Showing posts with label Set Bersalin Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin Shaklee. Show all posts

Teknik Pernafasan semasa hendak bersalin

Apabila menghitung hari ke saat-saat menunggu tibanya proses bersalin, ibu-ibu pastinya terasa teruja! Haaa tak sabar nak melihat bayi yang dikandung tapi pada masa yang sama, nervous hendak melalui proses bersalin 😂 Orang kata, semuanya melibatkan teknik pernafasan semasa hendak bersalin yang akan membantu mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran.



Kak yone semasa di labor room, memang setakat dua kali ni, mungkin berada dalam keadaan yang panik 😔 Yang sulung prosesnya mengambil masa selama 6 jam, yang kedua mengambil masa dalam 10 jam. Kedua-duanya kak yone kena induce. Kata orang lagi, kena induce ni, lagiiiiiii sakit. Wallahualam sebab kak yone tak alami lagi proses bersalin yang tanpa induce.

Tapi bagi kak yone, walaupun yang kedua tu mengambil masa 10 jam, keadaan kak yone takdelah macam semasa proses bersalin yang sulung. Lebih sabar menahan sakit walaupun nurse cakap kak yone dah stress sangat. Boleh baca sharing kak yone semasa proses kelahiran kedua di SINI.

Ok, kembali ke teknik pernafasan semasa hendak bersalin, kak yone pun kongsikan apa yang kak yone baca dan mengikut pengalaman. 

Pertama sekali, apabila dah mula rasa sakit contraction, JANGAN PANIK! Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Yang penting, bila kita bernafas dengan baik, oksigen akan masuk ke dalam badan dan memenuhi keperluan baby. Ibu tenang, baby pun tenang. Cuba bernafas dalam-dalam dan konsisten.

Apabila terasa contraction semakin kuat dan kerap, kita akan mula menarik nafas pendek-pendek. Pada masa itu, perasaan takut dan panik juga akan menguasai. Pada masa ini, ingat dalam kepala perkataan re-leks. Masa menarik nafas juga, ulang ritma re-leks. 

Contohnya:

Tarik nafas dalam 3-4 saat melalui hidung dan dalam otak ingat perkataan reeeee.

Kemudian tahan nafas selama 1-2 saat dan lepaskan nafas melalui mulut. Masa lepaskan nafas, ingat perkataan leks. 

Semakin sakit contraction tu, kerapkan tarik nafas. Penting untuk memastikan kita mendapat oksigen yang secukupnya. Kalau dah rasa susah menarik nafas dengan hidung, tarik nafas melalui mulut dan lepaskan melalui mulut juga.

Jangan melawan contraction kerana contraction merupakan proses membesarkan bukaan untuk bayi keluar. Gigi jangan diketap, tangan jangan digenggam (senanglah cakap, tapi jika mampu, buatlah untuk membantu memudahkan proses bersalin). Mulut tu biarlah tersenyum dan sentiasa berzikir. 

Jangan meneran selagi bukaan belum mencapai 10cm, atau selagi nurse tak mengizinkan. Apabila dan buka 10cm, mulalah teran,

Kata doktor kak yone dulu, teran macam tengah b%r#k sembelit. Rasai otot-otot yang terlibat. Nak meneran juga memerlukan nafas yang panjang. Lepas push, jangan bunyi hah! Sebab dikhuatiri bayi akan masuk ke dalam semula. Tapi di hujungnya, cuba curi nafas, macam orang curi nafas semasa berenang.

Teknik meneran pula:

💧 Tangan memegang pada pergelangan kaki, atau pemegang yang disediakan di tepi katil. Ini untuk membantu supaya semasa proses meneran, ibu-ibu tak mengangkat punggung.

💧 Angkat badan (suami boleh tolong ampu bahagian belakang untuk isteri menyandar).

💧 Dagu pada dada dan mata memandang perut.

💧 Push atau teran dengan hembusan nafas yang sepanjang-panjangnya.

💧 Tarik nafas dan atur semula pernafasan semasa contraction berhenti.

