4 Tips Bertenaga Bekerja Selepas Cuti Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Alhamdulillah bertemu kita kembali... Maaf lama tak update blog... InsyaAllah slowly akan mula konsisten semula :) Memandangkan cuti bersalin atau maternity leave da habis.. Maka kembalilah semula kita ke pejabat. 

Biasalah kan...semasa berpantang, kita banyak berjaga malam bersama baby... situasi ini terikut-ikut sehingga kita kembali berkerja semula. Ada baby yang tidur malam, okla, tak terganggu sangat tidur. Tapi, kalau baby tidur pun, ada ibu-ibu yang bangun tengah malam dalam pukul 3 pagi untuk mengepam susu, ada yang tidur lewat dalam pukul 1 pagi untuk mengemas rumah dan banyak lagi. Jadi keesokannya kemungkinan besar, kalau ibu-ibu tak mengantuk di pagi hari, mungkin menjelang tengahari da mula terasa lemau.... Saya nak share la tips saya sendiri untuk lebih bertenaga selepas cuti bersalin :)



1. Buat jadual dengan suami untuk bergilir-gilir menjaga bayi jika bayi bangun malam. Contohnya dari pukul 12 malam sehingga 3 pagi, giliran ayah menjaga bayi. Dari 3 pagi sehingga pukul 6 pagi, giliran ibu pula.

2. Kalau bayi bangun menyusu susu ibu, maka ibu boleh menyusukan bayi dalam posisi yang berbaring supaya ibu boleh rehat atau tidur sambil menyusukan bayi. Maka tak perlulah ayahnya bangun. Jika bayi minum susu botol atau meragam hendak berdukung, maka ikutlah waktu shift masing-masing. 

3. Untuk memastikan badan bertenaga, supplemen untuk ibu tidak boleh diabaikan. Sungguh ni, bukan kerana saya peniaga Shaklee dan nak promote vitamin saya, tapi ni pengalaman saya sendiri sekarang ni. Memang saya amalkan Set Menyusu Shaklee tapi memang terasa sangat kebaikan mengamalkan set menyusu ini, terutamanya kesan Ostematrix (tablet kalsium) yang diambil 4 biji sebelum tidur yang memberi kesan mudah bangun pagi dan bertenaga semasa di pejabat tanpa rasa mengantuk. (Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, saya rasa lebih bertenaga sepanjang hari).

4. Apabila pulang dari pejabat, memang kadangkala dah rasa flat dah badan ni, terutamanya apabila menguruskan anak-anak tanpa suami... Kalau boleh, curi masa selepas isya', apabila baby dan anak-anak tengah beristirahat, maka tidurlah sebentar supaya jika mengambil shift 12-3, badan lebih bertenaga dan kurang mengantuk :)

Setiap orang ada cara yang berbeza.. hanya sharing ikhlas dari saya :)

Nak beli vitamin secara online dan terus ke rumah anda? Klik pautan di bawah :) Nak dapatkan konsultasi dan pembelian COD atau pengeposan daripada saya, call saya di 012-5538628.



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar