Secebis kisah: Kucing mati di luar rumah

Nak dijadikan kisahnya, Sabtu baru-baru ni, kak yone diuji dengan dugaan yang kecik sangat. Nak dijadikan cerita, ada seekor kucing mati kat luar umah kak yone. Dalam keadaan nazak, masuk kat kawasan rumah, terbuang air besar, daripada duduk atas empat kaki, terus terbaring, terkucil dan mati 😓

Kucing ni selalu lalu depan umah. Tapi bukan jenis jinak. 
Rasanya dia ada anak-anak yang menyusu 😢

Kak yone buntu juga. Masa tu fikir macam mana kak yone nak selesaikan kucing ni. Suami kak yone pulak kena kerja. Takkan nak tunggu dia balik 😭Ada beberapa option sebenarnya.

1. Masuk plastik dan buang je. Tunggu lori sampah angkut hari Isnin.

Tapi option pertama ni, kak yone risau bangkai akan berbau dan macam tak baik buang macam tu je.

2. Tanam. Masa tu jadi blur nak tanam kat mana 😖 Sebab depan umah kak yone takde tanah pun. Blur sungguh sampai lupa kat belakang ada tanah.

Dalam blur, kak yone wasap sahabat kak yone. 

Dalam rasa susah sangat nak handle situasi ni, part yang kak yone bulatkan dalam wasap tu menyedarkan kak yone. 


Melalui sahabat kak yone, Allah nak ingatkan, setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Hakikatnya kak yone memang suka sangat kucing. Tapi takkan masa hidup je kita suka nak pegang and belai? Bila dah mati, simply nak buang dalam tong sampah.

Sahabat kak yone tu suggestkan juga buang kat sungai. Tu pun boleh diterima sebab ada sungai berdekatan. Tapi masa tu, kak yone rasa nak angkat masuk kete and gi kat sungai pun macam jenuh. Jadi yang terbaik, kak yone pilih untuk tanam. 

Kak yone doa pada Allah supaya mudahkan urusan kak yone untuk tanam kucing tu. Kak yone ingat yang suami kak yone ada beli macam cangkul kecil. Tapi ntah letak kat mana. So kak yone doa supaya Allah mudahkan jumpa cangkul tu, mudahkan proses nak korek tanah dan tanam kucing tu.

Alhamdulillah, mudah sangat nak jumpa cangkul tu. Lepas da jumpa, kak yone bersihkan dulu najis kucing tu. Then masukkan bangkai kucing tu dalam paper bag yang dah terkoyak. 

Lepas tu, gi kat belakang, mula korek tanah. Fuhhhhh, bagi yang tak biasa, memang nak tercabut pinggang 😂 Tarik nafas jap kak yone. Kak yone tahu, kena korek dalam-dalam untuk mengelakkan dikorek semula oleh anjing. Cabaran kat sini, bila dah ke dalam sikit, tanah macam simen. Sampai terpeleok bengkok cangkul tu. Mujur tak patah bila kak yone betulkan balik. 

Ni la lubang yang kak yone korek. Nampak macam tak dalam. Tapi kak yone dah usaha betul-betul supaya cukup dalam.

Bila dah rasa cukup dalam, kak yone masukkan kucing tu. Ada part yang dalam, ada part yang kureng sikit. So part yang dalam, kak yone letakkan bahagian perut. Di bahagian kepala macam kurang sikit dalamnya sebab tanahnya keras.

Alhamdulillah, akhirnya berakhirlah kerja kak yone. Tanah dah siap dikambus and nampak tertutup dengan elok.

Sabut kelapa tu penanda aras kubur tu. Tapi kak yone letak juga sepapan kayu yang ada berdekatan situ

Alhamdulillah. Lega rasa hati bila keje selesai. Bila buat dengan ikhlas, kak yone rasa happy. Sekurang-kurangnya kak yone dah cuba selesaikan dengan baik. Takdelah nak buang bangkai macam tu je. Ntahlah, kak yone fikir, walaupun hanya sekadar binatang, tapi sempurnakanlah dengan elok. Kita juga akan mati, pasti nak diuruskan dengan baik juga kan?

Saja lah kak yone share kisah ni. Mula-mula macam rasa menyusahkan je. Tapi bila pikiaq balik. Ada la sebab musabab yang kita tak tahu, kak yone belajar untuk redha.

Kak yone share jugalah video ni 😀



So kalau nak beli vitamin-vitamin semulajadi yang tiptop kualitinya, meh je wasap kak yone di 012-5538628 atau klik je http://TanyaKakYone.wasap.my

Apabila dah masuk umur 30, kalsium akan hilang lebih banyak daripada pembinaannya dalam badan kita

😊 Apa khabar? Harap sihatlah semua. Hari ni kak yone nak sentuh bab tablet kalsium. Ye pengambilan tablet kalsium untuk memenuhi keperluan nutrisi kalsium yang sangat penting untuk kita semua. Sebabnya, apabila dah masuk umur 30 tahun, kalsium akan hilang lebih banyak daripada pembinaannya dalam badan kita. Nanti kalau tak cukup kalsium, badan kita akan curi kalsium daripada tulang pulak. Maka rapuhla tulang kita.

Hari tu, kak yone bersembang dengan personal trainer dekat gym di ofis kak yone ni. Bila dia tanya vitamin-vitamin yang kak yone ambil, kak yone letak calcium tablet. Dia cakap hati-hati dengan pengambilan tablet kalsium ni. Kak yone faham kenapa dia begitu concern. Sebab kebanyakannya sama ada tidak memenuhi keperluan tulang kita atau pun penyerapan yang tidak sepenuhnya.



Korang tahu tak, untuk memastikan penyerapan kalsium yang optimum, kalau dalam tablet tu hanya ada kalsium semata-mata, maka kesianlah sebab kalsium tu sangat susah untuk diserap ke dalam tulang-tulang kita. Nak pastikan betul-betul diserap, kena ada vitamin D untuk penyerapan kalsium yang optima. Tablet kalsium yang kak yone ambil ialah OsteMatrix yang nutrisi di dalamnya memang sangat-sangat diperlukan oleh tulang kita.

Berikut adalah nutrisi-nutrisi yang terdapat di dalam sebiji tablet Ostematrix:

💚 Kalsium - sumber utama yang diperlukan oleh badan kita.

💚 Magnesium - membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang kita.

💚 Vitamin D - merangsang penyerapan kalsium

💚 Boron - membantu mempertingkatkan metabolisme tulang

💚 Copper, zinc dan manganese - mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

Haaa itu baru fungsi basic / asas setiap nutrisi di atas. Ada lagi fungsi-fungsi lain bagi nutrisi-nutrisi tersebut. Contohnya antara fungsi-fungsi lain Magnesium adalah untuk menenangkan otot-otot yang tegang dan menstabilkan tekanan darah.

Jadi, bila makan Ostematrix Shaklee ni, bukan aje bantu penyerapan kalsium dan sumber-sumber nutrisi yang lain. Malah bantu badan kita lebih sihat, mudah nak membuang air besar, mengurangkan sembelit, dan mengurangkan kekejangan otot.

Ostematrix ni la vitamin Shaklee pertama yang kak yone cuba. Walaupun baru beberapa hari amalkan, kak yone memang terasa perbezaannya. Masa tengah pregnant anak kedua pun, alhamdulillah, kak yone takde sembab air (jadi kaki gajah) dan kejang kaki 😊

Jom layan testimoni-testimoni lain pasal Ostematrix ni:







Memang recommended sangat Ostematrix ni. Kak yone dah rasa kebaikannya, so kak yone nak share juga dengan anda, anda, anda, anda dan anda semua 😀Sebotol Ostematrix, 120 biji, berharga RM61.25. Whatsapp kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Kisah Cili Padi Dan Krim Yang Melegakan

Kisahnya kak yone tumbuk cili padi dalam lesung batu. Melompat-lompatlah biji cili nak keluar daripada lesung. Untuk mengelakkan biji cili bersepah-sepah di luar lesung batu, maka kak yone coverlah dengan tangan, sudahnya tak lama lepas tu, pedih dan gatal-gatal tangan kak yone 😂

Tapi biasalah kan jadi orang perempuan, apa kisah pedih gatal-gatal tangan. Releks je terus masak, bagi anak-anak makan, basuh pinggan semua 😁

Lepas tu, barulah kak yone cari 'something' nak legakan pedih dan gatal-gatal tangan ni. Kalau dibiarkan lama-lama tak sedap rasanya. Kat rumah kak yone ni, banyak je krim ada. Tapi pilihan hati kak yone, satu jer.


Mujur ada krim Herbal Blend. Krim pelbagai guna. Lepas da settle di dapur, kak yone sapu krim di bahagian-bahagian yang pedih gatal. Alhamdulillah soothing rasa. Lega kulit kak yone. Rasa pedih gatal semakin menghilang.

Herbal Blend ni, krim serbaguna. Bila ada gatal-gatal pada anak-anak kak yone, Herbal Blend yang ditempeknya. Kalau luka-luka, nyamuk gigit, semua letak Herbal Blend. Memang kak yone utilise habislah fungsi krim serbaguna Herbal Blend ni.

