Tips untuk melegakan batuk dan selsema semasa hamil

Kawan ofis kak yone sorang ni, yang tengah berbadan dua, tiba-tiba terkena batuk-batuk yang agak teruk. Tak cukup dengan batuk, dipakejkan juga dengan selsema. So memang la nampak kawan kak yone ni tak sihat. Bila dah batuk-batuk dan selsema, hamil lagi, seksa sungguh rasa hendak bernafas.



Waktu mengandung pula, bukan boleh sewenang-wenangnya nak mengambil ubat-ubatan. Kebanyakan wanita hamil yang terkena batuk-batuk dan selsema, semuanya bertahan sehingga batuk-batuk dan selsema baik sendiri. Tapi tahulah, kadang-kadang melarat sampai badan pun lembik 😓

Hakikatnya semasa mengandung, sistem pertahanan badan seorang wanita akan menurun. So hari ni, kak yone kongsikan sedikit tips untuk melegakan batuk dan selsema semasa hamil.

Tips untuk melegakan batuk-batuk dan selsema semasa hamil:

💗 Amalkan meminum campuran madu dan lemon dengan air suam. Bukan saja sedap, tapi kaya dengan vitamin C dan membantu mengurangkan simptom batuk-batuk dan selsema serta mempertingkatkan sistem imun badan.

💗 Jangan sayang pada kahak! Haaa kalau rasa ada kahak dan boleh dibuang, buanglah sekerap mungkin. Ini akan membantu mengelakkan terjadinya sakit tekak yang akan membuatkan keadaan anda semakin teruk. Selsema pun dapat dikurangkan dengan membuang kahak secara kerap.

💗 Amalkan memakan banyak bawang putih yang kaya dengan sifat antibiotik semulajadi. Heee kalau tak tahan, leh je telan Garlic Complex Shaklee 😀

💗 Selain itu, banyakkan minum air suam dan berehat.

💗 Sediakan sup ayam yang kaya dengan bawang putih, bawang, dan campuran ayam yang direbus dalam slow cooker untuk mendapatkan khasiat daripada ayam dan bahan-bahan tadi yang sangat bagus apabila badan tidak sihat. Boleh refer cara membuatnya di SINI.

💗 Untuk mengurangkan sakit tekak, boleh berkumur dengan campuran air suam dan garam untuk melegakan sakit tekak.

Di samping itu, para ibu hendaklah sentiasa menjaga kesihatan sebab keadaan mengandung menyebabkan sistem imun atau pertahanan tubuh menjadi agak lemah. 

Boleh amalkan langkah-langkah di bawah untuk membantu mempertingkatkan kesihatan:

💜 Amalkan pemakanan makanan yang sihat dan seimbang 😉 Kak yone tahu, kadang takde selera makan, hari-hari makan benda yang sama je. Tapi bila dah rasa ok, simptom morning sickness da kurang, cubalah amalkan makanan yang sihat ya.

💜 Minum banyak air masak. Tak kisahlah air suam atau sejuk. Tapi cubalah minum sebanyak yang mungkin untuk melancarkan proses tubuh badan kita.

💜 Wanita hamil ni memang perlukan banyak berehat. Jadi jangan rasa bersalah untuk berehat. Sebab rehat membantu mengurangkan stress. Less stress, sistem pertahanan badan akan lebih kuat.

💜 Bersenam. Haaa walaupun terasa malas, amalkan juga bersenam. Cukuplah sekadar berjalan di taman atau treadmill. Haaa ada kajian mengatakan ibu yang bersenam akan boost brain power baby 😀 Best kan?

💜 Jauhi rokok dan orang-orang yang merokok untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

💜 Jaga kebersihan diri dan sentiasa basuh tangan untuk melindungi diri daripada jangkitan penyakit.


Kak yone juga sangat-sangat mencadangkan untuk mengamalkan Set Prenatal Shaklee. Badan ibu yang hamil memerlukan kepelbagaian nutrisi untuk membantu memberi tenaga, mempertingkatkan sistem imun badan serta membantu dalam perkembangan bayi. Memang sangat-sangat membantu ibu dalam mengharungi proses kehamilan.



Jika berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan Shaklee atau mana-mana vitamin Shaklee, jangan segan-segan untuk menghubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar