Secebis kisah: Kucing mati di luar rumah

Nak dijadikan kisahnya, Sabtu baru-baru ni, kak yone diuji dengan dugaan yang kecik sangat. Nak dijadikan cerita, ada seekor kucing mati kat luar umah kak yone. Dalam keadaan nazak, masuk kat kawasan rumah, terbuang air besar, daripada duduk atas empat kaki, terus terbaring, terkucil dan mati 😓

Kucing ni selalu lalu depan umah. Tapi bukan jenis jinak. 
Rasanya dia ada anak-anak yang menyusu 😢

Kak yone buntu juga. Masa tu fikir macam mana kak yone nak selesaikan kucing ni. Suami kak yone pulak kena kerja. Takkan nak tunggu dia balik 😭Ada beberapa option sebenarnya.

1. Masuk plastik dan buang je. Tunggu lori sampah angkut hari Isnin.

Tapi option pertama ni, kak yone risau bangkai akan berbau dan macam tak baik buang macam tu je.

2. Tanam. Masa tu jadi blur nak tanam kat mana 😖 Sebab depan umah kak yone takde tanah pun. Blur sungguh sampai lupa kat belakang ada tanah.

Dalam blur, kak yone wasap sahabat kak yone. 

Dalam rasa susah sangat nak handle situasi ni, part yang kak yone bulatkan dalam wasap tu menyedarkan kak yone. 


Melalui sahabat kak yone, Allah nak ingatkan, setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Hakikatnya kak yone memang suka sangat kucing. Tapi takkan masa hidup je kita suka nak pegang and belai? Bila dah mati, simply nak buang dalam tong sampah.

Sahabat kak yone tu suggestkan juga buang kat sungai. Tu pun boleh diterima sebab ada sungai berdekatan. Tapi masa tu, kak yone rasa nak angkat masuk kete and gi kat sungai pun macam jenuh. Jadi yang terbaik, kak yone pilih untuk tanam. 

Kak yone doa pada Allah supaya mudahkan urusan kak yone untuk tanam kucing tu. Kak yone ingat yang suami kak yone ada beli macam cangkul kecil. Tapi ntah letak kat mana. So kak yone doa supaya Allah mudahkan jumpa cangkul tu, mudahkan proses nak korek tanah dan tanam kucing tu.

Alhamdulillah, mudah sangat nak jumpa cangkul tu. Lepas da jumpa, kak yone bersihkan dulu najis kucing tu. Then masukkan bangkai kucing tu dalam paper bag yang dah terkoyak. 

Lepas tu, gi kat belakang, mula korek tanah. Fuhhhhh, bagi yang tak biasa, memang nak tercabut pinggang 😂 Tarik nafas jap kak yone. Kak yone tahu, kena korek dalam-dalam untuk mengelakkan dikorek semula oleh anjing. Cabaran kat sini, bila dah ke dalam sikit, tanah macam simen. Sampai terpeleok bengkok cangkul tu. Mujur tak patah bila kak yone betulkan balik. 

Ni la lubang yang kak yone korek. Nampak macam tak dalam. Tapi kak yone dah usaha betul-betul supaya cukup dalam.

Bila dah rasa cukup dalam, kak yone masukkan kucing tu. Ada part yang dalam, ada part yang kureng sikit. So part yang dalam, kak yone letakkan bahagian perut. Di bahagian kepala macam kurang sikit dalamnya sebab tanahnya keras.

Alhamdulillah, akhirnya berakhirlah kerja kak yone. Tanah dah siap dikambus and nampak tertutup dengan elok.

Sabut kelapa tu penanda aras kubur tu. Tapi kak yone letak juga sepapan kayu yang ada berdekatan situ

Alhamdulillah. Lega rasa hati bila keje selesai. Bila buat dengan ikhlas, kak yone rasa happy. Sekurang-kurangnya kak yone dah cuba selesaikan dengan baik. Takdelah nak buang bangkai macam tu je. Ntahlah, kak yone fikir, walaupun hanya sekadar binatang, tapi sempurnakanlah dengan elok. Kita juga akan mati, pasti nak diuruskan dengan baik juga kan?

Saja lah kak yone share kisah ni. Mula-mula macam rasa menyusahkan je. Tapi bila pikiaq balik. Ada la sebab musabab yang kita tak tahu, kak yone belajar untuk redha.

Kak yone share jugalah video ni 😀



So kalau nak beli vitamin-vitamin semulajadi yang tiptop kualitinya, meh je wasap kak yone di 012-5538628 atau klik je http://TanyaKakYone.wasap.my
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

swedihnya kucing mati macam tu je..

Balas
avatar

Itula.. punca sebenar xtahu kenapa.. mgkin bgaduh atau kena langgar. Tiba-tiba je trus lari masuk umah.

Balas
avatar

Kesiannya...semoga owner tabah. Anak kucing saya pun pernah juga jadi macam ni...

Balas