Cara-Cara Mengurangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Apa azam tahun 2016 anda? Haha.... Setiap orang mesti ada azam yang tersendiri kan... Kali ni, jom kita berkongsi cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin.



Selepas bersalin, memanglah ibu-ibu takkan dapat menjadi ramping sekelip mata. Ada yang mengambil masa sebulan, dua bulan... 6 bulan... setahun dan lebih lagi... Tapi... dengan menjaga pemakanan (bukan mengurangkan makanan tau, especially ibu-ibu yang menyusu) dan senaman yang bersesuaian, InsyaAllah, berat badan akan menurun dan badan akan kembali ramping seperti dulu-dulu :)

Ok..kembali kepada cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin:

1. Menyusukan bayi
Ini adalah cara yang paling senang.... Memang lumrah setiap ibu ingin menyusukan bayi yang dilahirkan. Maka berusahalah untuk menyusukan bayi anda, walaupun perjalanan menyusukan bayi, bukanlah perkara yang mudah. Lengkapkan ilmu berkenaan penyusuan dan dapatkan pertolongan orang-orang yang mahir dalam penyusuan bayi. 

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, ibu-ibu sebenarnya juga membantu proses mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Kalau anak pertama, ibu-ibu tidak akan merasa sangat proses pengecutan rahim tu... Tetapi apabila masuk anak kedua, ibu-ibu mungkin akan terasa sakit yang dipanggil rengat. Rasa macam sengal pinggang atau sesetengah orang cakap macam sakit kontraksi.

Masa tukang urut mengurut saya pada hari ketiga, rahim saya sudah mengecut. Terkejut juga tukang urut tu... saya cakap mungkin sebab penyusuan secara esklusif. Apabila kita menyusukan bayi, badan kita juga akan membakar kalori untuk menghasilkan susu ibu... Maka, susukan bayi anda. InsyaAllah berat badan juga tidak akan meningkat.

2. Pemakaian bengkung semasa berpantang dan sesudah berpantang. 
Waktu berpantang, ada sesetengah ibu tidak dapat memakai bengkung atas banyak faktor... Macam saya, kesibukan menjaga bayi di hospital kerana jaundis, menyebabkan saya mengabaikan pemakaian bengkung... Berbeza dengan anak sulung dulu, bengkung memang dipakai setiap hari. Jadi, untuk mengurangkan perut buncit, disiplinkan diri memakai bengkung setiap hari.

3. Balut perut
Kalau terasa susah memakai bengkung kerana mengganggu pergerakan, maka ibu-ibu boleh mencuba kaedah ini. Gunakan plastik yang digunakan untuk membungkus makanan (yang nipis dan boleh melekat-lekat tu). Gunakan plastik itu untuk melilit bahagian pinggang anda (sebelum melilit dengan plastik itu, anda boleh menggunakan campuran kapur dan jus limau kasturi yang disapu ke perut). 

Kalau pakai krim yang menghilangkan selulit tu pun bolehla... Asalkan plastik tu melekat di perut anda. Balut beberapa layer plastik tersebut di perut anda dan pakai baju dan seluar seperti biasa. Boleh dibuat pada malam hari atau siang selama beberapa jam. Motifnya agar perut berpeluh (macam bersauna) dan InsyaAllah, lama-lama akan mengurangkan inci di pinggang juga :)

4. Senaman
Senaman memang tidak boleh dielakkan. Kalau nak all out, buatlah selepas habis berpantang, luka dah pulih dan badan pun da segar. Sebelum nak fokus kepada senaman tertentu, check dulu sama ada ibu-ibu ada mengalami Diastasis Recti atau tidak. Ini adalah untuk mengoptimakan keberkesanan senaman yang akan dibuat oleh ibu-ibu. 

Apakah Diastasis Recti? 
Diastasis Recti adalah pengasingan otot abdomen yang terjadi disebabkan proses kehamilan. Hampir 2/3 daripada ibu-ibu yang hamil mengalaminya. Dengan keadaan diastasis recti, ibu-ibu harus memperbaiki dulu keadaan ini sebelum meneruskan rutin senaman seperti sit up dan sebagainya yang tidak sesuai bagi kes ini. 


Cara-cara senaman untuk memulihkan masalah Diastasis Recti akan dibincangkan pada entry yang lain,

5. Menjaga Pemakanan
Inilah yang paling penting.... Orang kata...dietla tara mana sekalipun... kalau makan setempayan... tak kurus-kurus juga... heeee... 

Selepas melahirkan anak... adalah sangat penting menjaga pemakanan.... terutama ibu-ibu yang menyusukan bayi... kurangkan mengambil makanan seperti sayur-sayur yang berangin seperti kobis.... kerana takut bayi juga kembung... Makan sikit-sikit tapi kerap... yang penting, pada waktu makan utama, pastikan semua nutrisi seperti karbohidrat, protein, serat adalah seimbang dengan keperluan badan.

Untuk kesihatan dan juga proses mengikis lemak dari perut, anda boleh amalkan epal hijau sebiji setiap pagi selama seminggu. Kemudian pada minggu kedua, amalkan jus lemon suam.... InsyaAllah, ada kesan yang baik untuk kesihatan dan membantu mengurangkan perut buncit :)

Kalau nak cuba pemakanan supplemen yang membantu menurunkan berat badan dengan sihat, boleh amalkan supplemen Shaklee berikut:

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard 
- Herblax

Nak dapatkan supplemen-supplemen di atas? Hubungi saya di 012-5538628. Anda akan diajar cara-cara pengambilan supplemen ini untuk proses mengurangkan berat badan dengan sihat dan InsyaAllah berkesan :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Previous
Next Post »
0 Komentar