Tips Perut Sihat

Kepentingan Menjaga Kesihatan Perut


Ada masanya, tiba-tiba sahaja kita mengalami ketidakselesaan perut seperti perut memulas, rasa kembung perut, perut rasa berangin dan rasa loya, cirit-birit, dan banyak lagi.  Memang sukar untuk mengenal pasti punca sebenar sakit perut kerana sakit perut kadangkala bersangkut paut dengan organ-organ dalaman yang lain ataupun disebabkan oleh faktor luaran seperti makanan atau keracunan.

Sakit perut yang tidak serius tidak bertahan lama dan boleh hilang dengan begitu sahaja tanpa perlu pengambilan sebarang ubat-ubatan. Namun, terdapat sakit perut yang boleh menyebabkan kesakitan yang lebih serius dan memerlukan perhatian pegawai perubatan.

Antara Penyebab Sakit Perut:
  • Angin yang terperangkap di dalam perut
  • Sakit perut yang disebabkan oleh Gastroenteritis, keracunan makanan, Irritable Bowel Syndrome (IBS).
  • Appendiks, peptic ulcer, batu karang (gallstones), diverticulitis
  • Crohn's Disease, Jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  • Sembelit
  • Period pain
  • Pedih ulu hati (heartburn)

Tips untuk Perut Sihat

1. Makan secara sihat dan kerap
Pemakanan yang tidak terjaga dan makan dengan sewenang-wenangnya akan menyebabkan masalah kepada sistem percernaan manusia.

2. Berhenti merokok
Merokok menyebabkan otot yang mengawal bahagian bawah esofagus menjadi lemah dan menyebabkan pedih ulu hati.

3. Kurangkan berat badan dan bersenam secara konsisten
Berat badan yang berlebihan menyebabkan lemak memberi tekanan kepada perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

4. Jangan minum terlalu banyak air yang berperisa
Menyebabkan banyak asid dihasilkan dan menyebabkan pedih ulu hati serta memburukkan proses pencernaan. 

5. Jauhi stres / tekanan
Kebimbangan dan keresahan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem pencernaan dan mengganggu proses pencernaan yang boleh membawa kepada Irritable Bowel Syndrome.





Supplemen Shaklee Untuk Kesihatan Perut

Terdapat pelbagai supplemen Shaklee yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan perut. Antara yang pernah ditulis sebelum ini adalah berkenaan Gastroenteritis yang dapat dikurangkan dengan pengambilan Kombinasi OsteMatrix dan Herb-Lax. Selain itu, terdapat beberapa supplemen Shaklee yang lain yang boleh membantu:


  • Peppermint-Ginger Plus - Melegakan perut yang tidak selesa
  • Alfalfa Complex - Membantu menyahtoksin badan
  • ESP - Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan simptom gastrik



Kesihatan perut adalah amat penting untuk dijaga. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya pernah membuat prosedur endoskopi kerana bimbang selalu mengalami sakit perut dan cirit birit. Perut ini merupakan lubuk segala penyakit, elok dicegah sebelum melarat. seperti sabda Rasulullah SAW: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahannya itu pokok daripada segala pengubatan" (Riwayat ad-Dailami).

Bayangkanlah jika sinki di dapur pun selalu tersumbat kerana kita selalu membasuh pinggan dan sisa-sisa makanan dan apabila dibuka paip yang tersumbat itu, terdapat banyak sisa minyak dan lemak terperangkap, bagaimana pula dengan kesihatan usus kita? Tepuk dada tanya hati.

Jangan malu-malu untuk hubungi saya dan ceritakan masalah anda. Tak semestinya semua supplemen yang dinyatakan di atas harus dibeli oleh anda. InsyaAllah, berdasarkan masalah yang dihadapi, saya akan membantu dengan sebaik mungkin :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:

http://idazuan.blogspot.com/2010/03/perut-punca-segala-penyakit.html

http://cahayapurnama.com/perut-punca-segala-penyakit/

http://idamardhiyah.blogspot.com/2011/07/perut-punca-segala-penyakit.html

http://mediskus.com/penyakit/berbagai-penyebab-sakit-perut.html

http://www.health.com/health/gallery/0,,20568290,00.html

http://www.nhs.uk/conditions/stomach-ache-abdominal-pain/Pages/Introduction.aspx
Previous
Next Post »
1 Komentar