elak, kita cuba elakkan 😉

1. Stress atau gangguan emosi. Perempuan yang tengah mengandung, emosinya sangat-sangat sensitif. Maka pandai-pandailah mengelak orang atau situasi yang negatif.

2. Kurang tidur. Mungkin kebiasaan sebelum mengandung dah terbiasa tidur lambat. Maka semasa hamil, timing tidur tidak juga berubah. Maka risiko untuk mendapat sakit kepala akibat kurang tidur itu agak tinggi.

3. Semasa mengandung, si ibu sebenarnya akan mengalami kepenatan yang luar biasa. Jadi kepenatan ini juga boleh menyebabkan sakit kepala.

4. Haaa masalah sinus yang dialami boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Alahan atau morning sickness memang boleh menyebabkan ibu-ibu berasa tidak sedap badan, termasuklah sakit kepala. 

6. Kurang minum air. Disebabkan rasa loya, ibu-ibu kurang minum air kosong secukupnya kerana risau akan muntah. Kekurangan air dan cuaca yang panas boleh menyebabkan sakit kepala.

7. Masalah mata. Adakalanya tanpa disedari, power mata telah meningkat dan memerlukan untuk mendapatkan spek mata baru. Pemakaian spek yang tidak menepati power yang bersesuaian menyebabkan sakit kepala.

8. Ketagihan kafein. Haaa ada ibu-ibu yang hardcore minum kopi sebelum mengandung. Tapi apabila da mengandung, tabiat tu terpaksa dilupakan. So itu pun boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Sembelit atau tidak lawas yang menyebabkan badan tak sedap dan mendorong ke arah sakit kepala.

Sebenarnya memang terlampau banyak sangat perkara-perkara yang menyebabkan sakit kepala. Macam kak yone, kalau tak ikut medical punya terms, kadangkala kak yone rasa angin dalam badan pun boleh menyebabkan sakit kepala. Jadi kalau dalam kes kak yone yang kak yone fikir angin menyebabkan sakit kepala, kak yone akan:

💖 Minta suami kak yone urutkan kepala kak yone, dan lurutkan sehingga ke bahu dan belakang. Kononnya supaya angin dari kepala akan turun dari kepala ke badan. Memang bukan medical advice. Cuma experience advice 😊 Sebab masa urut di kepala, kak yone akan sendawa. Macam nak keluarkan angin. Kadang tu, kak yone macam leh detect, ada angin kat area bahu, so urut-urut area tu supaya angin keluar. Cadangan kak yone je nak bantu ibu-ibu sekalian.

💖 Selain itu, mandi air suam atau tuam di bahagian kepala dengan tengkuk dengan air suam juga membantu mengurangkan stress dan sakit kepala. Biarkan diri anda tenggelam dalam hujan air yang suam-suam gitu.

💖 Jangan berlapar. Sebab perut akan mula masuk angin, bacaan gula dalam darah menjadi rendah dan ibu-ibu akan mula rasa tak sedap badan dan sakit kepala. Kalau tak lalu makan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

💖 Pastikan mendapat air kosong yang mencukupi. Sama macam makan, kalau tak lalu, minum sikit-sikit supaya badan tetap mendapat air yang mencukupi dan dapat mengelakkan sakit kepala.

💖 Berehat jika merasa sakit kepala. Tidur merupakan ubat yang agak baik untuk menghilangkan sakit kepala. Pastikan juga ibu-ibu mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Penting tau.

💖 Haaa beriadah ringan-ringan seperti berjalan-jalan mengambil angin dan melihat kehijauan. Tapi jangan berlebih-lebihan takut pitam pula. 

💖 Kembali kepada sang Pencipta. Banyakkan berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah hati tenang dan kepala kita tak serabut. Seterusnya takdelah sakit kepala 😊

💖 Kalau rasa tak tahan sangat, kak yone cadangkan amalkanlah Set Prenatal Shaklee semasa hamil. Selain membantu ibu-ibu lebih bertenaga, antara vitamin-vitamin yang membantu mengurangkan sakit kepala ialah Vitamin B Complex dan Ostematrix yang memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan stress tau! 




Di samping itu, pengambilan yang konsisten semua vitamin-vitamin ini membantu melawaskan proses membuang air besar dan mengelakkan sembelit yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. So apa tunggu lagi. Dapatkan Set Prenatal Shaklee ini daripada kak yone. Hubungi 012-5538628.

Jom layan dulu beberapa testimoni Set Prenatal Shaklee ni 😊










Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Sembelit semasa mengandung

Apa khabar pembaca yang dikasihi sekalian 😊 Hari ni nak bincang pasal sembelit semasa mengandung pulak. Sembelit ni memang boleh dikatakan selalu terjadi ketika mengandung. Tapi boleh tak kita elakkannya?