Yang bestnya dan paling penting, Herbal Blend bebas PARABEN ya. Sebab tu, apa-apa especially kalau berkaitan anak-anak, memang kak yone pakai tanpa ragu-ragu. Dijamin selamat dan berkesan 😀

Macam kak yone cakap tadi, kat rumah kak yone ada banyak lagi body cream. Tapi pujaan hati tetap Herbal Blend, sebab mostly krim-krim yang ada, slack betul. Bila tengok kandungannya ada Ethyl Paraben la. Methyl Paraben. Malah krim sakit otot dari klinik yang kak yone dapat pun ada paraben 😂

Kak yone ada baca juga, bahaya ke kandungan paraben ni? Sebab melalui pembacaan lain, paraben penyebab kanser payudara wanita. Tapi ada artikel mengatakan paraben hanya bahaya apabila terlalu banyak digunakan. Artikel tu siap suruh gabung pula dengan produk semulajadi macam produk-produk yang dikeluarkan Shaklee 🤣

Hakikatnya terlalu banyak produk yang mengandungi paraben. Barangan kosmetik wanita dah tentu-tentu ada. Let say pakai sikit sinu sini. Akhirnya bukan ke kuantiti paraben akan jadi banyak juga? Cumanya produk-produk di bawah jenama Shaklee memang mengekalkan kesemulajadiannya dan bebas paraben 😊 Bukan auta tapi fakta.

Sayang si adik pada Herbal Blend ya?

Sebab tu kak yone suka sangat rekemenkan Herbal Blend dan produk-produk Shaklee yang lain. Dah lama kak yone merasai kebaikannya, why not kak yone share juga dengan korang kan? 

Nak tahu lebih-lebih lagi, Wasap 012-5538628. Harga satu tiub Herbal Blend ialah RM37.50. Memang berbaloi-baloi.

5 Tips membeli kasut

Hari ni kak yone nak kongsikan tips membeli kasut. Pemakaian kasut yang sesuai dan betul sangat penting untuk kita tau. Especially yang mengalami sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggang semua. Kak yone kan dulu kena sakit tumit. So memang kak yone sangat-sangat mementingkan pemakaian kasut yang betul.

Macam-macam kasut di pasaran. Tapi mana satu yang sesuai? 
Kredit: Gambar sumber Google

Jadi apabila nak shopping kasut, kak yone sangat particular. Baru-baru ni disebabkan kasut kak yone dah rosak, kenalah cari penggantinya. Puas jalan dari satu kedai ke kedai lain. Ada yang hampir melekat tapi tak jadi sebab kak yone rasa kaki kanan macam longgar, kaki kiri pulak just nice. Hahaha kaki kanan kak yone macam kecik sikit 😂

Kak yone pun beritahulah pada En. Husband. Dengan itu, kak yone dapatlah tips yang berguna daripada si dia, memandangkan dia memang hantu kasut 😀

Berikut adalah tips apabila nak membeli kasut yang bersesuaian:

1. Setiap jenama mempunyai saiz yang kadangkala berbeza. Contoh, jika kita memakai saiz 5 kebiasaannya, jenama lain dan jenis kasut yang dipilih, mungkin memerlukan kita memakai saiz 6.

2. Untuk menjaga kesihatan kaki dan sistem sokongan badan, kasut yang dibeli biarlah bertapak sedikit. Bukan flat habis. 

3. Apabila mencuba kasut idaman, pastikan di hujung kasut di mana jari-jari kaki korang berada, ada ruang di bahagian ibu jari kaki sebesar ibu jari tangan anda dan pastikan ibu jari kaki tersebut dapat digerakkan dengan bebas.

4. Pastikan bahagian arch (bahagian bawah kaki yang melengkung) ngam-ngam dengan kaki sendiri ya. Kiranya anda rasa selesa apabila memakai kasut tersebut.

5. Bahagian belakang kaki pun, sedap-sedap je. Jangan mudah tanggal sebab bayangkan kalau korang kena berlari, silap-silap kasut tu boleh tercabut. Jadi kalau belakang tu kaki asyik ternaik-naik je bila berjalan, maknanya mungkin saiz kasut tak menepati saiz kaki. Walaupun kat bahagian jari-jari kaki dah ok. Jadi lupakan kasut itu, dan carilah kasut yang lain yang lebih sesuai.

Jadi, jangan amik ringan apabila memilih kasut yang betul. Muda-muda tak rasa apa-apa. Tapi bila dah meningkat umur, mulalah sakit-sakit sana sini.

Dulu-dulu kak yone memang hantu stilletto. Tapi disebabkan kaki kak yone menderita apabila memakai kasut-kasut begitu, maka kak yone dah tak pakai. Kak yone lebih selesa memilih kasut yang bermutu dan selesa, lembut pada tapaknya daripada hanya kelihatan cantik tapi sangat sakit dan menyeksakan kaki 😁

Alhamdulillah, konsisten Ostematrix dan Omega Guard produk Shaklee, sangat-sangat membantu kak yone untuk pulih daripada terseksa sakit tumit. Sebab tu lah kak yone sangat berjaga-jaga apabila memilih kasut. Taknak dah sakit tumit berulang kembali 😊

Nak dapatkan vitamin-vitamin Omega Guard dan Ostematrix ni, boleh dapatkan dengan hubungi 012-5538628.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Nasi Goreng Kicap Express

Apa khabar semua 😀 Hari ni kak yone nak share 'pertemuan' kak yone dalam membuat nasi goreng kicap. Otai-otai masakan jangan condemn. Kak yone masih belajar 😂.

