Sebelum kehamilan, apa yang perlu dibuat?

Dalam kehidupan ini, ada yang selepas bernikah, terus direzekikan hamil. Ada pula yang dah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Apa pun, semuanya ketentuan Allah. Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita.

Hakikatnya, untuk menimang cahaya mata memerlukan persediaan. Bukan hanya melibatkan suami isteri untuk bersama. Tapi suami dan isteri perlu bersedia terlebih dahulu secara fizikal dan mental untuk menerima kehadiran cahaya mata.
Semalam kak yone terbaca di IIUM Confession pasal satu pasangan yang telah berkahwin selama 5 tahun, barulah dikurniakan cahaya mata. Itu pun, si isteri mengatakan bahawa dia terpaksa memperbetulkan dirinya terlebih dahulu. Haaa nak betulkan  diri macam mana?

Kak yone ingat dalam tulisannya, untuk menjemput rezeki (cahaya mata juga adalah rezeki kannnn 😊) dia ubah beberapa sikap negatif kepada positif terlebih dahulu. Antaranya ialah:

💙 Menjaga solat di awal waktu

💙 Memaksa diri untuk menangis dalam memohon keampunan serta memohon rezeki untuk mendapat cahaya mata. Katanya lagi, kalau tak nangis, macam kita tak serius la dengan permintaan kita. Kalau boleh, bangunlah tahajud dan memohon kepadaNya.

💙 Rajin-rajin membantu orang yang dalam kesusahan, baik dari segi sedekah, ataupun contoh orang yang susah nak lintas jalan, maka tolonglah.

💙 Jauhkan diri daripada mengumpat atau bergosip pasal orang lain.

Haaa ni antara yang kak yone ingat. Macam yang kak yone katakan tadi, persediaan hamil memerlukan persediaan mental dan fizikal. Kalau yang kat atas ni, persediaan mental atau jiwa spiritual kita. 

Dari segi fizikal pulak, kita perlu memastikan dalaman badan kita juga bersedia untuk menerima kehadiran bayi.

Bagi seorang wanita, adalah sangat penting, sekurang-kurangnya bersedia 3 bulan lebih awal sebelum hamil. Ini bermakna, bagi pasangan yang merancang hendak mendapatkan cahaya mata, pastikan 3 bulan sebelum, amalkan asid folik serta makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan nanti.

Bagi yang nak bernikah dan terus mendapat cahaya mata, pastikan sebelum akad nikah tu, dah amalkan tablet asid folik dan nutrisi-nutrisi lain yang diperlukan. Bahaya kalau badan tidak mempunyai asid folik yang mencukupi kerana bayi yang dikandung terdedah kepada risiko kecacatan neural tube defects. Korang tengok sendiri gambarnya dalam link yang kak yone bagi tu.

Ramai orang tidak tahu, yang pembentukan tulang belakang bayi terjadi pada 28 hari pertama kehamilan. Jadi, jika pada masa ini badan ibu tersebut kekurangan nutrisi asid folik, maka bayi sangat-sangat berisiko mengalami kecacatan spina bifida atau kehamilan bayi yang tiada tempurung kepala atau mengalami kecacatan di bahagian kepala. Nauzubillah Hi Minzalik.

Jadi, pastikan badan kita cukup nutrisi-nutrisi penting setiap masa! Haaa sebab kadangkala, kaum wanita ni, tak sedar pun mengandung. Tengok-tengok dah 3 bulan. Jadi macam mana? 

Haritu kak yone ada attend Baby Roadshow Talk yang dianjurkan Shaklee. Speaker jemputan ialah Dr. Sonhee Park iaitu Senior Research Scientist in Research & Development Shaklee US. 

Dr. Sonhee Park

Agak-agak berapa usia Dr. Sonhee atau lebih mesra dipanggil Dr. Sunny ni? Haaa jangan terkejut. Umurnya 63 tahun. Rambut masih hitam lebat. Tak nampak pun macam 63 tahun kan?

Dr. Sunny sangat-sangat menekankan pengambilan nutrisi yang mencukupi daripada saat sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas melahirkan. Semua vitamin yang terdapat di dalam Set Prenatal dan Postnatal Shaklee sangat-sangatlah penting bagi seorang bakal ibu dan ibu-ibu sekalian. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik link di bawah:



Yang best lagi, Shaklee juga akan lancarkan Shaklee Baby Product menjelang hujung November 2017 ini. 

Set Shaklee Baby Product


Set ini memang sangat-sangat sesuai untuk bayi dan anda yang mengalami masalah kulit yang sensitif. Sebabnya, produk Shaklee baby ini diperbuat daripada 75%-78% bahan-bahan semulajadi. Haaa masa Q&A ada yang tanya Dr. Sunny, kenapa tak 100% bahan semulajadi? Sebab selebihnya adalah air 😊

So, nak dapatkan semua ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar