Bahayakah sesetengah wanita tak mengalami morning sickness semasa mengandung?

Hai hai. Lama tak bersiaran. Selamat menjengah bulan Oktober yang awesome 😊 Hari ni terfikir nak share pasal bahayakah sesetengah wanita tak mengalami morning sickness semasa mengandung? Releks je. Happy je. Padahal yang mengalami morning sickness, ada yang sampai menyerah diri ke hospital sebab teruk sangat morning sickness sampai tak leh makan apa-apa pun.



Macam kak yone, anak sulung dulu, memang fuhhhh rasa tak larat sangat. Nak bangun pagi pun susah. Pakej pula dengan loya-loya dan muntah. Rasa taknak mengandung dah. Udahla masa 17 minggu kena pulak food poisoning, menyerah diri masuk hospital, warded. Memang lembik semasa trimester pertama.

Alhamdulillah, bila masuk trimester kedua dan ketiga, dah bahagia. Enjoy makan sesuka hati 😁 Hahaha.

Anak yang kedua pula, 5 tahun beza umur dengan anak sulung. Kak yone ada juga terasa loya-loya. Tapi tak seteruk masa mengandung anak yang pertama. Kiranya ok banyak sangat berbanding masa mengandung anak sulung.

Tapikan, bila baca-baca pasal morning sickness ni, sebenarnya ibu-ibu yang mengalami morning sickness atau mabuk-mabuk ni, menandakan bayi yang dikandung sihat. Syukur sangat, walaupun si ibu jadi lembik masa mengandung. 

Macam mana pulak bagi ibu-ibu yang tidak mabuk semasa hamil? Adakah kandungannya tak sihat? Haaa kak yone dulu ada juga terfikir macam tu. Sebenarnya apabila mengandung, ibu akan mempunyai hormon human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dihasilkan daripada plasenta. 

Kehadiran hCG menyebabkan rasa loya dan muntah-muntah. Namun ada juga wanita yang tak mengalami rasa loya dan muntah-muntah yang keterlaluan. Tapi jangan bimbang. Itu bermakna badan wanita mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hormon hCG 😊 Jadi rasa loya dan muntah-muntah tu tak teruk sangat.

Alang-alang kita bercakap pasal hormon hCG yang menyebabkan rasa loya-loya tu, sebenarnya hormon hCG ini akan berada pada tahap tertinggi pada minggu ke-9. Selepas itu, badan akan menghasilkan hormon estrogen dan progesterone dan kandungan hCG akan semakin berkurangan. Jadi ibu-ibu akan berasa lega kerana simptom morning sickness juga akan berkurangan.

Haaa, jika anda sedang berada di awal kehamilan, bertabahlah sebentar melayan segala rasa loya dan nak muntah-muntah ini. Sesetengah orang, mengalami morning sickness sepanjang kehamilan. Haaa 9 bulan tau. Tapi kebanyakannya hanya dalam trimester pertama. Jadi, sabar dan bersyukur kerana setiap kehamilan adalah rezeki yang dikurniakan kepada kita 😊

Kak yone semasa hamil, amalkan Set Prenatal Shaklee. Memang terasa badan lebih bertenaga. Orang yang mengandung je tahu, betapa tak larat dan rasa nak tidur je bila mengandung ni. Tapi boleh terasa perbezaannya bila mengambil Set Prenatal Shaklee. Memang sangat jauh berbeza perasaannya semasa mengandung anak sulung dulu.

Antara perbezaan yang kak yone sendiri rasa:

💖 Mudah bangun pada waktu pagi.

💖 ESP yang merupakan sebahagian daripada Set Prenatal ini sangat membantu mengurangkan pedih perut pada waktu pagi (sebab perut terasa lapar, jadi minum ESP dulu untuk mengalas perut). Memang hilang pedih perut dan perut tidak berangin

💖 Lawas dalam membuang air besar dan kurang risiko sembelit.

💖 Badan lebih bertenaga dan kita tak melayan sangat perasaan nak rasa loya dan muntah.

💖 Tak berlaku sembab air atau edema pada bahagian kaki.

💖 Vitamin C sangat-sangat membantu apabila terjadinya batuk-batuk dan selsema. Lebih selamat mengambil vitamin C berbanding ubat-ubatan yang kurang sesuai diambil semasa hamil.


So sesiapa yang tengah hamil tu, nak mendapatkan Set Prenatal Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628😊


Previous
Next Post »
0 Komentar