Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian :) Hari ni saja nak sembang pasal bab penyusuan.... Kali ni pasal masalah bengkak susu yang dialami oleh hampir kesemua ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Mari kita tengok penyelesaian bagi masalah bengkak susu ni.
Selepas beberapa hari melahirkan bayi, selalunya ibu-ibu pastinya akan menghadapi masalah bengkak susu. Pertama sekali, ini disebabkan oleh lekapan bayi masih belum sempurna sepenuhnya untuk mengeluarkan susu dengan optima. Penyelesaian pantas ialah, jangan biarkan... Memang masa bengkak ni, sakit sangat kan... Jadi ibu-ibu kena pam susu tersebut untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, kerap susukan bayi anda :)
Ada juga ibu-ibu yang telah pam susu tersebut dan susukan bayi.... Tapi payudara masih lagi bengkak dan sakit. Ini mungkin bermakna puting susu tersumbat dan menyukarkan pengeluaran susu. Jadi bersihkan puting susu dengan tuala suam... Tindakan ini membantu membuang kulit-kulit mati yang menyumbatkan lubang susu.
Pada masa yang sama, ambillah tuala yang direndam dalam air suam, dan tuam ke payudara. Urut-urut payudara (ke arah puting) untuk mengurangkan sakit dan membantu melancarkan pengeluaran susu. InsyaAllah sakit dan bengkak susu akan berkurangan.
Bagi sesetengah orang, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Namun ada juga ibu-ibu yang menderita bengkak payudara yang mungkin menyebabkan kes yang lebih serius seperti mastitis dan sebagainya. Maka, boleh juga dicadangkan ibu-ibu untuk mengambil supplemen Lecithin untuk membantu mengurangkan bengkak payudara dan melancarkan pengeluaran susu.
Kebaikan Lecithin:
- Memecahkan lemak-lemak. Apabila lemak-lemak dipecahkan, maka lebih senang untuk dikeluarkan. Dalam kes ini, pengaliran susu akan lebih lancar.
- Apabila pengeluaran susu lancar, maka puting susu juga tidak akan mudah tersumbat.
- Akhirnya, bengkak susu akan berkurangan.
Selain itu, Lecithin juga bagus untuk mengurangkan berat badan. Kan tugasnya memecahkan lemak, maka Lecithin juga membantu memecahkan lemak-lemak dalam badan :)
Nak dapatkan Lecithin dan nak extra tips macam mana nak mengurangkan berat badan dengan Lecithin? Hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar