Uri di bawah Semasa Kehamilan

Kali ni... nak citer pulak pasal kehamilan... Alhamdulillah... saya takdelah mengalami simptom morning sickness yang teruk... selama saya hamil... sekali je saya muntah... tu pun sebab saya sakit kepala yang berlarutan sebelum tu... mungkin masuk angin kot... Tapi kali ni, saya diuji dengan uri di bawah untuk kehamilan kali ini.

Bagi kes saya, uri yang berada di bawah ini adalah keseluruhan uri... Saya telah berjumpa dengan doktor-doktor daripada hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Pada pendapat saya, doktor-doktor daripada hospital kerajaan tidak menunjukkan riak bimbang kerana selagi belum sampai minggu ke 28, kes saya hanyalah setakat "low lying placenta". Tapi kalau dah mencecah 28 minggu dan uri masih di bawah, maka kes saya akan diisyitiharkan sebagai "placenta previa".



Bagi doktor-doktor daripada hospital swasta, mereka lebih concern. Melihat kepada kedudukan uri, yang mana keseluruhannya menutup pintu keluar, mereka agak bimbang.... 

Saya juga bimbang... tapi saya berdoa agar Allah permudahkan urusan saya nanti... Kerana.. selagi belum bersalin, uri saya masih berpeluang untuk naik ke tepi untuk memberi laluan kepada kelahiran. Kawan saya pernah memberitahu, kesnya sendiri, memang da decide nak cser... tapi di saat nak melahirkan, tengok2 uri dan naik ke tepi, maka boleh bersalin normal :)

Antara tips untuk ikhtiar menaikkan uri ialah:

- Banyakkan bersujud

- Melakukan senaman untuk menaikkan uri. Senaman ini dilakukan dalam keadaan berbaring di atas katil, kaki dinaikkan ke atas... badan menjadi bentuk L. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan selama beberapa kali. Senaman ini elok dilakukan dua kali sehari, iaitu selepas Subuh dan sebelum Isya.

- Membaca doa untuk menaikkan uri. (saya harap sesiapa yang ada petikan doa boleh kongsikan bersama saya atau bagi link). Ada juga mengatakan ia merupakan petikan ayat daripada Al-Quran... Harap dapat share dengan saya :)

- Memujuk baby membantu menaikkan uri.... heee kita serahkan kepada Allah kerana ketentuanNya adalah yang terbaik.

Siapa-siapa yang mempunyai pandangan dan tips lain, dipersilakan share pada ruang komen.... :)

Nak beli supplemen Shaklee pun boleh hubungi saya di 012-5538628.
Previous
Next Post »
0 Komentar