Mengandung ni macam-macam ragamnya. Ada yang dulu masa mengandung tak pernah kena, sekarang diuji pulak. Kali ni kak yone nak cerita pasal sakit di bahagian tulang pubis semasa mengandung.
Kalau bahasa orang biasa, sakit ni ialah sakit di bahagian celah kangkang, macam sakit tulang di kiri dan kanan kemaluan atau sakit di bawah punggung. Kalau dilihat pada gambarajah di atas, bagi orang yang bukan berlatar belakang medikal, sakitnya di bahagian pubic bone. Kalau tanya doktor, doktor akan cakap Symphysis Pubis Dysfunction (SPD).
Kak yone terkena juga sakit ni hari tu. Alhamdulillah, sekarang dah hilang.
Bila diberitahu doktor, doktor cakap bagi wanita mengandung, sakit kat bahagian celah kelangkang tu normal. Sebabnya, masa mengandung, badan akan menghasilkan suatu hormon yang diberi nama hormon relaksin yang membantu ligamen-ligamen atau otot di sekitar bahagian pelvik untuk menjadi lembut bagi memudahkan proses bersalin nanti.
Jadi, apabila otot-otot tu menjadi lembut, pergerakan juga akan bertambah dan kemungkinan menyebabkan inflamasi yang seterusnya menyebabkan rasa sakit. Semakin besar kandungan, semakin kuat kesakitan yang dirasai.
Satu lagi, jika wanita yang mengandung tu, selalu banyak mengangkat barang-barang berat, kemungkinan besar juga akan menyebabkan kesakitan pada bahagian tersebut. Kak yone rasa, kes kak yone hari tu, sebab banyak berjalan, kemudian duduk lama. Jadi bila nak bangun tu, terasa sakit.
Apabila dah sakit, nak bertinggung pun sakit. Nak berjalan pun perlahan-lahan je. Kadang duduk pada kerusi yang keras pun akan terasa sakit pada bahagian bawah punggung tu. Bila nak beralih mengiring ke kiri atau kanan semasa tidur pun sakit juga. Tapi anggaplah semua itu adalah normal. Kemungkinan berat baby juga semakin menekan ke bawah. Tu yang semakin sakit.
Apa-apa pun, apabila mengalami sakit SPD ni, doktor akan menasihatkan supaya banyakkan berehat. Selain itu, kurangkan berjalan. Sampai doktor cakap pada kak yone, kalau pergi kerja, tak yah cari makan jauh-jauh. Biar semua berdekatan. Even nak solat pun, carilah tempat yang berdekatan. Alhamdulillah, kat tempat kerja kak yone, semuanya beberapa langkah je 😂
Kan orang cakap, nak senang bersalin, banyakkan berjalan. Tapi bagi yang merasai kesakitan SPD ni, dengarlah cakap doktor. Banyakkan berehat. Kak yone tanya lagi, kalau nak bersenam macam jalan atas treadmill, boleh ke? Doktor kata tak boleh. Sebabnya tu pun melibatkan pergerakan kaki juga kan 😊
Jadi kak yone dengar aje cakap doktor sebabnya bayangkan kalau sakit berterusan sampai nak bersalin, pasti akan lebih sakit bila nak melahirkan bayi yang kita tunggu-tunggu tu. Di samping itu, kak yone konsistenkan pengambilan Ostematrix dan Omega Guard yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee.
Ostematrix ni tablet kalsium, yang selain mengandungi kalsium, ada magnesium yang membantu merelekskan ketegangan otot. Kalau sembelit, elok sangat makan Ostematrix ni tau 😉 InsyaAllah membantu juga mengurangkan kesakitan di bahagian celah kelangkang tersebut.
Omega Guard pula, selain berfungsi untuk perkembangan otak janin di dalam kandungan kerana mengandungi DHA dan EPA, turut membantu mengurangkan masalah inflamasi. Jadi, insyaAllah berkurangan sakit yang dialami.
Semoga sharing ini bermanfaat 😊
Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley