Supplemen Shaklee Sesuai Untuk Orang Kaya Sahaja Ke?

Harga Produk Shaklee Tinggi Sangat?

Setiap hari, bukan main kita post iklan pong pang pong pang produk Shaklee di Facebook, promote di blog 1001 kebaikan produk Shaklee. Tapi, yang membelinya selalu pelanggan setia kita, atau yang dah biasa makan supplemen Shaklee. Ramai lagi yang di luar sana yang teragak-agak untuk membeli supplemen Shaklee kerana merasakan harganya terlalu mahal, susah nak dapatkan produk Shaklee kerana hanya boleh dibeli melalui distributor dan ada juga yang berpandangan produk Shaklee sesuai kepada orang-orang kaya sahaja. Betulkah tanggapan ini?

Entry kali ni, saya dedikasikan kepada orang-orang yang makan supplemen, tapi bukan supplemen Shaklee. Sebelum anda terus membaca, buka minda anda terlebih dahulu. Letak perkataan "HARGA" jauh-jauh di belakang fikiran anda.

Memang tidak dinafikan, ada supplemen yang kadang-kadang sampai satu tahap buy 1 free 1. Kenapa begitu murah? Tapi pernahkah anda terfikir sama ada supplemen yang anda ambil itu adalah supplemen semulajadi atau pun supplemen sintetik?



Supplemen Shaklee adalah supplemen semulajadi

Sesetengah pembuat vitamin atau mineral supplement menggunakan bahan-bahan sintetik untuk meningkatkan potensi vitamin tersebut. Namun bahan-bahan sintetik tersebut diperbuat daripada tar arang batu, suatu bahan karsinogen yang juga terdapat di dalam asap rokok ataupun tar jalan. Vitamin-vitamin ini dikenalpasti sebagai vitamin sintetik. Mahukah anda memakan vitamin yang mengandungi tar?

Oleh itu, sangat penting bagi anda memastikan dulu sama ada vitamin / supplemen yang diambil adalah vitamin semulajadi yang selamat. Shaklee diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang ternyata selamat dan sihat untuk fungsi tubuh badan anda. Jadi tidak hairanlah jika harga vitamin Shaklee anda rasa mahal sedikit tapi kesannya sangat baik kepada badan. 

Harga Shaklee Mahal Ke?

Sebenarnya apabila ditimbang tara, supplemen Shaklee tak mahal pun. Kalau dibandingkan di pasaran, harga supplemen Shaklee adalah jauh lebih murah berbanding jenama-jenama lain di pasaran.

Trick di sini ialah, kandungan tablets atau kapsul supplemen Shaklee adalah lebih banyak di dalam sebuah botol. Sebagai contoh, Sustained Release Vita-C Shaklee yang di dalamnya terdapat 180 biji dan mampu bertahan dalam jangka masa 3 - 4 bulan. Anda hanya perlu bayar RM92.50. Do your maths, berapakah pelaburan anda untuk meningkatkan imun sistem dan mencantikkan kulit (dengan keizinan Allah)?

Saya sudah survey sendiri, ada vitamin C jenama lain, packagingnya adalah 150 tablets di dalam 1 botol, dan sebutir vitamin adalah RM1.00. Bermakna bagi 150 tablets, vitamin tersebut berharga RM150.00. Manakah yang lebih mahal?

Di samping itu, apabila anda hendak membeli supplemen Shaklee, anda tidak perlu menjejakkan kaki untuk keluar rumah, kerana semuanya boleh dibuat di atas talian. Pilih sahaja vitamin idaman kalbu. Hubungi seorang distributor dan dapatkan semua maklumat yang dikehendaki, buat pesanan dan bayar. Tadaaaa, dalam 3 - 5 hari, sampailah vitamin Shaklee anda :) Save masa, save minyak kete, save tenaga, save daripada makan di luar dan banyak lagi.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Namun, biar saya tinggalkan dulu pada anda untuk berfikir secara mendalam. Duit anda, biar anda laburkan pada perkara yang terbaik.

Namun, jika ingin membeli produk Shaklee, hubungilah saya. Selain daripada menjual produk Shaklee, saya akan bersama-sama anda untuk memberi panduan pemakanan supplemen Shaklee yang terbaik kepada anda, InsyaAllah.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 
Previous
Next Post »
0 Komentar