💧 Ulang setiap kali contraction sehingga bayi keluar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Selepas bersalin, elok generate balik tenaga yang hilang dan bersedia untuk menyusukan bayi dengan SET POSTNATAL / SET BERPANTANG SHAKLEE yang membantu memulihkan tenaga dan mempercepatkan pemulihan luka-luka dalaman dan luaran.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Menjayakan penyusuan exclusive susu ibu

Hari ni kak yone sharekan pasal penyusuan susu ibu exclusive untuk bayi. Sekarang ni memang ramai dah sedar akan kepentingan menyusukan bayi dengan susu ibu. Walaupun penyusuan susu ibu adalah suatu yang semulajadi, namun ia tidaklah semudah yang disangka.



Semulajadi sebab susunya datang dari ibu. Tapi nak menjayakan penyusuan susu ibu, ibu dan bayi kena bekerjasama memastikan susu tu sampai kepada bayi. Lagi satu, ibu-ibu semua harus ingat, tak semua orang bertuah ada susu selepas bersalin. Maksudnya nampak susu keluar daripada payudara. Selalunya nampak seperti tiada susu langsung.

Pada waktu lepas bersalin, yang ada adalah kolostrum, iaitu cecair pekat yang sangat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Jika lekapan bayi betul, bayi akan berjaya mendapatkan kolostrum ini. Malah ibu-ibu juga boleh memicit dengan tangan untuk mengeluarkan kolostrum ini. Pada masa ini, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. Jangan fikir takde susu.

Nak tahu kehadiran kolostrum ni, ibu-ibu boleh marmet atau urut-urut di sekitar payudara untuk mengeluarkan kolostrum ini. Sediakan syringe 1ml untuk mengumpul titisan kolostrum yang pekat ini. Jika tiada syringe, boleh gunakan cup kecil untuk menadah titisan emas ini.


Cara-cara mengurut payudara. Setelah mengurut mengikut langkah 1 dan 2, tekanan diberikan di bahagian atas daripada areola untuk mengeluarkan kolostrum. Picit perlahan-lahan dan boleh dilakukan di sekeliling areola seperti gambar 3 dan 4. Elakkan memicit di kawasan areola untuk mengelakkan kesakitan.

Hakikatnya perut bayi yang baru dilahirkan sangat kecil. Hanya sebesar guli atau buah ceri pada hari pertama dilahirkan. Jom kita tengok keperluan susu bayi dari lahir sampailah ke sebulan.


Yang penting, untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara exclusive, pastikan selepas bayi dilahirkan, terus diberikan kepada ibu untuk disusukan. 

Ada sesetengah hospital bersalin, terus mengambil bayi dan diletakkan di bawah jagaan nursery. Manakala ibu dibiarkan berehat. Jika nak menjayakan penyusuan exclusive, pastikan hospital dimaklumkan yang bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibu untuk terus disusukan dan tidak diberikan langsung susu formula selepas dilahirkan.

Yang penting, di saat awal selepas kelahiran bayi, pastikan lekapan bayi di payudara adalah betul. Pastikan kedua-dua bibir bayi terkeluar seperti memuncungkan mulut apabila melekap di payudara. 

Lekapan itu juga hendaklah di bahagian areola, bukan di bahagian puting. Jika lekapan terjadi di bahagian puting, bayi tidak akan dapat menstimulasikan pengeluaran susu dengan baik, malah mungkin juga tidak akan mendapat susu. Ibu juga akan mengalami kesakitan apabila menyusu, kerana puting melecet.



Ramai ibu-ibu risau bayi tidak mendapat susu ibu secukupnya. Haaa nak tengok baby dapat susu secukupnya dan kenyang, boleh tengok cue ini.

Have you ever worried that your newborn fell asleep hungry after breastfeeding?


