Hari ni kak yone terjumpa satu info pasal 'Harvesting Colostrum before birth'. Bermakna, ibu-ibu yang sedang hamil dalam hujung trimester ketiga, cuba untuk mengeluar dan mengumpul kolostrum untuk diberi kepada bayi selepas bayi dilahirkan.
Kolostrum yang dikumpulkan di dalam syringe
Kita semua tahu, apabila bayi dilahirkan, susu awal yang ada adalah kolostrum iaitu sejenis cecair pekat yang dipanggil sebagai 'liquid gold' yang sangat-sangat berkhasiat untuk bayi kerana mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga garam yang membantu bayi kekal terhidrat dan mengurangkan risiko jaundis atau demam kuning. Di samping itu, kolostrum juga membantu menguatkan antibodi bayi dan mengekalkan paras gula yang baik pada bayi yang baru dilahirkan.
Masa kak yone tengah hamil anak kedua dulu, memandangkan kak yone dah pun menjangkau 40 minggu, maka sehari dua sebelum tarikh induce, kak yone ada juga pam dengan elektrik pam untuk stimulate pengeluaran susu. Masa ni kak yone memang tak tahu lagi pasal 'harvesting colostrum'. Niat kak yone pada masa tu, hanyalah untuk menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih cepat.
Pada masa pam tu, memang tiada pengeluaran susu langsung. Even kolostrum pun kak yone tak perasan 😂 Kak yone pun masih banyak lagi belajar pasal penyusuan. So sama-samalah kita belajar dan menambah ilmu dalam bab penyusuan susu ibu ni ya.
Susu badan hanya akan keluar dalam 3-4 hari selepas bayi dilahirkan. Sebelum itu, ibu-ibu hanya ada kolostrum. Kebanyakan ibu mungkin tidak sedar akan kehadiran kolostrum ini kerana ia sangat pekat dan bagi sesetengah ibu, kuantitinya sangat sedikit, tapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi yang baru dilahirkan.
Apa yang penting, bagi ibu-ibu yang hendak menyusu bayi secara esklusif hendaklah sentiasa 'direct latch' atau menyusu secara langsung mengikut kehendak bayi. Pastikan juga lekapan bayi pada payudara betul untuk mengoptimakan stimulasi susu ibu. InsyaAllah, pengeluaran susu akan dihasilkan mengikut kehendak bayi. Yang penting, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu.
Ok, berbalik kepada topik harvesting colostrum, selalunya digalakkan bagi kes-kes berikut:
💙 Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil. Oleh itu, bayi yang dilahirkan juga akan mengalami kadar gula yang rendah dalam darah dan perlu menyusu sekerap yang mungkin. Jika ada kolostrum yang telah sedia dikeluarkan sebelum bersalin, akan sangat-sangat membantu ibu-ibu untuk meningkatkan lagi penyusuan bayi untuk mengelakkan risiko neonatal hypoglycaemia (kadar gula rendah dalam darah).
💙 Bayi yang mengalami mulut sumbing (cleft lip or palate)
💙 Bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah jantung atau down sindrom
💙 Ibu yang melahirkan bayi kembar
💙 Ibu yang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
Jadi, bagi ibu-ibu yang sihat semasa hamil, digalakkan menyusu secara direct selepas bayi dilahirkan. Tapi tidak salah jika ingin mengeluarkan kolostrum sebelum bayi dilahirkan. Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dilaksanakan pada minggu ke 37.
Ada sesetengah kajian mengatakan stimulasi pada payudara semasa kehamilan mungkin akan mempercepatkan proses bersalin. Sebab itulah digalakkan dilaksanakan pada minggu ke-37. Namun jika tiada kolostrum yang keluar atau hanya sedikit sahaja yang keluar, jangan kecewa kerana itu adalah perkara yang normal. Sesungguhnya lekapan bayi pada payudara adalah cara yang paling efektif untuk mengeluarkan kolostrum.
Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dikeluarkan dengan kaedah hand express. Kalau pakai pam elektrik, takut titisan emas akan terbazir kerana kolostrum yang keluar mungkin dalam bentuk titisan-titisan yang halus. Syringe 1 atau 2ml digunakan untuk mengumpul kolostrum yang keluar.
Cara untuk hand express dan info lanjut mengenai 'Harvesting Colostrum' boleh dirujuk di link ini.
Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua. Yang penting, jaga makan, minum dan kesihatan semasa hamil. Pastikan diri mendapat cukup nutrisi untuk ibu dan bayi.
Jika ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar