Batalnya wuduk yang diambil sebelum masuk waktu solat

Hari ni kak yone nak sharekan apa yang kak yone dengar dalam Ikim FM pagi tadi daripada Ustaz Lutfi Muharam. Suatu ilmu yang kak yone tak tahu pun sebelum ni. Topik kali ni pasal batalnya wuduk yang diambil sebelum masuknya waktu solat. Haaa terkejutkan? Sebab kadang-kadang kita dah siap-siap amik wuduk sebelum masuk waktu. 


Kak yone share je ye berdasarkan apa yang kak yone dengar. Kak yone bukan orang yang pandai dalam bab-bab agama. Cuma apa yang bermanfaat, kak yone harap orang lain pun mendapat faedahnya.

Punyalah terkejut kak yone masa dengar tu. Tapi kak yone releks dulu. Dengar dulu penerangan ustaz 😊 Ustaz pun sambung. Kes batal wuduk yang diambil sebelum masuk waktu solat ni hanyalah untuk beberapa situasi. 

Situasinya ialah:

πŸ‘‰Apabila seseorang itu mengidap penyakit yang menyebabkan najis berterusan keluar daripada kemaluannya. 

Contohnya, orang yang air kencingnya mengalir tanpa henti. Walaupun sedikit tapi tetap keluar juga. Jadi dalam hal ini, jangan berwuduk lagi jika tak masuk waktu solat. Apabila dah masuk waktu, barulah membersihkan diri dan berwuduk.

πŸ‘‰ Apabila seorang wanita itu sedang menghadapi darah istihadah. Kalau yang datang haid melebihi 15 hari ataupun darah nifas yang melebihi 60 hari, maka selepas itu, wajib solat walaupun masih ada darah yang masih keluar.

Tapi semestinya kebanyakan wanita akan fikir, macam mana nak solat, bila darah masih keluar? Sebab tu, bila masuknya waktu solat, masuk ke bilik air, bersihkan darah tersebut, balut atau tutuplah pengaliran darah. Kalau dalam zaman moden ni, pakailah pad yang bersih dan kemas dan solatlah.

Jadi lepas ni kita tahulah macam mana kita nak buat kan? Terutama para wanita yang selalu mengalami pengeluaran darah haid yang berpanjangan. Islam itu indah 😊

Semoga perkongsian ini dapat membantu individu-individu yang sedang berada dalam situasi begini. 

Ohhh ya, bagi kaum wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, boleh cuba amalkan GLA Complex daripada Shaklee. InsyaAllah, pengambilan yang konsisten akan membantu menstabilkan hormon dalaman serta membantu menetapkan kitaran haid supaya lebih teratur.

Boleh tengok testimoni-testimoni daripada pengguna-pengguna GLA Complex.











Jika berminat nak dapatkan GLA Complex ni, bolehlah Whatsapp Kak Yone di 012-5538628. Sebotol GLA Complex berharga RM91.25.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

ooo macam tu. thanks kak yone untuk ilmunya.

Balas