Solat - waktu di antara hamba dan Pencipta

Hari ni kak yone share pula apa yang kak yone dengar daripada Ustazah Muzaiyana di Ikim FM pagi tadi 😊 Kak yone tak sempat dengar banyak. Jadi sikit aje la yang kak yone akan sharekan. Tajuknya Mengurangkan sifat munafik dengan solat. Lebih kurang begitulah tajuknya. 

Kak yone dengar intro je tadi. Tapi apa yang dikupaskan di sini ialah apabila berkenaan solat berjemaah. Pernah tak kita berada di dalam situasi, jengkel atau meluat dengan orang sebelah yang apabila sama-sama sedang bersolat, dan kita terganggu dengan bacaannya yang kedengaran seperti berbisik-bisik di telinga kita atau pun pergerakannya yang terlalu pantas atau mengganggu pada pandangan kita? 

Hahaha. Suatu peringatan kepada kita. Kak yone pasti kita takkan dapat lari dalam menghadapi situasi begini. Jawapan daripada ustazah memang terbaik daebak sungguh 😁 Sebelum kita mengata orang, dengar orang tu solat berbisik-bisik yang annoying, tengok balik diri kita. Sempurna sangatkah solat kita?

Apabila kita bersolat. Sepatutnya, solat itu hanyalah di antara seorang hamba dengan Penciptanya - Allah SWT. Tiada gangguan lain yang akan mengganggu kita dalam berkomunikasi dengan Allah. Tapi apabila kita masih mendengar bunyi-bunyian lain, bermakna kita membawa bersama makhluk lain ke dalam solat kita. Dalam erti kata lain, tak khusyukla solat kita.

Haaaa. Sebelum mengata orang, tengok dulu diri sendiri kan 😂 Jangan terasa. Sebab ia juga satu tamparan pada muka kak yone. Juga sebagai peringatan kepada kita. Setiap hari, kita berusahalah memperbaiki diri dan solat kita. Solat kan adalah perkara PERTAMA yang dihitung. Baik solat kita, insyaAllah baiklah yang selepas-lepasnya.

Dari perspektif kak yone pula, kak yone teringat masa Ramadhan yang lalu. Kak yone ni ada anak-anak kecil. Jadi kalau nak berterawikh, kak yone tak dapat sangat nak berjemaah di surau berdekatan rumah sebab risaukan anak-anak yang berlari-larian tanpa pemerhatian orang dewasa. Tapi masa pulang ke kampung halaman, adalah anak-anak buah yang boleh tolong kawal dan tengokkan anak-anak kak yone.


Alhamdulillah. Surau di kampung kak yone sangat luas dan kawasan belakang tu, bolehla anak-anak nak duduk tanpa mengganggu jemaah di hadapan. Cumanya anak kak yone yang kecik ni, ketawa agak kuat juga. Boleh kak yone kata, suaranya sangat playful dan happy. Kak yone tak sangka makcik-makcik yang solat di saf hadapan memandang anak kak yone dengan muka ketat 😓

Korang agak-agak lepas tu kak yone nak bawa lagi ke anak-anak ke surau, kalau begitu reaksinya? Kak yone memang tak bawa dah. Taknaklah kak yone mengganggu 'konsentrasi' seseorang itu apabila sedang bersolat. 

Tapi kak yone terasa perbezaannya. Di kawasan kak yone tinggal, bawa anak-anak tu suatu kebiasaan. Lagi pun, pada pandangan kak yone, baik kita biasakan anak-anak ke surau. Nanti bila dewasa, takdelah kekok. InsyaAllah, semakin besar, mereka juga akan jadi jemaah di situ.

Tadi, Ustazah Muzaiyana ada bagi contoh. Daripada pengalaman ustazah membawa jemaah menunaikan solat di Masjidil Haram pada pukul 2 pagi. Ada makcik A komplen. 

Makcik A : Pagi-pagi dinihari begini diorang masih buat kerja ke? Bising dengar ketang ketung ketang ketung. Ganggu orang nak solat.

Makcik B : Ehhh, ada orang buat kerja ke? Tak dengar apa-apa pun?

Haaa. Nampak perbezaannya? Tepuk dada dan fikirlah sendiri. Ada lagi satu kisah yang ustazah kongsikan. Ada anak murid dengan guru ni singgah ke masjid untuk solat. Guru ni suruh anak murid menjadi imam. Debarlah si anak murid mengimamkan gurunya. Apabila selesai solat, si anak murid bertanya pada gurunya, ok ke dia jadi imam tadi 😀

Si guru menjawab yang dia tak tengok, tak pandang apa-apa dah sebaik sahaja Takbiratul Ihram diangkat. Kerana pada waktu itu, adalah waktu di antara si Guru dengan Sang Pencipta. 

Jadi, ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas. Yang kurang kita perbaiki. Yang baik, kita jadikan lebih baik 😉 Semoga bermanfaat.


Haaa yang nak membeli vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar