Hai apa khabar semua 😊 Lama juga kak yone tak bersiaran. Hari ni nak tulis pasal tidur. Haaa tidur memang penting. Tapi ada keadaan-keadaan yang membuatkan tidur tak lena. Terutamanya wanita yang sedang hamil. So macam mana cara mendapatkan tidur yang lena semasa hamil?
Masa kak yone pregnant anak kedua dulu, terutamanya bila dah masuk trimester ketiga, memang susah sangat nak tidur lena. Masa tu, waktu malam-malamlah baby bukan main aktif berguling, menendang, somersault dan sebagainya. Kak yone ada terpikir juga, kalau baby dah lahir, senanglah kak yone nak jaga sebab kak yone takleh tidur 😁
Hahaha. Baguskan fikiran tu. Tapi bila baby dah lahir, automatik pula rasa nak tidur je di malam hari. Padahal baby waktu malamlah yang paling kurang tidur 😂 Sebab tu penting sangat si ibu mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan semasa berpantang. InsyaAllah, amalkan Set Berpantang Shaklee, badan ibu akan lebih bertenaga dan bersemangat. Chaiyok!
Ok, berbalik kepada topik kita. Haaa macam mana cara nak mendapatkan tidur yang lena/nyenyak semasa hamil ni? Berikut adalah beberapa cadangan atau tips untuk membantu ibu-ibu lebih nyenyak tidur semasa hamil.
💚 Gunakan bantal extra untuk menyokong tubuh ibu semasa tidur. Di awal kehamilan ibu mungkin masih ok untuk tidur telentang, tapi apabila kehamilan telah masuk ke trimester kedua ke atas, adalah lebih baik untuk ibu tidur secara mengiring. Letakkan bantal untuk mengalas belakang ibu serta bantal untuk dipeluk di bahagian depan. Kalau nak mudah lagi, ibu-ibu boleh beli bantal untuk kehamilan yang berbentuk C atau U tu.
Bantal yang sesuai digunakan semasa hamil
💚 Sebelum tidur, tenang-tenangkan diri. Jangan membaca atau scroll FB atau instagram dah. Selesakan diri dan sediakan diri untuk tidur.
💚 Bukalah bacaan ayat-ayat Al-Quran yang menenangkan seperti surah Al-Mulk atau Surah Sajdah untuk ketenangan. Boleh juga pasang lagu-lagu yang menenangkan.
💚 Sebelum tidur, ibu-ibu boleh cuba mandi air suam untuk memberi mode relaks kepada tubuh. Satu lagi, kalau badan berlengas panas, eloklah sejukkan dulu dengan mandi 😊
💚 Minta suami untuk mengurut-ngurut lembut badan si isteri. Bukanlah nak suruh massage sangat, sekadar belaian dan urutan untuk menenangkan tubuh yang letih.
💚 Amalkan rutin tidur yang konsisten. Maknanya setiap hari, cuba pastikan masa yang sama untuk tidur. Lagi satu, cuba tidur sebelum pukul 11 malam, supaya sekurang-kurangnya badan mendapat rehat yang cukup. Mengikut kajian, tidur sebelum pukul 12 malam, contohnya tidur pukul 11 malam sehingga ke 12 malam adalah bersamaan 2 jam waktu tidur. Jadi badan akan mendapat rehat yang lebih baik.
Semoga entry ini bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian 😀
Nak dapatkan Set Hamil atau Set Berpantang Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628. Boleh layan testimoni-testimoni set berpantang di bawah 😉
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar