Surah penenang jiwa

Apa yang aku nak tulis hari ni ekk? In order to write something good, you need to read to increase your knowledge 😀 Cliche sangat ayat tu. Tapi tula. Betullah. Kalau tak macam katak bawah tempurung. Langsung tak tahu apa-apa.

Okla dah nampak jalan sikit dah nak tulis apa. Kita tulis pasal stress atau perkara-perkara yang membuatkan diri rasa serabut, tak best, dan seangkatan dengannya. Macam berat pulak bunyinya. Tapikan, stress ni ada je. Cuma kita nak layan atau taknak je. Kita yang tentukan macam mana diri kita nak react dengan sesuatu perkara yang kita hadapi.

Kak yone pun kadang tak dapat lari juga daripada being emotional. Rasa serabut. Selalunya kan, semua tu terjadi apabila kita lalai dan jauh dari Allah. Maka, sedikit demi sedikit hilanglah kebergantungan kita kepadaNya, menyebabkan kita akan merasa stress. Itu pendapat kak yone la.

Ubat untuk tenang ialah, dekatkan diri balik kepada Sang Pencipta. Rajin-rajin baca al-Quran dan solat sunat taubat, memohon keampunan Allah. Tapi, kalau rasa susah sangat nak solat sunat taubat, the least that we can do is selalu BERISTIGHFAR. Istighfar di atas segala dosa-dosa kita. InsyaAllah itu juga akan membantu kita mencapat ketenangan.


Kak yone nak share satu video yang kak yone jumpa kat FB. Pada yang rasa hidup sungguh stress dan berserabut, cuba renung-renungkan ayat-ayat daripada satu surah ni, iaitu Surah Ad-Dhuha. InsyaAllah, bila dah faham maksudnya dan penerangannya, kita akan lebih rasa tenang 😉



Kredit to Muslim Speakers


Haaa macam mana? Rasa lega tak? Satu lagi, kak yone nak tambah. Kak yone dengar dalam Ikim. Makanan fizikal kita semuanya daripada sumber tanah sebab kita sendiri berasal daripada tanah. Macam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau kita makan ayam daging sekalipun, makanan ayam dan daging juga berasal daripada tanah.

Tapi apa pulak makanan jiwa? Jiwa kita berasal dari mana? Dari Allah Sang Pencipta yang Maha Esa. Jadi apa makanan jiwa? Semestinya zikir dan ayat-ayat al-Quran yang membantu jiwa kita jadi 'kenyang' dan tenang 😉

Apa yang baik kita kongsi-kongsikan 😊

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar