Anggun Berseri Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Kali ini nak citer pasal keperluan nutrisi semasa hamil. Dengan usia yang tak berapa muda ni.... nampaknya banyak yang kena dititikberatkan semasa kehamilan, terutama pengambilan makanan dan nutrisi.

Masa kehamilan pertama, saya rasa bahagia sangat sebab bantai je makan apa yang saya nak....terutama lepas tamat episod morning sickness. Kali ni, morning sickness takla teruk... jadi makan tu memang tak terkawal. Tu masa 1st trimester.. Sebab makan adalah cara menghilangkan loya... hahaha...

Tapi... di akhir trimester pertama, saya jadi risau sebab berat badan naik mendadak... Bagi yang dalam proses untuk hamil, ketahuilah:

Peningkatan berat badan sebelum 20 minggu (5 bulan) adalah 500g sahaja bagi setiap BULAN. Maknanya bila anda pergi check-up dari bulan pertama ke bulan kedua, peningkatan berat badan adalah hanya 500g. Check-up bulan seterusnya pula hanya sepatutnya naik 500g sahaja lagi....

Kemudian, selepas 20 minggu, berat badan anda hanya patut naik 1kg setiap bulan... Haha... 

Entah kenapa masa kehamilan pertama, saya tak risau langsung dengan berat badan saya.... mungkin peningkatan yang tak teruk macam sekarang...

Bayangkan dalam trimester pertama hari itu, dalam masa seminggu berat saya naik 2 kilo!!!! Doktor pun mengingatkan saya.... Alamak..... sebenarnya, apa yang saya risaukan sangat ialah peningkatan kadar gula dalam darah.... Bahaya!!! Diabetes semasa hamil boleh menyebabkan komplikasi...

Disebabkan kesedaran mula timbul.... saya berusaha juga mengurangkan kuantiti makanan seharian... ikutkan nasihat nurse di klinik kesihatan, nasi hanyalah satu per empat pinggan. selebihnya dua protein dan satu sayur atau buah... Bayangkan jumlah makanan yang harus diambil ibu-ibu mengandung sekalian....

Alhamdulillah... dengan izin Allah.... berat saya turun balik 2.5kg... syukur... Tapi apa yang saya pentingkan di sini ialah, kurangkan karbohidrat (hanya satu per empat pinggan je tau untuk setiap kali makan). Tapi pastikan anda mengambil sumber protein dan sayur-sayuran...

Selain itu, saya memang amalkan supplemen kehamilan Shaklee yang terdiri daripada:

- Vita-Lea (multivitamin yang mengandungi iron dan asid folik)

- B Complex (mengandungi kesemua keluarga vitamin B dan asid folik)

- Sustained Release Vita-C (teknologi sustained release melepaskan 100g vitamin C setiap jam...bertahan selama 5 jam di dalam badan)

- Ostematrix (tablet kalsium)

- ESP (sumber protein dan kalsium)

Alhamdulillah, badan saya serasi dengan semua supplemen ini, tanpa menyebabkan sebarang kesan loya. Bagi sesetengah orang, multivitamin yang dibekalkan kepada ibu mengandung menyebabkan loya... tapi bukan supplemen kehamilan Shaklee tau..

Masa kehamilan pertama dulu, HB saya juga low. Tapi kini, Alhamdulillah.... cantik sangat.. tak perlu top up dengan tablet iron pun... :) Bonus point, kulit saya juga berseri.... jerawat terkawal.. kawan-kawan opis pun nampak saya sihat bertenaga. Alhamdulillah syukur...

Nak rasai apa yang saya rasa atau nak kelihatan anggun dan berseri semasa hamil? Jom, hubungi saya di 012-5538628



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Previous
Next Post »
0 Komentar