Kesan Meal Shakes Shaklee Kepada Anakku

Meal Shakes ohhhh Meal Shakes

Hari ni, biarlah aku kongsikan lagi mengenai anakku, Nur Muhammad. Nur Muhammad telah berhenti minum susu apabila umurnya mencapai dua (2) tahun. Hati ibu manalah yang tidak risau apabila anak yang sekecil dua tahun sudah tidak mahu langsung minum susu. 

Buat pengetahuan sahabat-sahabat sekalian:
  • Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. 
  • Kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
  • Segelas susu boleh memberikan kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, seorang kanak-kanak perlu minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  • Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.

Kandungan zat mineral yang terdapat di dalam Meal Shakes Shaklee


Kami cuba pelbagai cara untuk memastikan Nur Muhammad mendapat zat dan kalsium yang mencukupi. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, Nur Muhammad sangat sukar untuk minum minuman yang bersusu macam coklat ais ke, vanila ke, nestum dan sebagainya. Memang kami paksa juga minum susu. Buat susu dengan air sejuk, paksa minum sikit-sikit asalkan dia minum. Yang menjadi kesukaan Nur Muhammad selepas berhenti minum susu ialah Yakult. Memang minuman rujinya setiap hari. 

Selain itu, kami tambahkan lagi dengan makanan komersial seperti Calciyum. Solivite dan Vitagen tu kadang-kadang kerana Nur Muhammad kurang suka. Dia minum ikut warna kesukaannya sahaja. Tapi semakin Nur Muhammad membesar, Yakult semakin ditinggalkan. Vitagen dan seangkatannya dah kurang. Mungkin kerana dah pandai makan nasi dan ada lauk kegemaran. Tapi itulah Nur Muhammad masih lagi seorang yang picky eater.

Ada masanya Nur Muhammad makan sangat banyak. Ikut lauk kesukaannya seperti kari dan ayam goreng. Namun, ada masanya Nur Muhammad hanya makan dua tiga mulut. Memang risau sebab Nur Muhammad tak minum susu. Untuk membesar, Nur Muhammad perlukan pelbagai khasiat yang secukupnya.

Oleh itu, kami mencuba Meal Shakes Shaklee. Memang tak mudah juga untuk beri Nur Muhammad minum Meal Shakes yang dicampur dengan susu atau milo kerana Nur Muhammad memang tidak suka susu. Namun, dengan kesabaran dan istiqamah dan kehadiran mama di rumah sekarang ini, Nur Muhammad suka melihat mama makan oats. Dia minta mama suapkan oats padanya. Jadi saya buatkan oats dicampur dengan sesudu Meal Shakes. Alhamdulillah, Nur Muhammad makan. Rasa Meal Shakes yang manis tidak perlu ditambah gula ke dalam oats tersebut. 

Meal Shakes dan oats

Selain itu, Nur Muhammad juga terpengaruh dengan gambar di paket biskut tiger yang ada segelas susu dicicah dengan biskut tersebut, Jadi Nur Muhammad request the same thing. Maka saya letak Meal Shakes dan sedikit formula milk dan berikan kepada Nur Muhammad. Asal dia minum :)

Nur Muhammad mencicah biskut tiger dan susu Meal Shakes

Alhamdulillah, syukur, belakangan ini, selepas berhari-hari Nur Muhammad makan oats dan cicah susu Meal Shakes dengan biskut tiger, kami perasan yang Nur Muhammad juga mesti akan request nasi dengan kerap. Contohnya apabila dah makan nasi pukul 8, apabila ayahnya pulang, dia akan makan lagi :) 

Walau apa pun, yang terjadi adalah dengan izin Allah. 

Kandungan Meal Shakes Shaklee mengandungi pelbagai khasiat yang yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dan itulah usaha kami untuk memastikan Nur Muhammad mendapat khasiat yang diperlukan.

Satu canister Meal Shakes ialah 544g dan berharga RM113.75. Sangat berbaloi-baloi bagi memastikan anak dapat khasiat yang diperlukan.

Hubungi saya untuk mendapatkan panduan dan konsultasi untuk pengambilan supplemen Shaklee anda. InsyaAllah panduan terbaik akan diberikan.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Reference:

Previous
Next Post »
0 Komentar