"When a baby is hungry, he tends to clench his fists tightly and bring them toward his face. If he falls asleep hungry, his fists usually stay clenched. But when he gets milk, he relaxes starting with his face. Then his shoulders relax, and finally those fists unclench. Eventually they're as limp as the rest of him. Think of his hands as a built-in fuel gauge." -- La Leche League's Womanly Art of Breastfeeding, 8th edition

Jadi, apabila menyusukan bayi dan bayi terlena. Tengok wajah baby sama ada kelihatan tenang, atau pun nampak stress dan dahi berkerut. Jika badannya kelihatan keras dan tegang, tangan juga seolah menggenggam penumbuk, itu bermakna bayi masih tidak puas menyusu. Kemungkinan besar, flow susu ibu perlahan dan bayi kurang sabar.

Namun, jika bayi kelihatan releks, lena tidurnya serta tangannya terkulai dan lembut, maka yakinlah bayi sudah puas menyusu 😊


Tengok tangan baby ni dah terbuka dan terkulai, tanda baby kekenyangan.

Untuk ini, ibu-ibu boleh usahakan untuk menjaga pemakanan, minum air secukupnya. Jika boleh banyakkan makanan yang bersup untuk membantu mempertingkatkan lagi pengeluaran susu. 

Bayi pula jangan dibiarkan lapar sehingga menangis baru hendak disusukan. Apabila dah nampak cue seperti tangan dibawa ke mulut atau pun muka bayi mula mengalih ke sisi seolah-olah mencari susu ibu, maka segeralah menyusukan bayi. 

Ini untuk mengelakkan bayi mengamuk-ngamuk dan kesukaran untuk mendapatkan lekapan yang betul kerana bayi sudah terlalu lapar dan tidak sabar mahukan susu yang mungkin flownya agak perlahan.

Ibu-ibu yang hendak menjayakan penyusuan exclusive ini juga haruslah memastikan diri sendiri berada dalam keadaan yang sihat fizikal dan mental. Jika ibu terasa sakit, stress, kemungkinan besar, akan mengganggu proses penyusuan susu ibu. Bayi juga akan merasa stress yang dialami oleh ibu.

Untuk ibu, pastikan ibu mendapat pemakanan yang cukup nutrisi, supaya badan lebih segar dan bertenaga dan juga luka bersalin dapat sembuh dengan baik.

Kak yone cadangkan, selepas sahaja melahirkan anak, minumlah ESP daripada Shaklee untuk tenaga dan membantu boostkan pengeluaran susu untuk bayi. Selain itu, ESP juga membantu memulihkan luka-luka bersalin. Kombinasi dengan Alfalfa Complex juga akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu serta membantu ibu-ibu membuang darah kotor dengan lebih lancar.

Selain itu, amalkan juga vitamin C Shaklee yang membantu menguatkan sistem imun ibu, supaya semakin sihat, membantu memulihkan luka serta menyalurkan zat vitamin C ini kepada bayi melalui susu ibu.

Selain itu, vitamin lain yang terdapat di dalam Set Postnatal Shaklee ialah:

💙 Vitamin B Complex yang membantu ibu lebih bertenaga dan juga membantu mengelakkan stress dan meroyan.

💙 Ostematrix. Membekalkan keperluan kalsium untuk ibu menyusu dan juga menyalurkan melalui susu ibu kepada bayi.

💙 Omega Guard. Mengandungi khasiat DHA dan EPA yang membantu mengurangkan inflamasi pada ibu dan membantu perkembangan otak bayi supaya menjadi anak yang lebih bijak dan pintar (disalurkan melalui susu ibu).

💙 Vitalea iaitu multivitamin yang membantu top-up keperluan nutrisi harian si ibu supaya lebih cergas dan bertenaga.



Masa hamil, kak yone memang mengambil set ini (kecuali Alfalfa Complex) yang mana boleh diteruskan sebagai Set Berpantang. Memang terasa badan lebih bertenaga, lawas dan happy apabila mengamalkan set ini 😉

Kak yone amalkan, dan of courselah kak yone nak share kebaikannya. So nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu dan berpantang dengan happy 😊


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Sebelum kehamilan, apa yang perlu dibuat?

Dalam kehidupan ini, ada yang selepas bernikah, terus direzekikan hamil. Ada pula yang dah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Apa pun, semuanya ketentuan Allah. Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita.

Hakikatnya, untuk menimang cahaya mata memerlukan persediaan. Bukan hanya melibatkan suami isteri untuk bersama. Tapi suami dan isteri perlu bersedia terlebih dahulu secara fizikal dan mental untuk menerima kehadiran cahaya mata.
Semalam kak yone terbaca di IIUM Confession pasal satu pasangan yang telah berkahwin selama 5 tahun, barulah dikurniakan cahaya mata. Itu pun, si isteri mengatakan bahawa dia terpaksa memperbetulkan dirinya terlebih dahulu. Haaa nak betulkan  diri macam mana?

Kak yone ingat dalam tulisannya, untuk menjemput rezeki (cahaya mata juga adalah rezeki kannnn 😊) dia ubah beberapa sikap negatif kepada positif terlebih dahulu. Antaranya ialah:

💙 Menjaga solat di awal waktu

💙 Memaksa diri untuk menangis dalam memohon keampunan serta memohon rezeki untuk mendapat cahaya mata. Katanya lagi, kalau tak nangis, macam kita tak serius la dengan permintaan kita. Kalau boleh, bangunlah tahajud dan memohon kepadaNya.

💙 Rajin-rajin membantu orang yang dalam kesusahan, baik dari segi sedekah, ataupun contoh orang yang susah nak lintas jalan, maka tolonglah.

💙 Jauhkan diri daripada mengumpat atau bergosip pasal orang lain.

Haaa ni antara yang kak yone ingat. Macam yang kak yone katakan tadi, persediaan hamil memerlukan persediaan mental dan fizikal. Kalau yang kat atas ni, persediaan mental atau jiwa spiritual kita. 

Dari segi fizikal pulak, kita perlu memastikan dalaman badan kita juga bersedia untuk menerima kehadiran bayi.

Bagi seorang wanita, adalah sangat penting, sekurang-kurangnya bersedia 3 bulan lebih awal sebelum hamil. Ini bermakna, bagi pasangan yang merancang hendak mendapatkan cahaya mata, pastikan 3 bulan sebelum, amalkan asid folik serta makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan nanti.

Bagi yang nak bernikah dan terus mendapat cahaya mata, pastikan sebelum akad nikah tu, dah amalkan tablet asid folik dan nutrisi-nutrisi lain yang diperlukan. Bahaya kalau badan tidak mempunyai asid folik yang mencukupi kerana bayi yang dikandung terdedah kepada risiko kecacatan neural tube defects. Korang tengok sendiri gambarnya dalam link yang kak yone bagi tu.

Ramai orang tidak tahu, yang pembentukan tulang belakang bayi terjadi pada 28 hari pertama kehamilan. Jadi, jika pada masa ini badan ibu tersebut kekurangan nutrisi asid folik, maka bayi sangat-sangat berisiko mengalami kecacatan spina bifida atau kehamilan bayi yang tiada tempurung kepala atau mengalami kecacatan di bahagian kepala. Nauzubillah Hi Minzalik.

Jadi, pastikan badan kita cukup nutrisi-nutrisi penting setiap masa! Haaa sebab kadangkala, kaum wanita ni, tak sedar pun mengandung. Tengok-tengok dah 3 bulan. Jadi macam mana? 

Haritu kak yone ada attend Baby Roadshow Talk yang dianjurkan Shaklee. Speaker jemputan ialah Dr. Sonhee Park iaitu Senior Research Scientist in Research & Development Shaklee US. 

Dr. Sonhee Park

Agak-agak berapa usia Dr. Sonhee atau lebih mesra dipanggil Dr. Sunny ni? Haaa jangan terkejut. Umurnya 63 tahun. Rambut masih hitam lebat. Tak nampak pun macam 63 tahun kan?

Dr. Sunny sangat-sangat menekankan pengambilan nutrisi yang mencukupi daripada saat sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas melahirkan. Semua vitamin yang terdapat di dalam Set Prenatal dan Postnatal Shaklee sangat-sangatlah penting bagi seorang bakal ibu dan ibu-ibu sekalian. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik link di bawah:



Yang best lagi, Shaklee juga akan lancarkan Shaklee Baby Product menjelang hujung November 2017 ini. 

Set Shaklee Baby Product


Set ini memang sangat-sangat sesuai untuk bayi dan anda yang mengalami masalah kulit yang sensitif. Sebabnya, produk Shaklee baby ini diperbuat daripada 75%-78% bahan-bahan semulajadi. Haaa masa Q&A ada yang tanya Dr. Sunny, kenapa tak 100% bahan semulajadi? Sebab selebihnya adalah air 😊

So, nak dapatkan semua ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Menyusu bayi. Masih adakah peluang selepas gagal sebelumnya?

Semua ibu-ibu yang sedang hamil PASTI bercita-cita hendak menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Takde rasanya ibu-ibu yang siap beli susu formula sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi. Tapi, ada peluang ke menyusukan bayi sepenuhnya bila pernah gagal dengan anak-anak sebelumnya?



Satu soalan yang kadang-kadang mematikan semangat ibu untuk menyusukan bayinya. Iyelah, anak pertama takat sebulan je. Itu pun dah campur susu formula. Anak kedua pulak, takat 6 bulan. Tu pun dah campur susu formula juga. Adehhhhh. Hilang semangat bila fikir balik.

Tapi, percaya tak, kak yone dah tengok kawan-kawan kak yone berjaya menyusukan sepenuhnya apabila tibanya kelahiran ketiga (anak ketiga). Yang pertama dan kedua gagal. Tapi baby yang ketiga, dapat disusukan sepenuhnya. Sampai tahap susu melimpah ruah, lain macam sangat. Sampai kawan kak yone cakap, nak susukan dua tiga baby pun boleh. Haaaa everything is possible.



Nak menyusukan baby, memang bukan perkara mudah. Tapi ia tidak mustahil. Cuma si ibu kena kental semangat dan tidak berputus asa. Kalau si ibu putus asa, sambil lewa dan melayan perasaan give up tu, alamatnya memang sukar untuk berjaya. Sebab hati dan perasaan awal-awal lagi kata tak dapat.

Selalunya cabaran nak menyusukan sepenuhnya bermula pada peringkat awal lagi. Yang menggagalkan usaha penyusuan apabila susu lambat keluar (pada pandangan mata ibu dan orang-orang keliling) dan juga apabila bayi terkena demam kuning.

Dalam situasi ini, ibu akan berasa tertekan atau stress dan seterusnya mengalah dan memberikan susu formula. Pada hakikatnya, tak salah memberikan susu formula untuk top up, sementara menantikan susu badan untuk kick in. 

Jangan kecam kak yone ekk. Ramai ibu-ibu terpaksa memberikan formula kerana bayi mengamuk-ngamuk kelaparan. Kalau nak dipaksakan juga, sebenarnya mengundang bahaya kepada bayi itu sendiri. Bacaan gula dalam darah bayi akan turun dan seterusnya menyebabkan renjatan otak pada bayi. Jadi sementara tu, top up susu formula dan pada masa yang sama, usahakan untuk stimulate pengeluaran susu ibu.

Susu formula boleh diberi melalui tiub, syringe, cawan atau sudu untuk membantu bayi agar tidak keliru dengan puting botol susu dan puting ibu. Nak-nak bila dah terbagi puting botol yang flow nya laju. Nanti bayi akan reject penyusuan direct susu ibu. Sebab susu ibu, bayi kena menggunakan tenaga untuk menghisap berbanding puting daripada botol yang mengalir perlahan-lahan. Jadi berhati-hati juga pada part ini.

Apabila susu dah kick in, rajin-rajinlah menyusukan bayi mengikut demand atau kehendak bayi. Memang tidak dinafikan sesetengah bayi nak menyusu setiap masa. Keadaan ini akan menyebabkan ibu keletihan serta mungkin mengalami kesakitan pada puting payudaranya. 

Sebab itu, ibu harus bertenaga selepas melahirkan bayi. Selepas kelahiran, bayi harus terus disusukan, bukan dimandikan dan diberikan susu formula. Beritahu juga pihak hospital yang si ibu ingin menyusukan bayi secara ekslusif supaya mereka tidak memberikan susu formula dan menjaga bayi di nursery. Bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibunya.

Ramai kawan kak yone yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee atau Shaklee Postnatal Set. Apabila selesai berpenat lelah mengharungi proses bersalin, terus mereka minum ESP dan makan vitamin-vitamin di dalam set berpantang untuk membantu memulihkan tenaga dan juga sebagai persediaan untuk menyusukan bayi. 

Alhamdulillah. Memang proses menyusukan bayi menjadi lebih mudah. Fikiran lebih positif (penting tau untuk positif sebab banyak cabaran menunggu di awalnya). Si ibu juga lebih bertenaga untuk melayan karenah bayi 😊


Set Berpantang dan Menyusu Shaklee



Set Berpantang atau Postnatal Shaklee ini mempunyai 7 jenis vitamin. Sebenarnya kebanyakan vitamin ini boleh diamalkan semasa hamil, kecuali Alfalfa Complex. Fungsi-fungsi setiap satu vitamin adalah seperti berikut:

💓 Vita-Lea merupakan multivitamin yang membantu top up keperluan nutrisi harian si ibu. 

💓 Vitamin B-Complex sangat-sangat membantu untuk boost tenaga ibu yang dalam berpantang serta membantu ibu untuk lebih tenang dan menjauhkan stress.

💓 Vitamin C (sustained release) membantu pemulihan luka selepas bersalin serta menguatkan sistem pertahanan ibu dalam melawan jangkitan virus dan bakteria serta melindungi bayi melalui susu ibu.

💓 Ostematrix iaitu tablet kalsium yang sangat penting untuk memenuhi semula keperluan kalsium pada tulang si ibu dan pada masa yang sama menyalurkan keperluan kalsium pada bayi. Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sakit-sakit badan serta masalah sembelit bagi ibu hamil.

💓 ESP merupakan serbuk soya protein yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutamanya ibu yang sedang berpantang untuk membantu proses memulihkan luka serta membantu pertumbuhan sel-sel baru. Juga membantu memekatkan susu badan dan menyalurkan keperluan protein melalui susu ibu kepada bayi.

💓 Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi (melalui susu ibu) serta mengurangkan inflammasi dalaman bagi ibu, yang membantu mengurangkan kesakitan akibat daripada luka-luka selepas bersalin.

💓 Alfalfa Complex membantu membersihkan dalaman dengan membuang darah-darah kotor, membantu melawaskan proses membuang air besar serta membantu boostkan pengeluaran susu ibu.


Jadi, nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, jangan malu-malu untuk menghubungi kak yone di 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley




Kebaikan Set Bersalin / Set Berpantang Shaklee

Semestinya ibu-ibu yang menantikan kelahiran bayi akan survey set bersalin atau set berpantang yang terbaik, yang akan digunakan selepas melahirkan anak... Saya juga begitu dulu... 



Pada masa itu, saya memang belum diperkenalkan lagi dengan Set Bersalin Shaklee... Tetapi selepas melihat ramai sahabat-sahabat saya yang mengamalkannya dan kesan yang sangat positif, InsyaAllah saya akan mengamalkan Set Bersalin Shaklee selepas ini :)

Anda boleh memilih Set Bersalin Shaklee mengikut kesesuaian dan bajet yang diperuntukkan. Set Bersalin Shaklee boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1. Set Bersalin Shaklee (Asas) - RM268.75

Terdiri daripada:

i) Vitalea - Mengandungi pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu yang baru bersalin.

ii) Sustained Release Vita-C (Vitamin C) - Meningkatkan kekuatan imun tubuh dan mencantikkan kulit.

iii) B Complex - Membantu pembentukan sel darah merah akibat banyak kehilangan darah semasa bersalin.

iv) Zinc Complex - Tahap zink yang rendah di dalam badan boleh menyebabkan post-natal depression. Oleh itu, zink sangat penting untuk membantu mengelakkan simptom post-natal depression (meroyan).


Nak tambah komen sikit, dulu-dulu saya rasa saya kekurangan zink... sebenarnya pengambilan zink ni penting sangat untuk ibu-ibu lepas bersalin... sebab badan penat dan malam-malam kurang tidur kerana baby nak menyusu dan ingin dipegang aje... Jadi adalah sangat penting untuk ibu-ibu bertenang (tidak stress). Semua ni adalah untuk mengelakkan daripada post-natal depression (meroyan).

2. Set Bersalin Shaklee (Optimum) - RM479.75

Set ini terdiri daripada Set Bersalin Shaklee (Asas) dan ditambah dengan:

i) OsteMatrix - Untuk bekalan kalsium kepada ibu dan bayi dan menggantikan kehilangan kalsium dan magnesium yang hilang semasa proses kelahiran.

ii) ESP - Merangsangkan pertumbuhan fizikal dan mental daripada ibu kepada bayi. Juga memulihkan luka-luka semasa bersalin.



3. Set Bersalin Shaklee (Premium) - RM586.00

Set Bersalin Shaklee (Premium) adalah kombinasi Set Bersalin Shaklee (Optimum) dan dua supplemen yang sangat sesuai untuk berpantang, penyusuan dan juga menguruskan badan :) Anda hanya perlu tambah:

i) Alfalfa Complex - Melancarkan penyusuan dan bertindak sebagai serat kepada tubuh.

ii) Lecithin - Mengurangkan masalah bengkak susu dan membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan.



Kenapa harus memilih Set Bersalin Shaklee?
  • Set Bersalin Shaklee adalah terdiri daripada supplemen-supplemen semulajadi yang selamat.
  • Setiap Set Bersalin Shaklee dapat bertahan sehingga 2 hingga 4 bulan dan boleh disambung makan walaupun sudah tamat waktu berpantang.
  • Harga Set Bersalin Shaklee sangat berbaloi-baloi. Selain dapat bertahan untuk jangka masa yang lama, set ini juga sangat baik untuk kesihatan optima ibu dan bayi.


Jom kita layan testimoni-testimoni Set Bersalin Shaklee. Sebelum itu, baca komen Dr. Hamid Arshat tentang kepentingan mengambil supplemen untuk kesihatan wanita sepanjang hayat :)











Berminat hendak dapatkan Set Bersalin Shaklee? Hubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah saya akan membantu anda melalui proses berpantang dengan gembira.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Reference:

Tips Untuk Ajar Bayi Mudah Tidur Malam

Ramai ibu-ibu yang baru bersalin terutamanya yang bersalin anak pertama akan mengalami sedikit kejutan apabila bayi yang baru lahir selalunya akan tidur dengan nyenyak di siang hari tapi tidak di malam hari. Heee.. kadangkala situasi ini akan membawa kepada kemurungan dan stress kepada si ibu.

Rasanya situasi ini terjadi kepada semua ibu-ibu. Adalah penting untuk ibu-ibu yang tengah menantikan kelahiran cahaya mata pertama memahami situasi ini dan bersedia daripada segi mental dan fizikal. Ini disebabkan jika ibu stres atau tertekan selepas melahirkan anak ditambah lagi jika mengalami masalah susu masih belum keluar atau merasakan susu sikit, maka psikologi seorang ibu itu akan benar-benar terganggu. 

Bayi yang baru lahir, tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Mereka akan bebas berjaga dan tidur tidak mengira masa. Oleh itu, untuk membantu bayi memahami perbezaan waktu itu, maka ibu bapa terutamanya dan orang-orang yang berada di samping keluarga tersebut harus memainkan peranan yang penting.




Tips untuk membantu bayi tidur malam
  • Kenalpasti tanda-tanda bayi mengantuk. Antara tanda-tandanya ialah bayi mula menguap, mengenyeh mata, menarik telinga dan sebagainya. Apabila tanda-tanda itu sudah dikenalpasti, pastikan anda membawa bayi masuk ke bilik tidur. Jika tanda-tanda ini terlepas, maka bayi akan keletihan dan sukar untuk tidur selepas itu. Maka waktu tidurnya akan terganggu.
  • Bayi akan mula dapat membezakan antara waktu siang dan malam apabila umurnya memasuki lebih kurang 4 minggu. Oleh itu, apabila tanda-tanda bayi mengantuk sudah dikenalpasti, maka pastikan si ibu atau ayah membawa bayi masuk ke bilik yang bercahaya suram atau gelap dan memastikan keadaan sekeliling yang senyap. Apabila waktu siang pula, dedahkan bayi dengan hiruk pikuk orang memasak, bercakap, bunyi kanak-kanak bermain dan sebagainya.
  • Ajar bayi untuk tidur sendiri. Diakui sebenarnya sukar untuk mengawal perkara ini kerana ada masa-masanya ibu-ibu memang hendak mengajar bayi untuk tidur sendiri namun ada ahli keluarga yang meriba dan mendodoi dan menjadikan perkara itu sebagai suatu kebiasaan menyebabkan bayi tidak mahu diletak di atas tilam. Akhirnya ibu-ibu terpaksa bertahan dengan perkara ini. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya membiasakan bayi tidur sendiri, tahniah diucapkan. Pastikan anda tidak mengajar bayi tidur dalam keadaan menyusu atau didodoi, kerana kebiasaan itu akan menjadi sukar dihentikan apabila usia bayi semakin bertambah.
  • Biasakan bayi dengan rutin tidur siang dan malam dengan konsisten. Bayi yang berumur 0 - 3 bulan selalunya akan bangun malam sekurang-kurangnya 2 kali untuk menyusu. Jadi pastikan anda menetapkan waktu tidurnya dengan konsisten. Bayi akan dapat dilatih seawal 6 minggu. Perkara ini boleh dilakukan dengan meletakkan bayi di atas katil atau tilamnya apabila tiba waktu tidur. Dengan itu, bayi akan memahami dan lama-kelamaan bayi akan tertidur dengan sendiri. Oleh itu, untuk memudahkan lagi usaha anda, pastikan anda membezakan antara tempat tidur untuk berjaga dan tilam untuk tidur. Di samping itu, memandangkan kebanyakan bayi selalunya memerlukan anda untuk berada di sisi, maka biasakan bayi dengan meletakkan barang-barang kesukaannya seperti bantal atau soft toy.
Terdapat banyak lagi cara-cara untuk menjayakan proses ini. Yang penting, lengkapkan diri anda dengan ilmu. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada Internet, biasakan diri membaca buku-buku yang berkenaan.

Di samping itu, pastikan diri anda berada dalam keadaan bertenaga dan stabil mental dan fizikal selepas proses kelahiran. Perkara ini akan membantu anda menjalani hari-hari dengan lebih positif dan bersedia dengan apa jua keadaan yang mendatang.

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada dua iaitu Set Bersalin Premium Shaklee dan Set Bersalin Asas Shaklee. Kedua-duanya sangat baik diamalkan. Set Bersalin Premium Shaklee membantu ibu-ibu dalam usaha penyusuan bayi di mana ia memberikan tenaga dan juga membantu dalam usaha penyusuan bayi.

Set Bersalin Asas Shaklee lebih ringkas dan membantu usaha pemulihan ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Asas Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)

Harga Set Bersalin Asas Shaklee - RM268.75

Set Bersalin Premium Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)
- OsteMatrix (120 biji, RM61.00)
- ESP (850g, RM150.00)

Harga Set Bersalin Premium Shaklee - RM479.75




Anda sedang menantikan kelahiran cahaya mata dan ingin menggunakan Set Bersalin Shaklee? Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 


Reference: