Waspada dengan keputihan semasa hamil

Semasa hamil, memang macam-macam dugaan datang menjengah. Tapi memang normal sebab masa tengah hamil, badan seorang wanita akan mengalami perubahan hormon. Masalah keputihan merupakan salah satu isu yang dihadapi oleh wanita hamil. Perlukah kita berwaspada dengan keputihan semasa hamil? Jom baca selanjutnya.



Keputihan sebenarnya adalah suatu perkara normal yang dihadapi oleh semua wanita. Semasa hamil, makin menjadi-jadi pula keputihan kerana peningkatan hormon estrogen yang membantu pengaliran darah ke bahagian pelvik.

Peningkatan pengaliran darah ini merangsang pembentukan lendir (keputihan) yang berfungsi melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan membantu mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat di dalam faraj.

Keputihan yang berwarna putih dan cair adalah keputihan yang normal semasa mengandung. Namun ibu-ibu hendaklah berwaspada supaya tidak terkeliru dengan kebocoran air ketuban. Jika terlalu banyak air yang keluar, segera merujuk dengan pakar sakit puan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Boleh baca pasal kebocoran air ketuban di SINI.

Perkara penting yang perlu diketahui tentang keputihan.

Keputihan yang tidak normal:

💜 Keputihan yang berwarna hijau, kelabu atau kekuningan

💜 Berbau kuat atau busuk

💜 Menyebabkan kemerahan dan kegatalan pada bahagian sulit

💜 Lendir yang keluar adalah kental, pekat dan banyak

Secara amnya, keputihan tidak membahayakan kandungan. Namun jika berlaku jangkitan dan si ibu hampir hendak bersalin, pastikan si ibu mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Jika berlaku kelahiran di saat adanya jangkitan, kemungkinan bayi juga akan mendapat jangkitan tersebut.

Selalunya doktor akan mengambil sampel daripada faraj dalam minggu ke 32 hingga 34 untuk memeriksa sama ada si ibu ada mengalami apa-apa jangkitan keputihan. Jika ada, dotor akan memberikan rawatan antibiotik atau ubat insert untuk dimasukkan ke dalam faraj.

Cara-cara untuk mengawal keputihan semasa hamil:

💛 Gunakan seluar dalam daripada kain yang diperbuat daripada kapas yang membantu menyerap peluh dan elakkan memakai seluar yang ketat. 

💛 Elakkan menggunakan sabun yang berbau wangi pada bahagian sulit kerana menggalakkan kerengsaan kulit.

💛 Selalu menukar seluar dalam atau panty liner jika berkeadaan lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat.

💛 Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula, kerana semasa hamil, gula menggalakkan pertumbuhan kulat yang aktif.

💛 Amalkan membasuh bahagian sulit dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan daripada anus ke faraj. 

💛 Amalkan makan yogurt untuk menggalakkan flora yang sihat.

💛 Selepas bersama dengan suami, amalkan membuang air kecil dan membasuh bahagian sulit sehingga bersih.

💛 Boleh amalkan Garlic Complex bersama Set Prenatal daripada Shaklee untuk membantu mengawal masalah keputihan.

Semoga ibu-ibu semua menjalani saat-saat kehamilan dengan gembira, sihat dan bahagia 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee atau Set Prenatal Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar