Berbakti Kepada Ibu Bapa

Kasih Sayang Ibu dan Ayah Membawa ke Syurga


Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Terasa nak menulis tentang kasih sayang ibu dan ayah. Pada hari ini, di usia yang sebegini, pastinya mama dan abah saya bukanlah muda dan kuat lagi. Namun saya kagumi semangat abah yang berusaha mendekatkan diri dan mencari Allah dengan merantau dan berusaha mengajak orang mendekati Islam. Esok abah akan berlepas ke India selama 4 bulan untuk usaha ini. Walaupun terasa bimbang tapi saya yang tiada ini akur kerana itu atas kehendak abah dan yang menentukan tentunya Allah. Semoga segala apa yang abah buat akan mendapat keredhaan dan ganjaranNya. Sesungguhnya kami ini tiada, yang ada hanyalah Allah.

Abah bukanlah seorang yang banyak bercakap. Tapi kasih sayang abah dapat dilihat dengan perbuatan. Ingat lagi semasa belajar di sekolah asrama di tingkatan 4 & 5. Memang tak pernah abah tak datang melawat setiap hujung minggu dengan mama. Kalau mama tak datang, abah akan naik motornya dan melawat saya berseorangan. Pengorbanan seorang abah itu, memang tiada galang gantinya. Begitu juga mama, walaupun kami semua dah besar panjang, mama masih lagi melayan kami adik beradik macam anak-anak kecil. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih dapat merasa air tangan mama dalam masakan. Walaupun sudah tua, tapi mama memang sentiasa memasak untuk kami walaupun disuruh berehat. Ya Allah, memang kami tidak mampu membalas jasa mereka. Semoga mereka mendapat rahmat dan kasih sayangMu, Ya Allah.

Ada sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar:
“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar: “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.” 

Begitulah betapa besarnya jasa ibu dan ayah sehingga Allah mengangkat pengorbanan mereka sebegitu tinggi. Mungkin apabila kita tiada anak, kita takkan dapat merasa bagaimana kasih sayang sebagai ibu dan ayah. Namun, perasaan ibu bapa kita akan dapat dimengertikan setelah kita mempunyai anak. Barulah kita tahu dan faham yang kita akan lakukan apa sahaja untuk anak-anak kita, sebagaimana ibu dan ayah kita telah lakukan untuk kita. 

Oleh itu, bersyukurlah selagi mereka ada. Kehadiran mereka merupakan rahmat kepada kita. Kasihani dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati, kerana pengorbanan mereka tidak akan dapat kita balas. Tutur kata percakapan dan perbuatan hendaklah sentiasa dijaga apabila berhadapan dengan mereka. Umur tua menyebabkan ibu dan ayah mudah tersinggung. 

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, pernah suatu ketika, Abdullah bin Amr mengisahkan yang bermaksud: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: Adakah ibu bapa engkau masih hidup? Dia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Maka hendaklah berbakti pada keduanya dikira engkau berjihad." (riwayat al-Bukhari (3004) dan Muslim (6668))

Antaranya pengajaran yang boleh di ambil berdasarkan nas dan hadis di atas adalah:
Kelebihan berjihad dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa lebih baik daripada berjihad. Malah, Allah akan membalas perbuatan dosa seorang anak kepada ibu bapanya ini di dunia tanpa perlu menunggu di akhirat nanti. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]

Oleh itu, selagi nyawa dikandung badan, berbaktilah kepada mereka. Sama-sama kita ingat mengingati. Mungkin tanpa kita sedar, kita ada menyakiti hati mereka. Audit semula diri kita, kehidupan kita, mungkin dengan doa mereka, kita hidup senang. 

Selain itu, menjadi kewajipan seorang anak untuk sentiasa mendoakan ibu dan ayah sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Doa seorang anak yang soleh akan sampai terus menerus kepada ibu dan ayah yang berada di alam kubur seperti firman Allah:

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]

Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik. Letakkan segala kebergantungan hanya kepada Allah. Apa yang dibuat, dicari dan dikehendaki dalam hidup ini, hanyalah Allah. Semoga kita semua pulang ke kampung halaman dalam mengenal Allah... InsyaAllah.

Dalam-dalam tu, kalau rasa nak ikhtiar bantu ibu dan ayah di usia tua mereka, nak tolong kurangkan sakit kaki, lutut mereka, bantu mudahkan pergerakan mereka, mudahkan mereka untuk solat, apa kata hadiahkan OsteMatrix dan Advance Joint Health Tablet. OsteMatrix berharga RM61.00 manakala AJHT berharga RM124.00. Supplemen-supplemen ini sangat baik untuk kesihatan sendi. Jangan malu-malu untuk hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan guide tentang pemakanan supplemen yang baik untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang...

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:

http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/4467-berbakti-kepada-ibu-bapa.html#

http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130906/ba_01/Berbakti-kepada-ibu-bapa
Previous
Next Post »
0 Komentar