Akibat Selalu Marah-Marah Diri Jadi.....
Perasaan marah ni, sebenarnya sesuatu yang kadangkala terlalu sukar untuk dibendung. Satu masa, seseorang itu bergelak ketawa riang, tetapi tiba-tiba sahaja, kerana suatu perkara, perasaan riang terus bertukar menjadi kemarahan yang membuak-buak. Bagaikan suis kemarahan dipetik dan kemarahan terus timbul.
Pernah tak anda merasa terlalu marah dan melepaskan kemarahan anda kepada orang atau perkara yang membuat anda marah, kemudian merasa menyesal kerana anda berasa marah? Saya rasa itu pernah berlaku kepada semua orang... :)
Apakah yang berlaku apabila MARAH?
- Pernafasan menjadi cepat dan pendek
- Otot-otot badan menjadi tegang
- Paras hormon adrenaline dan noradrenaline meningkat menyebabkan badan bertenaga
- Degupan jantung bertambah laju
- Tekanan darah meningkat
*Sebenarnya apabila paras hormon adrenaline meningkat, seseorang itu akan mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, seperti semasa ketakutan dan melarikan diri. Namun, jika berlaku apabila seseorang sedang marah, kemungkinan besar boleh menjurus kepada perlakuan yang ganas dan berbahaya.
Perasaan marah ini ada baik dan buruknya. Jika dapat disalurkan kepada perkara-perkara positif, hasilnya akan menjadi positif juga. Tetapi adalah lebih baik jika kemarahan itu dapat dikawal.
Seperti sabda Rasulullah SAW: "Suatu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu? ”Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah SAW lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW Contoh Terbaik
Rasulullah SAW tidak pernah menunjukkan kemarahannya. Malah Baginda sangat berhemah dalam menangani sesuatu situasi. Antara kisah yang boleh dijadikan iktibar:
1. Daripada Anas Bin Malik R.A: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah SAW mengertaknya, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah SAW pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi SAW yang sesuai. Setelah itu, Nabi SAW memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)
2. Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Pada masa itu, Rasululullah SAW sedang duduk bersama para sahabat yang lain. Wanita kafir itu membawa beberapa biji limau sebagai hadiah kepada Baginda Rasulullah SAW. Limau yang diberi sangat elok rupanya. Lalu limau itu terus dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dalam keadaan tersenyum sehingga habis dan Rasulullah tidak menawarkan limau tersebut kepada para sahabat. Para sahabat kehairanan kerana Rasulullah selalunya akan berkongsi bersama.
Wanita itu kemudiannya meminta diri untuk pulang diiringi dengan ucapan terima kasih daripada Baginda Rasulullah SAW. Para sahabat yang kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Baginda SAW. Dengan tersenyum Baginda Rasulullah SAW menjelaskan:
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Disebabkan itulah saya habiskan kesemuanya.”
Wanita kafir itu pulang dengan kecewa kerana niatnya untuk mempermainkan Rasulullah tidak berjaya kerana akhlak Rasulullah SAW yang sangat indah dalam menangani situasi tersebut.
Cara Mengawal Kemarahan
Abu Dardaa’ R.A berkata: “Wahai Rasulullah! Tunjukkan padaku amalan yang menjadikan aku masuk syurga. Nabi SAW menjawab: “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga!” (Hadis Riwayat At-Tabrani r.a.)
Akibat Membiarkan Kemarahan Bermaharajalela
Perasaan marah yang berpanjangan dan tidak terkawal boleh menyebabkan:
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit jantung
- Sakit kepala
- Strok
- Gangguan psikologi atau penyakit mental
Supplemen Shaklee
Tidak dapat dinafikan, setiap orang akan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah emosi yang dihadapi contohnya dalam mengawal nafsu amarah. Memang sebaiknya emosi itu hendaklah dikawal daripada diri sendiri. Namun, jika merasakan terlalu berat, sesetengah orang mengambil jalan singkat seperti makan pil tidur, ambil dadah dan sebagainya.
Ubat yang terbaik adalah menyerahkan diri kepada Allah. Setiap yang terjadi adalah yang terbaik Allah tentukan. Tetapi, anda boleh mencuba supplemen Shaklee untuk memberi kesan yang positif kepada kesihatan. Kesihatan yang baik, menjurus kepada emosi yang positif dan sihat.
- B Complex - Memberikan rasa tenang dan menukarkan makanan kepada tenaga
- OmegaGuard - Mengurangkan tekanan dan depressi dan melancarkan peredaran darah
- OsteMatrix - Penting untuk fungsi sistem saraf (neurotransmitter)
- ESP - Meningkat tenaga dan memulihkan sel-sel
- Vivix - Pemulihan sel-sel dalaman
- Alfalfa Complex - Menyahkan toksin di dalam badan supaya badan lebih sihat dan segar
- Sustained Release Vita-C - Meningkatkan sistem imun tubuh
Apabila badan sihat, emosi akan lebih tenang dan baik, nak menumpu kepada ibadat pun mudah, InsyaAllah.
Berminat untuk dapatkan supplemen-supplemen ini atau lain-lain supplemen Shaklee ataupun mendaftar sebagai distributor Shaklee? Hubungi saya segera. Anda berhak mendapat konsultasi yang terbaik daripada saya :)
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park
Reference:
0 Komentar