Haaa kalau boleh taknaklah sembelit masa mengandung. Kang lepas bersalin sambung sembelit juga, memang jenuh. Bertambah parah bila kesan sembelit menyebabkan buasir pulak 😓

Jadi untuk mengelakkan sembelit semasa hamil ni, cuba elakkan faktor-faktor berikut:

💣 Kurang pergerakan fizikal. Orang yang hamil kadangkala mengambil kesempatan untuk tidak mahu bergerak dengan banyak dan hanya terbaring. Bukanlah tak boleh, tapi apabila ke arah hujung kehamilan, pastikan banyak bergerak untuk memudahkan proses bersalin. Apabila banyak bergerak, pergerakan dalam usus juga membantu untuk mengurangkan masalah sembelit.

💣 Tidak dapat dinafikan selera semasa mengandung berubah secara tiba-tiba menyebabkan si ibu sangat-sangat memilih makanan. Ada masanya pemilihan makanannya langsung tiada serat seperti sayur-sayuran. Maka tidak hairanlah jika si ibu mengalami sembelit. Dalam hal ini, jika tidak mampu untuk makan sayur-sayuran, cuba makan buah-buahan yang disukai. Paksa diri untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Sekurang-kurangnya loya-loya pun boleh tahan juga bila makan buah.

💣 Kehadiran hormon Progesterone yang tinggi semasa hamil menyebabkan usus mencerna makanan dengan lebih perlahan. Jadi bertabahlah. Banyakkan makan makanan yang berserat dan banyakkan bergerak.

💣 Semasa hamil, ada sesetengah ibu mengambil zat besi  untuk membantu meningkatkan sel darah merah. Sesetengah ibu, mungkin terkesan dengan zat besi yang boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Tapi zat besi tetap penting tau. Jangan tak ambil pula.

💣 Kurang minum air. Haaa selain daripada cerewet dalam memilih makanan, sesetengah ibu hamil juga tidak minum air kosong yang mencukupi. Kak yone pun faham, sebab rasa loya, tak lalu minum air. Tapi air sangat penting untuk mengurangkan sembelit. Kalau badan tak cukup air, pasti najis menjadi sangat keras.

💣 Apabila rahim semakin besar, tekanan fizikal daripada rahim kepada usus akan menyebabkan pergerakan najis di dalam usus ke usus besar dan rektum agak terhalang dan menyukarkan proses membuang air besar.


Nak mengelakkan sembelit semasa hamil, yang terbaik, amalkanlah set Prenatal Shaklee atau set kehamilan Shaklee. Nutrisi yang dibekalkan memang sangat-sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung. Takkan kita tak nak bagi yang terbaik kepada cahaya mata kita kan? 😊

Haaa antara vitamin dalam Set Prenatal Shaklee yang membantu melawaskan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit ialah:

💓 ESP - Energizing soy protein yang memang sangat-sangat membantu melawaskan pembuangan air besar apabila diminum sebelum bersarapan. Memang lancar dan mudah nak membuang. Memang boleh say bye-bye sembelit 😍



Satu lagi vitamin yang membantu untuk mengurangkan masalah sembelit semasa hamil ialah:

💓 Ostematrix iaitu tablet kalsium yang bukan sahaja sangat bagus dalam membekalkan keperluan kalsium untuk tulang dan kesihatan gigi, malah membantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari.

Kombinasi ESP dan Ostematrix memang terbaik untuk membekalkan sumber kalsium dan nutrisi-nutrisi lain yang diperlukan semasa hamil dan mengurangkan masalah sembelit semasa mengandung. 

Lagipun ibu hamil memang sangat-sangat memerlukan sumber kalsium semulajadi untuk tumbesaran bayi yang sihat serta mengelakkan berlakunya masalah kekurangan kalsium pada ibu yang menjurus kepada penyakit Osteoperosis.

Boleh tengok testimoni-testimoni lain untuk Ostematrix juga:







Haaa kalau tak pernah cuba, kena cuba. Sebab bila tak cuba, kita tak tahu 😊 Dulu-dulu kak yone pun skeptikal juga. Tapi bila diri sendiri dah cuba and masa pregnant, kak yone amalkan Set Prenatal Shaklee, hmmmm kesannya memang best sangat. Baby yang keluar pun berkulit cerah, gebu je. Alhamdulillah.

Kak yone share based on pengalaman kak yone dan ramai lagi yang dah merasai kebaikannya. Nak dapatkan Set Prenatal Shaklee ni, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley