Bolehkah wanita hamil mengangkat berat

Hari ni kak yone nak sentuh pula pasal ibu-ibu yang hamil, tapi mungkin memerlukan mereka mengangkat benda-benda berat atau ibu-ibu yang mempunyai anak yang memerlukan mereka mendukung anak mereka apabila diperlukan. Jadi bolehkah wanita hamil mengangkat berat?



Ramai juga yang kak yone lihat, hamil tapi masih mendukung anak kecil mereka yang berusia 1-3 tahun. Ada juga ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi di mana pekerjaan mereka memerlukan mereka mengangkat kotak-kotak atau benda-benda yang berat.

Hakikatnya, jika boleh, ibu-ibu yang tengah mengandung ini, elakkanlah mengangkat benda-benda yang berat. Ada yang cakap, berat maksimum yang boleh ibu-ibu hamil angkat ialah dalam 9kg. Ada juga yang mengatakan 7kg adalah berat maksimum.

Sebab-sebab ibu mengandung tidak digalakkan mengangkat benda-benda berat:

💣 Di awal kehamilan, kandungan masih belum kuat di dalam rahim ibu. Oleh itu, elakkan mengangkat benda-benda berat atau mendukung anak-anak kecil. Benda berat menyebabkan tekanan yang boleh menyebabkan keguguran awal.

💣 Apabila usia kehamilan semakin meningkat, badan ibu akan mengalami perubahan fizikal. Perut yang semakin membesar memungkinkan si ibu berada dalam keadaan yang kurang stabil apabila mengangkat barang-barang yang berat. Ini mungkin akan menyebabkan si ibu terjatuh dan seterusnya mencederakan diri dan kandungan.

💣 Selain itu, keadaan otot-otot badan yang sedang meregang semasa hamil akan menyebabkan badan si ibu berasa sakit apabila mengangkat benda-benda berat.

💣 Kebiasaan mengangkat benda-benda berat juga akan menyebabkan si ibu berisiko untuk bersalin awal atau bersalin anak pramatang.

💣 Berat bayi juga berisiko akan menjadi lebih rendah berbanding bayi yang ibunya jarang mengangkat barang berat.

Tapi keadaan ini bergantung juga pada si ibu. Ada si ibu yang sudah terbiasa mengangkat barang-barang berat. Jadi otot-otot si ibu sudah kuat dan mampu menghadapi keadaan hamil dan pada masa yang sama masih lagi mengangkat beban-beban yang berat.

Gambar ihsan Google.

Semuanya bergantung kepada individu. Apa-apa pun, kak yone percaya, biar besederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan terlalu memaksa diri takut akan menyebabkan diri terbeban. 

Yang penting, semasa hamil, amalkan makanan yang berkhasiat dan cara hidup yang sihat. Ibu yang sihat dan gembira akan melahirkan anak yang sihat dan gembira juga. Kak yone doakan semua ibu-ibu sihat dan berbahagia selalu dalam menempuh saat-saat kehamilan 😉

Nak dapatkan Set Prenatal Shaklee atau mana-mana vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar