Tips Untuk Ajar Bayi Mudah Tidur Malam

Ramai ibu-ibu yang baru bersalin terutamanya yang bersalin anak pertama akan mengalami sedikit kejutan apabila bayi yang baru lahir selalunya akan tidur dengan nyenyak di siang hari tapi tidak di malam hari. Heee.. kadangkala situasi ini akan membawa kepada kemurungan dan stress kepada si ibu.

Rasanya situasi ini terjadi kepada semua ibu-ibu. Adalah penting untuk ibu-ibu yang tengah menantikan kelahiran cahaya mata pertama memahami situasi ini dan bersedia daripada segi mental dan fizikal. Ini disebabkan jika ibu stres atau tertekan selepas melahirkan anak ditambah lagi jika mengalami masalah susu masih belum keluar atau merasakan susu sikit, maka psikologi seorang ibu itu akan benar-benar terganggu. 

Bayi yang baru lahir, tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Mereka akan bebas berjaga dan tidur tidak mengira masa. Oleh itu, untuk membantu bayi memahami perbezaan waktu itu, maka ibu bapa terutamanya dan orang-orang yang berada di samping keluarga tersebut harus memainkan peranan yang penting.




Tips untuk membantu bayi tidur malam
  • Kenalpasti tanda-tanda bayi mengantuk. Antara tanda-tandanya ialah bayi mula menguap, mengenyeh mata, menarik telinga dan sebagainya. Apabila tanda-tanda itu sudah dikenalpasti, pastikan anda membawa bayi masuk ke bilik tidur. Jika tanda-tanda ini terlepas, maka bayi akan keletihan dan sukar untuk tidur selepas itu. Maka waktu tidurnya akan terganggu.
  • Bayi akan mula dapat membezakan antara waktu siang dan malam apabila umurnya memasuki lebih kurang 4 minggu. Oleh itu, apabila tanda-tanda bayi mengantuk sudah dikenalpasti, maka pastikan si ibu atau ayah membawa bayi masuk ke bilik yang bercahaya suram atau gelap dan memastikan keadaan sekeliling yang senyap. Apabila waktu siang pula, dedahkan bayi dengan hiruk pikuk orang memasak, bercakap, bunyi kanak-kanak bermain dan sebagainya.
  • Ajar bayi untuk tidur sendiri. Diakui sebenarnya sukar untuk mengawal perkara ini kerana ada masa-masanya ibu-ibu memang hendak mengajar bayi untuk tidur sendiri namun ada ahli keluarga yang meriba dan mendodoi dan menjadikan perkara itu sebagai suatu kebiasaan menyebabkan bayi tidak mahu diletak di atas tilam. Akhirnya ibu-ibu terpaksa bertahan dengan perkara ini. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya membiasakan bayi tidur sendiri, tahniah diucapkan. Pastikan anda tidak mengajar bayi tidur dalam keadaan menyusu atau didodoi, kerana kebiasaan itu akan menjadi sukar dihentikan apabila usia bayi semakin bertambah.
  • Biasakan bayi dengan rutin tidur siang dan malam dengan konsisten. Bayi yang berumur 0 - 3 bulan selalunya akan bangun malam sekurang-kurangnya 2 kali untuk menyusu. Jadi pastikan anda menetapkan waktu tidurnya dengan konsisten. Bayi akan dapat dilatih seawal 6 minggu. Perkara ini boleh dilakukan dengan meletakkan bayi di atas katil atau tilamnya apabila tiba waktu tidur. Dengan itu, bayi akan memahami dan lama-kelamaan bayi akan tertidur dengan sendiri. Oleh itu, untuk memudahkan lagi usaha anda, pastikan anda membezakan antara tempat tidur untuk berjaga dan tilam untuk tidur. Di samping itu, memandangkan kebanyakan bayi selalunya memerlukan anda untuk berada di sisi, maka biasakan bayi dengan meletakkan barang-barang kesukaannya seperti bantal atau soft toy.
Terdapat banyak lagi cara-cara untuk menjayakan proses ini. Yang penting, lengkapkan diri anda dengan ilmu. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada Internet, biasakan diri membaca buku-buku yang berkenaan.

Di samping itu, pastikan diri anda berada dalam keadaan bertenaga dan stabil mental dan fizikal selepas proses kelahiran. Perkara ini akan membantu anda menjalani hari-hari dengan lebih positif dan bersedia dengan apa jua keadaan yang mendatang.

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada dua iaitu Set Bersalin Premium Shaklee dan Set Bersalin Asas Shaklee. Kedua-duanya sangat baik diamalkan. Set Bersalin Premium Shaklee membantu ibu-ibu dalam usaha penyusuan bayi di mana ia memberikan tenaga dan juga membantu dalam usaha penyusuan bayi.

Set Bersalin Asas Shaklee lebih ringkas dan membantu usaha pemulihan ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Asas Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)

Harga Set Bersalin Asas Shaklee - RM268.75

Set Bersalin Premium Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)
- OsteMatrix (120 biji, RM61.00)
- ESP (850g, RM150.00)

Harga Set Bersalin Premium Shaklee - RM479.75




Anda sedang menantikan kelahiran cahaya mata dan ingin menggunakan Set Bersalin Shaklee? Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 


Reference:


Previous
Next Post »
0 Komentar