Bisnes Shaklee Dan Perbandingan Dengan MLM Yang Lain

Kenapa Saya Join?

Apabila bercakap mengenai Shaklee atau banyak lagi bisnes MLM yang lain, ramai orang akan bersikap sangat sinis. Shaklee bisnes MLM! Ada juga yang terus mengecop BISNES MLM HARAM!



Perkenalan dengan Shaklee

Tarik nafas panjang juga apabila melihat komen-komen yang sedemikian. Biarlah saya ceritakan sedikit pengalaman saya dengan bisnes MLM ini. Saya akui, saya mengenali Shaklee sudah agak lama, apabila pakcik saya memberi sebotol dua supplemen Shaklee kepada Mama. Masa tu saya masih kecil. Tapi saya masih ingat pakcik saya kata doktor pun makan supplemen ni... Di fikiran saya pada waktu itu, ohhhh mesti mahal Shaklee ni.

Masa berlalu... saya terlupa tentang Shaklee. 

Hai-O Marketing

Semasa saya mula bekerja dahulu, dalam 6 - 7 tahun yang lepas, saya dilanda pula dengan bisnes MLM Hai-O Marketing. Melihatkan dengan pendapatan saya pada waktu itu, saya risau kerana gaji saya mungkin akan berkurangan setelah elaun projek yang dijalankan siap. Jadi saya perlu mencari pendapatan sampingan.

Saya berkenalan dengan rakan yang aktif berbisnes dalam Hai-O Marketing. Pada masa itu, Hai-O Marketing sibuk mempromosikan Premium Beautiful dan penapis airnya (Bio-Aura kot, ingat-ingat lupa dah). Jadi sesiapa yang nak join Hai-O kena letakkan modal yang sangat tinggi iaitu RM21,000 dan akan mendapat 10 ke 20 korset Premium Beautiful tersebut. Tergamam jugak apabila mendengarnya. Tapi diberi assurance oleh rakan tersebut bahawa apabila dah join, automatik RM3,000 akan terus berbalik kepada kita. Kemudian kita hanya perlu mencari 6 orang untuk berada di bawah kita untuk mendapat pulangan modal.

Mak aihhhhh.... bimbang saya mendengarnya. Tapi pada masa itu, mereka memberi keyakinan bahawa group mereka tengah berkembang dan mereka akan menyokong saya. Siap kata lepas ini saya boleh pilih kereta idaman saya. Jadi saya telah membuat pinjaman bank dan kad kredit untuk mendapatkan RM21,000.00 itu. Kad kredit saya telah lulus pada waktu itu, hanya tunggu pinjaman bank sahaja.

Ditakdirkan pada suatu petang itu, pihak bank menelefon mengatakan pinjaman saya telah diluluskan. Tak salah saya dalam RM11,000.00. RM10,000.00 lagi akan diswipe daripada kad kredit.

Saya bekerja pada hari itu, dan pada masa itu jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Saya fikir hendak keluar daripada ofis sekejap untuk ke bank. Tapi ketentuan Allah menentukan saya tidak sempat ke bank hari itu. Saya hubungi rakan saya yang mengajak saya menyertai Hai-O kalau boleh dia dahulukan wangnya. Tapi dia tak dapat menolong saya. Jadi ntah kenapa, selepas itu, niat saya untuk join Hai-O Marketing tertangguh. Saya tidak jadi ambil duit pinjaman yang diluluskan itu. Saya juga tidak swipe kad kredit. Saya bersyukur dengan ketentuan Allah ini sampai sekarang.

Pengalaman Join Cari Orang Bawahan dan Jual Korset Premium Beautiful

Sebelum saya hendak mendaftar dalam Hai-O Marketing, saya ada mengikut rakan saya itu pergi berjumpa dengan prospek. Rakan saya tu bergerak berdua. Bayangkan pada masa itu, saya tengah outstation di KL dan tinggal di sebuah hotel di Bukit Bintang. Sementara saya keluar dengan rakan saya tu, rakannya tumpang tidur di bilik saya kerana terlalu kepenatan. Memang sangat beruntung menjalankan bisnes pada masa sekarang kerana segala-galanya boleh dijalankan secara online. Few years back, kita masih lagi perlu berjumpa dengan orang secara face-to-face. 

Saya ada juga recommendkan rakan saya sebagai prospek. Jenuh mencari rumahnya di Puchong. Sampai ke rumahnya pun dah agak lewat malam. Memang hati kecil saya rasa agak tidak selesa kerana perlu pergi ke rumah orang sampai ke lewat malam. Dalam hati, saya bertanya, bersediakah saya untuk membuat semua ini.....


Merentas Masa ke Zaman Universiti



Kita putar ke masa 10 tahun yang lepas pula. Pernahkah anda mendengar tentang Luxor? Dulu kalau di highway NKVE, ada Menara Luxor betul-betul di sebelah exit ke Damansara. Sekarang memang dah tak ada.

Saya ingat lagi, semasa zaman uni, saya selalu juga ke Kinokuniya KLCC untuk mencari dan membaca buku. Ada suatu masa tu, saya duduk bersama dengan teman saya dan disapa oleh seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan kami. Dia hanya berkenalan dan mengajak kami berjumpa di lain masa untuk satu bisnes yang sangat mudah diceburi. Maka kami pun bersetuju untuk berjumpa di Pelita yang terletak bersebelahan KLCC.

Pada hari yang dijanjikan, kami berjumpa. Sambil makan di Pelita, dia menerangkan tentang Luxor. Tapi minta maaf kerana saya sudah lupa isi perbincangannya. Apa yang saya tahu, perjumpaan tersebut adalah untuk mengajak kami join bisnes Luxor. Saya dan teman saya menolak dengan baik. Saya bersyukur kerana saya tidak join Luxor pada ketika itu. Kebetulan, teman saya itu, kakaknya seorang jururawat juga join Luxor. Saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang kerana telah lost contact. Tapi modal untuk join Luxor tidaklah setinggi Hai-O Marketing. Tapi pada masa itu, memandangkan bisnes online masih belum ada, usaha diperlukan untuk memperkenalkan orang dengan bisnes ini. 


Shaklee Kini

Saya mula kenal Shaklee apabila saya menghubungi sahabat lama saya kerana selalu keletihan, mengantuk pada waktu pejabat, tak larat bangun pagi. Saya rasa saya kena hentikan aura-aura negatif tersebut. Bayangkan seksanya pada waktu tengahari, kepala tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Saya tak dapat nak kawal rasa mengantuk itu. Rasa macam nak cari katil dan tidur sahaja.

Sahabat saya yang juga mentor saya, Puan Ainul Malik mencadangkan OsteMatrix. Sejenis supplemen kalsium yang dengan izin Allah boleh membantu memberi kesegaran apabila bangun pagi. Memang betul, saya tidak perlu tunggu lama untuk merasai perbezaannya. Sehari dua makan saya dapat bangun pagi dengan rasa segar dan tidak malas-malas. Memang terasa betul perbezaannya.

Tapi saya belum lagi join Shaklee sebagai ahli. Saya hanya membeli supplemen Shaklee melalui kawan-kawan saya yang pada masa itu sudah menjadi ahli. Pada fikiran saya, saya hanya perlukan OsteMatrix. 

Namun, dari hari ke hari, saya mula terpikir, nanti apabila saya mengandung, saya hendak makan supplemen Shaklee, apabila saya bersalin, saya hendak makan supplemen Shaklee dan mahu menyusukan anak secara ekslusif. Pada suatu hari, saya telah berkesempatan melawat sahabat saya Ainul Malik (sahabat yang mula-mula sekali mempekenalkan supplemen Shaklee kepada saya). Lalu terus terbuka hati saya untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor yang sah, setelah terlalu lama saya berfikir-fikir. Alhamdulillah, saya tidak menyesal dengan pilihan yang Allah tentukan pada saya.

Pendaftaran Shaklee kini, tersangatlah mudah. Hanya melalui online. Tidak perlu isi borang hardcopy. Semuanya terus masuk ke sistem Shaklee. 

Kebaikan Menyertai Bisnes Shaklee  



  • Pendaftaran untuk menjadi ahli Shaklee adalah RM65 untuk seumur hidup. Tambah RM10 untuk cas penghantaran di semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak. 
  • Apabila menjadi Shaklee Independent Distributor, secara automatik semua produk Shaklee mendapat harga 20% - 30% lebih murah. Selain mendapat harga yang murah, Shaklee Independent Distributor juga akan dapat mengumpul point bulanan yang boleh ditukar menjadi cash bonus.
  • Tidak perlu menyimpan stok kerana anda boleh membeli secara online daripada Shaklee2u dan mengepos terus ke rumah pelanggan anda. Kos penghantaran hanya RM10 bagi semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Kumpulan sokongan yang mantap. Tidak perlu memaksa diri mencari downline kerana Shaklee bergantung kepada usaha anda sendiri. Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana semua yang berada dalam group kami ini, sangat-sangat menyokong dan memberi panduan yang sangat diperlukan apabila anda menceburi bisnes Shaklee ini. Ada masanya, anda boleh melompat lebih jauh daripada distributor yang mendaftarkan anda. Semuanya hanya perlu dilakukan secara online. Tidak perlu keluar berjumpa orang perseorangan untuk menjual produk Shaklee. Buat pengetahuan anda, ramai jutawan muslimah Shaklee yang berada di tahap Masters adalah orang-orang yang sangat pemalu. Dalam group kami, terdapat banyak Masters yang boleh membantu dan memberi motivasi dan anda akan dapat akses ke secret group kami dan berkongsi rahsia kejayaan. Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana dapat masuk ke group ini.
Semuanya terpulang kepada keinginan anda. Sejauh mana anda hendak capai dalam kehidupan yang sementara ini. Memang diakui wang menjadi ukuran kepada kejayaan dalam sesuatu yang diceburi. Namun dalam group yang saya ceburi ini, kami sedar wang bukanlah matlamat utama, tapi ukhwah dan persaudaraan yang terjalin yang akan membawa kita pulang bertemu dengan Sang Pencipta Yang Agung :)

Salam ukhwah daripada saya. InsyaAllah, kami tidak akan tinggalkan anda terkapai-kapai berseorangan. Sama-samalah kita berjaya. Hubungi saya untuk menyertai Group Shaklee yang mantap ini :)




Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park
Previous
Next Post »
0 Komentar