Kak yone baru je belajar buat nasi goreng kicap ni. Ni pun secara tak sengaja. Sebab kebiasaannya kak yone akan letak cili bo atau cili blend supaya kaler nasi goreng jadi macam merah-merah gitew.

Nasi goreng kicap ni terjadi masa kak yone fikir asalkan masak je nasi goreng pagi tu. So memang nasi goreng kicap express.

Cara-cara masak nasi goreng kicap versi 1:
1. Potong 2 ulas bawang putih dan gorengkannya (untuk seorang atau dua orang makan). Kalau ramai orang, letak 4-5 ulas.

2. Kemudian ambil sebiji telur dan goreng hancur dengan bawang putih tersebut. 

3. Masukkan nasi putih. Kacau-kacau dan masukkan kicap secukup rasa.

4. Bila dah tergaul semua, kak yone masukkan maggi secukup rasa dalam sesudu giteww.

5. Maka siaplah nasi goreng kicap. Warnanya coklat-coklat campur putih-putih telur dan nasi.


Kak yone lupa nak tangkap gambar. Ni gambar ihsan Google.


Sedap juga rasanya 😀 Baru kak yone tahu. Simple sangat tapi sedappp. Kalau nak tambahkan ayam ke, daging ke, boleh je. Cuma kak yone buat ala-ala express, maka takdelah extra tu.



Resepi nasi goreng kicap versi 2:


Kali ni kak yone ubah daripada menggunakan bawang putih, kak yone gunakan bawang besar yang dah blend. 

Cara masakannya sama cuma kak yone masukkan bawang besar blend awal-awal untuk ditumis. Tapi silap kak yone. Kak yone tumis kejap sangat then terus pecahkan telur.

Kat sini terasa salah teknik kak yone. Telur tu terus jadi macam bercampur dengan bawang blend tu. Jadi bila dimasukkan nasi, nasi jadi macam melekit 😂

Tapi nasi goreng tu tetap jadi. Cumanya itulah yang terakhir akan kak yone masak 😂 Taknak dah. Cuma nasi tu manis sebab bawang blend tu. Bawang memang membantu memberi rasa manis pada masakan. Suatu perisa asli giteww 😊

Haha. Tu je kak yone nak kongsikan. Kalau korang nak masak nasi goreng kicap, baik cuba versi 1. Kalau taknak letak bawang putih pun takpe. Terus goreng telur hancur dan masukkan nasi. Kalau letak bawang putih, api jangan kuat sangat. Nanti cepat hangus bawang putih tu.

Heeee tu je kak yone nak share. Buat panduan amateur macam kak yone dan juga bagi panduan yang mencari resepi mudah. Dalam 10-15 minit siap!


Pssstt: Selit sikit iklan. Yang mencari vitamin-vitamin semulajadi, bole dapatkan daripada kak yone 😊 Bukan vitamin buat sendiri ek. Tapi vitamin yang dah menjalani kajian klinikal semua. Vitamin-vitamin Shaklee. Wasap je 012-5538628 😀

Boleh ke supplemen menghilangkan kesakitan seperti ubat?

Fuhhhh dekat Lembah Klang petang ni hujan sampai kelihatan macam malam dah. Kak yone memang takut sikit nak drive dalam hujan and gelap-gelap ni 😅 Sejuk pun ye jugak hujan-hujan ni. Teringat pulak sembang-sembang kak yone ngan kawan-kawan ofis masa lunch sebelum ni.

Hari tu, colleague kak yone ada mengadu. Pedih ulu hati katanya. Kak yone pun hulurkan Peppermint Ginger yang wangi baunya. Minty-minty gitu. Tapi the next day, dia cakap, Peppermint Ginger tu takde kesan apa-apa.

Hahaha, jangan sentap uolls. Memang pun. Apabila kita dah berada dalam keadaan sakit, amik Peppermint Ginger takkan memberikan apa-apa kesan. Sebab tu supplemen. BUKAN UBAT. Maka memang kesannya hampir kepada tiada langsung dikala badan kita tengah sakit.

Kita amalkan supplemen sebab sebenarnya ia adalah ikhtiar untuk mengelakkan sakit yang lebih kronik pada masa hadapan, insyaAllah. Contohnya, pedih ulu hati bersangkut paut dengan gastrik. Bila dah sakit gastrik baru nak minum ESP, faham-faham je la kesannya. 

Tapi kawan kak yone memang mengakui, ESP memang terbaik apabila berhadapan dengan gastrik. Memang takde rasa pedih ulu hati, sakit perut dan macam-macam lagi simptom gastrik.

Memang betul. Ramai dah yang merasai kebaikan ESP especially bila bersangkut paut dengan gastrik. Memang rasa lega perut dan kurang rasa sakit gastrik. Kak yone tahu, ada yang bila kena gastrik, memang teruk sangat. Sampai muntah-muntah, lemah dan lesu. Jadi kalau boleh gastrik kena dikawal.


Most importantly, jaga pemakanan dan disiplin apabila tibanya waktu makan, kena makan!  Boleh baca kat sini - 7 tips untuk mengurangkan gastrik yang pernah kak yone sharekan dulu 😊

Yang penting, kak yone nak pembaca-pembaca semua faham. Supplemen bukanlah ubat dan apabila sakit, kalau makan supplemen saja, kemungkinan besar, sakit takkan hilang dengan cepat. Mungkin rasa kurang. Tapi nak hilangkan kesakitan immediately tu, idaklah. Kecuali kita memang makan supplemen secara konsisten, insyaAllah, serangan sakit seperti gastrik akan berkurangan.

Nak dapatkan ESP atau pun supplemen-supplemen lain, meh wasap kak yone di sini 012-5538628.

Tak sangka mama yang selalu kelihatan sihat tu...

Hari ni kak yone memilih untuk mengabadikan cerita yang agak personel dengan pembaca-pembaca yang disayangi semua. Tujuannya hanyalah satu - Supaya kita lebih peka kepada tahap kesihatan kita. Kisahnya berkenaan mama kak yone sendiri. Mama kak yone sakit. Tak sangka rupanya mama kak yone yang selalu kelihatan sihat tu sakit yang sukar ubatnya. 

Memang tak sangka, sebab secara generalnya, mama kak yone sangat sihat. Setiap hari mesti masak. Memang rajin. Cuma biasalah bagi orang yang berumur emas, sakit-sakit kaki, lutut dan penat. Kadang-kadang mama sakit perut juga. 

Other than that, memang takde apa-apa simptom yang kronik. Tapi mama kak yone memang ada bacaan gula yang hypo (rendah sangat) sampai kena makan gula-gula atau coklat untuk stabilkan gula dalam darah. Bila hypo, mama akan rasa macam nak pitam. Mama memang makan ubat-ubat dari hospital secara konsisten.

Kisahnya bermula masa awal Ramadhan baru-baru ni. Tiba-tiba suatu malam, mama terjaga kerana rasa macam basah. Tengok di kain, keluar macam darah period. Tapi mama kak yone dah 17 tahun menopaus. So definitely it's not period. 

Mula-mula takde rasa apa-apa, cuma sehari dua lepas tu, abah beritahu yang mama macam sakit perut. Memulas-mulas. Kak yone rasa, sakitnya seolah-olah sakit senggugut. Mama kak yone masa muda-muda dulu pula jenis kalau period, memang senggugut teruk sangat. Sampai terbaring-baring kesakitan. Just to give some history. 

Lepas tu, bila dah sakit-sakit ni, mama gi rujuk di klinik kesihatan. Pap Smear dijalankan. Cuma result pap smear tu sampai ke sudah tak dapat-dapat. Tapi lepas buat pap smear, klinik kesihatan ada bagi surat referral untuk rujuk di General Hospital (GH). 

Maka on the same day, mama abah gi GH nak buat appointment. Cumanya appointment yang ditetapkan bulan September. Padahal masa tu hujung bulan May. Adoiii lambat sungguh. Grrrrrrr 😤 I have nothing to say. Mungkin yang set appointment tu pun tak tahu severity kes tu. Faham-faham aje hospital kerajaan. Cumanya kalau orang tu dah kronik nak mati, by the date of the appointment, mungkin dah meninggal. (Tu ma abah yang cakap ekk).

So mama decided untuk proceed check-up di hospital private. Bila ultrasound dijalankan, doktor O&G cakap nampak normal. Cuma dinding rahim kelihatan tebal. So doktor cadangkan buat D&C (Dilation & Curettage) procedure. Macam orang yang keguguran dan nak cuci rahim tu.

So mama pun menjalani D&C lebih kurang seminggu lepas tu. Sel-sel yang diambil, dihantar ke lab untuk dikaji. Masa kak yone balik raya, sembang-sembang juga dengan mama. Mama tanya agak-agaknya nape ekk Mama bleeding. Kak yone cakap, mungkin sebab hormon. Kita doakan yang baik-baik ye. Lepas 2 minggu kot. Mama jumpa doktor untuk follow up. 



Doktor cakap, mama kena kanser rahim. So rahim tu harus dibuang. Bila kak yone dengar berita tu, sebab kita ni dah terbiasa tengok tv sangat, tertanya-tanyalah, kanser stage berapa? Then mama call beritahu, stage kanser hanya akan diketahui setelah rahim dibuang. Sebab tak tahu keadaan dalaman tu macam mana. Hmmmmmmm.....

Tapi doktor tu ada bagi referral letter untuk rujuk di GH. Cuma doktor tak include sekali lab result tu. Adoiiii 😤 So bila gi GH, appointment date tak boleh diberi sebab takde lab result. Nurse cakap nanti dia tanya doktor pakar and call mama or abah. Haishhh geram jugak kak yone dengar. 

Dalam situasi mama, kak yone rasa semua harus bergerak cepat. It's kanser yang boleh merebak dengan pantas. Betul-betul panas punggung. Tunggu sehari dua, nurse tak call. Bila abah call, depa cakap depa too busy and will call back later. Tapi korang faham-faham aje la kan. Memang tak call balik. Mama cakap lambat-lambat, mama gi private je. Hmmmm..... Tapi kak yone nak juga 2nd opinion.

Disebabkan kak yone tak biasa dengan situasi begini. Kak yone pun tak tahu, sama ada buang rahim itu adalah the best option untuk mama. Apa yang kak yone tahu, apabila organ dalaman dibuang, sedikit sebanyak, pasti akan ada kesannya kepada orang tersebut. Faham-fahamla kan, when part of you being remove. Do you think you won't feel anything?

Bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan yang tahu atau pun punya pengalaman saudara yang terdekat, ada yang mencadangkan untuk buat PET Scan. Hangpa google sendiri PET scan tu apa. Memang accurate result PET scan sebab kanser ni memang ada banyak stage. Contoh kalau stage 1, ada stage 1a atau 1b gitu. Jadi PET scan boleh tentukan.

Masa tu kak yone fikir, if only I was there when the doctor explain to my parents about mama's condition. Sebab tanya mama, doktor tak cakap apa sangat. Cuma cakap it's cancer and need to remove the rahim. Mungkinkah doktor dah tahu yang its too bad dan tak payah da nak PET scan bagai?

So kak yone mintalah abang kak yone tolong call GH untuk set appointment. Sebab abang kak yone ni always ada miracle touch. Dulu abah nak bypass di IJN pun, abang kak yone yang manage to get the appointment. So I hope the same miracle again. 

Alhamdulillah, abang kak yone berjaya dapatkan appointment seminggu lepas raya. Syukur sangat. Tapi kena minta lab report daripada private hospital yang mama pergi tu. Okla senang je.

Then, on the day, doktor pakar di GH tu pun suggest benda yang sama. Mama kena operate untuk buang rahim tu. Based on the report, memang itu je solution buat masa tu. Kak yone rasa report tu clear mengatakan the severity of mama punya kes. So no other option, mama setuju untuk menjalani pembedahan untuk buang rahim.

Kiranya masa mama jumpa tu, tarikhnya 4 Julai 2017. Doktor setkan tarikh operation pada 27 Julai 2017. Tapi admit ke hospital 25 Julai supaya further check-up dapat dijalankan. Plus mama kena puasa dua hari sebelum operation tu.

25 haribulan tu, tengahari onwards, mama dah takleh makan benda-benda berat. Tapi boleh lagi minum milo semua. Malam tu, bacaan gula mama jatuh sampai 1.9 kot. Cepat-cepat nurse suruh minum air manis (teh krisantemum) dan milo. Alhamdulillah lepas tu dah stabil balik.

26 haribulan, mama hanya boleh minum air kosong je sepanjang hari, sampailah ke saat nak operation keesokan harinya. On the 27th, alhamdulillah, mama selamat menjalani operation. 

Kalau orang cser, perut dipotong melintang, mama, perut dipotong menegak. Adalah dalam 14cm gitu. Bila kak yone balik dan duduk ngan mama, memang mama kesakitan - post operation. Bius mama dah ditanggalkan sebab takut jangkitan bila dibiarkan lama-lama. 

Lepas tu, kak yone duduk dengan mama tanya doktor dah beritahu ke keadaan sebenar? Mama cakap dah. Mama kak yone tak tahu nak sebut apa. Tapi mama cakap yang macam gambar yang ada di kaunter nurse tu (gambar tu korang rujuk gambarajah kat bawah). Semua tu dibuang. Sebab dah stage 4. 

Doktor cakap di bahagian perut, di bawah lapisan-lapisan lemak, ada juga sel-sel kanser tu. Tu yang kadangkala mama rasa macam sakit perut, macam gastrik. Padahal bukan gastrik. 

Kalau ikutkan gambar kat kaunter nurse tu, nilah semua bahagian yang dibuang :(

Allahuakhbar. nak gugur jantung kak yone dengar yang its already stage 4. Selama ni, mama kak yone sangat sihat. Mama memang konsisten pergi checkup untuk masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapi semuanya terkawal. Malah mama takde pun demam, batuk-batuk selsema semua tu. 

Apa yang meruntun hati kak yone lagi ialah mama cakap, "takpela Na, mama redha". Ya Allah. Kak yone menangis-nangis masa mengurut mama yang kesakitan akibat post operation tu. Cuma masa tu, mama pejamkan mata. Makan ubat pula, keluar balik. Hati kak yone memang tak tertahan melihat penderitaan seorang ibu yang telah berkorban bersusah payah membesar dan menjaga kak yone selama ni. Tapi mama memang sangat-sangat kuat.

Hari tu, memang telan ubat je, tak lama mama muntah. Sampai keesokan hari pagi mama still muntah bila telan ubat. Menjelang tengahari baru mama nampak ok. Malah bila ada sedara atau sahabat datang melawat, mama memang put up a strong face. Nampak sihat dan tersenyum walaupun mama sangat sakit. 

Sekarang mama dah ada kat rumah. Ada la hari tu, doktor suruh buat CT scan dan pergi beberapa kali untuk buka benang jahitan. Mama macam biasa je kelihatannya. Bila follow up, dari result CT scan doktor cakap, sel-sel tu dah berada dalam tahap 4. Jadi chemo akan dijalankan minggu depan. Semuanya 6 sesi chemo dalam selang 3 minggu. Untuk chemo tu mama kena warded.

Kak yone sebenarnya tak sanggup nak tengok mama menderita. Tapi mama memang seorang yang positif dan kuat. InsyaAllah, minta juga kalian semua doakan mama tabah dalam menjalani treatment chemo and hope there's a positive outcome setelah chemo. Tak payah la mama nak hadap sampai 6 sesi.

Apa yang kak yone nak cakapkan ialah, jagalah kesihatan. Bagi wanita, please buatlah pap smear dua tahun sekali. Kalau rajin setahun sekali. Dalam bersedih dengan kisah mama ni, kak yone dengar beberapa orang yang lebih-lebih kurang sebaya kak yone meninggal sebab kanser. 

Keadaan sekarang dah berbeza dengan dulu. Dulu mungkin umur tu memainkan peranan. Sekarang, sesiapa saja berisiko. Amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan, rajin bersenam. Kak yone tulis ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. 

Walaupun kak yone seorang yang rajin makan supplemen, tapi kalau part lain kak yone tak jaga, macam makan berlebih-lebihan, tak guna juga. So jomlah kita berusaha untuk jaga lifestyle kita ya. 

Akhirnya, mohon doa kalian agar mama kak yone kuat dan tabah dan kembali sihat selepas menjalani rawatan-rawatan ini. 

Thank you sebab baca coretan yang panjang. Hanya perkongsian sebagai iktibar untuk kita bersama.

Anak Kak Yone & Omega Guard

Selalu kak yone bercerita pasal apa yang kak yone rasakan bila makan Shaklee. Ewah! Shaklee takleh dimakan, maksud kak yone, makan vitamin Shaklee 😀 Shaklee Effects gitu. Tapi kalau bercerita pasal diri sendiri, mungkin sesetengah orang sukar nak percaya. Takut kita exaggerate je lebih. So hari ni kak yone bercerita pasal #Shakleeeffects anak kak yone la.

Kak yone pun macam kebanyakan parents yang lain. Bekerja dan anak kak yone gi taska. Jadi memang bercampur dengan ramai lagi anak-anak lain. Jadi tak hairan bila anak asyik kena demam, batuk-batuk dan selsema.

Masa tu, boleh kata setiap minggu asyik berulang-alik ke klinik. Fuh, anak kak yone pulak super sensitif kat persekitaran. Maaacam kak yone. Mudah kena batuk macam lelah / asma. Jadi bila ke klinik, asyik kena amik gas nebuliser. Last-last doktor bagi warning, kalau datang ke klinik lagi, kena prescribe inhaler dah.

Anak kak yone masa 4 tahun kot


Bukan aje batuk-batuk lelah, ada masa-masanya mata dia jadi gatal-gatal. Sampailah satu malam tu, kena alergik sampai bengkak mata, gatal-gatal satu badan. Kak yone terus bawa ke hospital. Boleh baca kisahnya kat SINI.

Masa di wad kecemasan. Sampai je hospital, terus masuk dalam bilik rawatan.

Keesokan harinya, sahabat kak yone merangkap orang yang memperkenalkan Shaklee kepada kak yone, Ainul Malik, datang melawat. Masa tu promo Omega Guard. Ainul pun hadiahkan sebotol Omega untuk anak kak yone.

Kak yone terfikir gak, boleh ke anak kak yone makan. Budak-budak kalau tak biasa, memang sukar sikit nak makan. Memang pun. First time bagi, suruh kunyah macam gula-gula. Tak jalan okeh. Tapi kak yone tak nafikan, ramai lagi anak-anak lain yang kunyah telan. Selamber je.

Lepas dah keluar hospital semua, ada suatu hari tu, kak yone ajak anak kak yone mandi di swimming pool. Ada kolam renang kat apartment kak yone. Memang anak kak yone suka sangat. Tapi kak yone suruh dia telan dengan air dulu Omega Guard tu. Taknak bagi sejuk kak yone cakap. Alhamdulillah. Anak kak yone setuju. Dia makan Omega Guard dan telan dengan air. Mudah sangat sebab Omega Guard tu licin 😊

Mulai hari itu, kak yone bagi secara konsisten sebiji setiap hari. Alhamdulillah, memang nampak perubahan. Kurang dah batuk-batuk selsema semua. Demam pun dah jarang-jarang. Memang lepas doktor bagi warning nak suruh pakai inhaler tu, kami dah tak pi dah klinik 😀

Alhamdulillah membesar anak kak yone dengan sihat. Jarang sangat ke klinik. Rasanya lepas konsisten Omega Guard, dekat nak setahun tak jenguk klinik 😀 Sebab tu la kak yone jatuh cinta sangat dengan Omega Guard ni.

Pertama sebab masalah sakit tumit kak yone hilang lepas konsisten Omega Guard. Tengok pulak anak kak yone yang semakin sihat dan kuat apabila konsisten Omega Guard. Sebab tu la kak yone percaya, Omega Guard dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain memang bagus, selamat, vitamin semulajadi pulak tu. 

So kalau merancang nak makan vitamin / supplemen, pilihlah jenama yang terbaik. Jenama Shaklee tau. Ingat Shaklee, ingat kak yone tau. No nye 012-5538628 😀

Sekian perkongsian kak yone. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Case study: Bagaimana Nutriferon membantu mengurangkan jangkitan virus

Semalam kak yone terjumpa satu case study yang researchnya tak publish lagi daripada Cornell University. Case study ni berkenaan dengan Nutriferon. Tapi Nutriferon kat US dalam bentuk kapsul, bukan macam sachet di Malaysia ni. Tapi fungsinya masih sama. Case study ini membincangkan tentang bagaimana Nutriferon membantu mengurangkan jangkitan virus dalam paru-paru manusia 😊



Shaklee ni sangat komited kepada "NO ANIMAL TESTING" dalam segala clinical research yang dijalankan. TAKNAK guna haiwan untuk menguji segala vitamin yang dihasilkan. Jadi macam mana nak tahu Nutriferon ni bagus dalam mengurangkan jangkitan virus dalam paru-paru?

Sebelum sampai ke part nak tengok bagaimana Nutriferon membantu dalam mengurangkan jangkitan virus tu, Shaklee telah bekerjasama dan support research yang dijalankan oleh Cornell University untuk membangunkan suatu model yang menyamai sel yang terdapat di dalam paru-paru. So memang takde sangkut paut ekk dengan haiwan atau pun manusia. Tapi model tu dibangunkan sendiri.

"Shaklee agreed to support the research at Cornell in developing a model of the human airway epithelium - even though that research itself did not involve any Shaklee products and was, therefore, of no direct benefit to Shaklee."


Boleh refer link ni untuk baca sepenuhnya:
http://www.healthisalifestylechoice.com/uploads/1/0/3/3/10331711/nutriferon_cornell_casestudy_082009.pdf

Selepas model ini dibina, barulah Shaklee menyokong kajian seterusnya di mana Nutriferon digunakan untuk membantu mengurangkan serangan virus flu ke atas paru-paru.
Walaupun keputusan kajian belum dikeluarkan, namun kesimpulan yang didapati menunjukkan Nutriferon telah mengaktifkan 'sel-sel pembunuh semulajadi' yang memusnahkan virus-virus flu apabila berlakunya serangan ke atas paru-paru. 

So berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Cornell University, dapatlah kak yone katakan yang Nutriferon memang sangat bagus dalam membantu mempertingkatkan sistem pertahanan badan dan mempertahankan badan kita daripada serangan virus dan bakteria. 

Berikut adalah testimoni-testimoni rakan-rakan kak yone yang berikhtiar dengan Nutriferon.





Kalau berminat untuk mendapatkan Nutriferon, boleh hubungi kak yone di 012-5538628 untuk pembelian. Harga sekotak Nutriferon, 30 sachet berharga RM181.25. Nak jimat lagi, jom join sebagai ahli. Dapatlah membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga yang lebih menjimatkan 😊


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley