Kisah Mama: Sesi Chemo Kedua

Rindunya. Lama betul tak update blog 😂 Kak yone macam terkena 'writer's block' gitu 😖 Sekarang kak yone sambung balik. Kak yone sambung kisah mama yang dah pun melalui sesi chemo kedua.


Ramai orang datang menjenguk mama lepas mama chemo kali kedua tu. Alhamdulillah. Kali ni mama tolerate lebih baik daripada yang first. Kak yone pun lega sebab at least mama berteman. Tok sedara kak yone luangkan beberapa malam teman mama di rumah 😊

Cumanya dua malam lepas, masa abah video call ngan anak-anak kak yone, mama pun cakap yang mama tak sihat. Sedih hati kak yone sebab nampak mama macam tak happy. Ikut hati ni, memang kak yone nak balik sangat tengok mama. Tapi weekend ni belum lagi masanya (atas sebab-sebab tertentu). InsyaAllah kak yone akan pulang secepat mungkin.

Hari ni, kak yone call mama. Alhamdulillah, lega sangat hati kak yone dengar suara mama yang normal. Lega tu, memang undescribable sungguh tau. Sebab bila dengar suara mama tu, suara yang bertenaga dan sihat. Alhamdulillah 😀

Tanya mama kenapa mama tak sihat dua hari lepas. Selalu yang buat mama tak sihat sebab mama akan sakit perut. Kata mama, kesan ubat yang doktor bagi menyebabkan mama tak buang air besar. Tu yang menyebabkan perut bloated dan memulas.

Akhirnya mama cakap, mama telan 4 biji Ostematrix yang kak yone tinggalkan baru-baru ni. Alhamdulillah, keesokan harinya, memang cuci perut mama. Ostematrix ni bukan ubat berak ye. Ostematrix ni tablet kalsium yang memenuhi keperluan tulang kita. Tapi kesan baik yang lain adalah, membantu melawaskan pembuangan air besar. 


Ya Allah. Syukur sangat kak yone rasa. Apa-apa pun, kak yone nak beri yang terbaik untuk mama dan nak mama kembali sihat. InsyaAllah, kak yone yakin mama akan pulih 😊 Doakan ye kawan-kawan semua.
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

salam kak yone. moga mama kak yone lekas sembuh ya.. ameen

Balas
avatar

Semoga cepat sembuh ye.. :)

http://www.syahirahvaliant.com/2017/09/giveaway-comel-by-syahirah-valiant.html

Balas
avatar

Terima kasih Siti :) Aamiiinnnn.

Balas
avatar

Terima kasih Nurul :). Aamiiinnnn.

Balas