Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari yang berkat untuk kita semua. Harap semua pembaca berada dalam keadaan terbaik. Lama betul tak update blog kesayangan ni... Inilah entry pertama bulan Ogos ni :)
Hari ni saya rasa nak share pasal minggu-minggu terakhir sebelum melahirkan bayi. Kebanyakan ibu-ibu semestinya sudah mengetahui, jika kita disahkan mengandung, tarikh jangkaan untuk melahirkan full term adalah 40 minggu. Namun, kebanyakan ibu-ibu akan melahirkan sebelum minggu ke 40.
Mengikut bacaan saya, hanya 5% ibu-ibu akan melahirkan bayinya pada tarikh EDD (expected due date). Ada juga ibu-ibu yang telah melebihi tarikh EDD tapi masih tak bersalin kan... Kalau kes begini, selalunya doktor akan memantau keadaan ibu dan bayi, dan jika masih tiada tanda-tanda untuk bersalin, ibu-ibu mungkin akan kena induce (dimasukkan ubat untuk mencetuskan proses kelahiran). Banyakkan berdoa supaya proses kelahiran terjadi secara normal.
Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin, pastikan anda sentiasa perhatikan 3 tanda-tanda pencetus proses bersalin yang menandakan anda akan bersalin tak lama lagi iaitu:
1. Kehadiran sedikit darah bersama dengan keputihan yang dikeluarkan. Jika keadaan ini terjadi, anda tidaklah akan bersalin pada hari itu, tapi ia menandakan anda akan bersalin dalam sehari dua lagi. Pada masa ini, pantau juga keadaan kontraksi yang anda alami. Macam mana rasa kontraksi ni? Perut mengeras bersama dengan rasa sakit belakang atau sakit-sakit lain di kawasan perut, kaki dan ari-ari.
Setiap orang akan mengalami keadaan yang berbeza-beza.. Sesetengah orang mungkin hanya merasai lenguh-lenguh di kawasan paha dan pinggang. Keadaan ini terjadi dengan kerap. Jika sakit dan keadaan perut mengeras ini tidak menghilang, segeralah ke hospital. Kalau hanya perut sahaja atau anda hanya mengalami sakit belakang sahaja (salah satu) tanpa perut mengeras, cuba pantau dulu keadaan anda. Kemungkinan ia adalah false contraction.
2. Air ketuban pecah. Macam mana rasanya air ketuban pecah? Air akan menderu-deru keluar tanpa tertahan-tahan. Macam paip pecah yang tak boleh dihentikan... Pada masa ini, jangan lengah-lengahkan lagi ke hospital. Sangat penting untuk segera ke hospital untuk mengelakkan jangkitan ke atas bayi dan juga mengelakkan bayi lemas dalam kandungan.
3. Rasa sakit contraction atau terjadinya kontraksi. Anda tidak mengalami sebarang pendarahan atau pun air ketuban pecah. Maka tanda kontraksi ini yang perlu anda pantau. Pada awalnya (seawal seminggu dua) anda mungkin sedang berhadapan dengan kontraksi yang tidak menyakitkan (kadangkala sakit juga). Ia adalah persediaan untuk bayi bergerak menuju ke pangkal rahim. Memang sepanjang kehamilan, anda memang mengalami kontraksi untuk menyediakan diri menghadapi saat-saat kelahiran. Namun di hujung-hujung kehamilan, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap.
Anda boleh download apps contraction bagi pengguna android untuk memantau masa anda mengalami kontraksi. Kontraksi yang harus diberi perhatian ialah setiap 10 minit sekali. Rasa kontraksi ini ialah, perut mengeras bersama dengan rasa sakit-sakit atau lenguh-lenguh di bahagian pinggang dan kaki. Semakin lama, rasa kontraksi ini semakin menyakitkan dan semakin kerap. Maka, inilah masanya untuk anda ke hospital.
Mesti ibu-ibu yang masih belum bersalin berasa tak sabar-sabar kan nak melihat baby :) Saya pun begitu... Semoga kita semua diberi kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi proses bersalin.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar