Jom detox kembali lagi!

Apa khabar pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian 😊 Hari ni ramai dah mula kembali ke alam nyata. Begitu jugaklah kak yone. Plus kak yone ingatkan kembali yang makan raya ni biar berpada-pada. Kang menyesal tengok badan 😂 So, jom detox kembali lagi dalam hidup kak yone. Hahahaha.

Nak detox ni, perlukan persediaan mental sebab kalau ikutkan menu 3 hari pertama, asyik makan sayur dan buah je. NO OTHER! Tak dapat nak makan nasi, ayam, ikan semua. Kalau tak kuat semangat, jenuh!

Tapi mengenangkan nafsu makan yang sangat tak terkawal semasa berkunjung ke rumah orang dan sanak saudara, kak yone betul-betul kena kembali ke alam nyata. Fuhhh.

So pagi tadi, bangun, kak yone sediakan sarapan sayur yang pertama. Biar bersemangat nak pergi kerja 😀

Sarapan Detox day 1

Untuk sesi kali ni, kak yone sediakan biar sedap sikit. Kak yone campur salad dan epal hijau. Sama kaler gitewww 😊 Yang program detox pertama yang kak yone buat dulu, rasa sangat-sangat tak berselera makan salad semata. Bila ada buah, baru rasa masam manis dan rangup.

Makan tengahari pun kak yone makan salad buah yang sama. Dalam program detox ni, nak makan snek pun boleh. Tapi bahan-bahannya sama juga 😂. Tujuan makan sayur-sayur dan buah-buahan ni untuk kita cuci badan daripada sisa-sisa makanan serta toksin yang lama termendap di dalam badan.

Cuma untuk dinner, kak yone kena sediakan sayur berdaun yang distim. Cuma nak dijadikan cerita, kak yone mula sakit kepala pada waktu petang tu. Keadaan ini memang akan dialami oleh sesetengah orang. Tu penting untuk makan Peppermint-Ginger Plus untuk membantu membuang angin dan melegakan perut. 

So pada malamnya, sepatutnya kak yone makan sayur-sayur stim aja. Tapi disebabkan keadaan kak yone, kak yone tukar menu kepada sup sayur dengan bihun. Kali ni kak yone tak nak paksa diri sebab kalau detox parasit, masih boleh makan nasi dan bahan-bahan ini semua 😊

Alhamdulillah, for Detox Day 1, walaupun ada cheat, badan rasa ringan sikit. Takdelah rasa macam stress 'aku makan banyak'. Kita cuba imbangkan balik apa yang telah dilantak sesuka hati semasa raya dengan detox program ni.

Siapa nak join kak yone berdetox? Jom hubungi kak yone di 012-5538628.


Pengedar Shaklee Shah Alam, Klang, PJ area VSQ Tower, SS14, Amcorp Mall, Jaya 33, Mid Valley day seluruh Malaysia.


Previous
Next Post »
0 Komentar