Mencari Hati Yang Tenang

Tips Menjauhkan Hati Gundah Gulana

Kadangkala kita merasakan segala-galanya serba tidak kena. Ada semacam rasa tersangkut di hati kita menyebabkan jiwa resah dan tidak tenang. Kadangkala kita sebenarnya tahu apa yang menyebabkan kita rasa tak best. Tapi nak dilayankan sangat, kalau bukan ditakdirkan untuk jadi, memang tak akan terjadi. Jadi kita abaikan, sambil perkara itu masih lagi tersangkut di hati.. heee...

Cuma mungkin, pada waktu itu, kita rasa kita memerlukan jalan keluar yang segera... nak tenangkan hati yang berserabut sangat dah pada waktu itu :) Saya rasa, semua orang melalui perkara ini kan?



Semasa jiwa berada dalam gundah gulana, resah gelisah, mungkin kita boleh buat perkara-perkara ini:
  • Dirikan solat. Kalau pada waktu itu tak masuk lagi solat wajib, dan dalam waktu Dhuha, maka kerjakanlah solat Dhuha. Mohon keampunan dan doakan supaya hati tenang. Menangislah kalau boleh supaya apa yang terpendam di jiwa akan dapat dikeluarkan.
  • Kalau anda seorang wanita, berasa resah dan tidak boleh solat pula, cukuplah dengan memasang surah-surah menenangkan jiwa seperti Surah Yassin, Surah Al-Insyirah (Alam Nashrah, kalau boleh hayati maksudnya, InsyaAllah terkesan di hati) dan banyak lagi surah-surah yang menenangkan :)
  • Banyakkan beristighfar dan berzikir semoga hati kita cepat tenang.
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
  • Kekalkan wudhuk.
  • Membaca Al-Quran sebagai amalan setiap hari.
  • Solat taubat sekurang-kurangnya sekali sehari (sebelum tidur).
  • Memperbanyakkan bersedekah.
  • Berkawan dengan orang-orang yang baik dan positif.
  • Berpuasa
  • Mengingat akan kematian dan bersyukur dengan rahmat Allah.

Dalam kehidupan ini, tidak akan ada perkara yang mudah. Nak mendapatkan sesuatu pun, perkara itu tidak akan datang bergolek. Namun jangan kita lupa, Yang menjadikan, Yang menggerakkan segala-galanya hanya Allah sahaja. Cuba pegang kepada zikir ini:

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Maksudnya: Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan keizinan Allah.

Jadi janganlah bimbang, kerana segala-galanya dalam perancangan yang telah Allah tetapkan. Kita serah dan kembalikan semuanya kepada Allah kerana kita ini pun tiada. Yang ada hanya Allah yang satu :) Jadi senyumlah. 


Ohhh nak menyelit sikit, kalau nak beli supplemen Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi saya :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Previous
Next Post »
0 Komentar