Alhamdulillah syukur. Sabtu, 5 May 2018, selamat dah kak yone melahirkan puteri sulung kami, merangkap kelahiran anak ketiga kami.
Sementara ingat lagi kenangan melahirkan bayi ni, kak yone coretkan di sini. Sebenarnya Jumaat petang tu kak yone dah rasa semacam. Maklumlah dah semakin dekat due date, kak yone rajin buat squat dan senaman cobbler untuk bantu percepatkan kelahiran. Tapi Jumaat tu rasa tak berdaya sikit.
So sampai rumah petang tu, kak yone rasa macam lemah je. Penat, emosi macam tak stabil. Rasa contractions 'main-main'. Sebab kejap ada kejap hilang. Tak konsisten. Pada masa yang sama, kak yone macam sembelit. Dah dari hari sebelumnya lagi. Nak membuang, memang kena teran sikit 😭
Kak yone pun heran jugak sebab kalau nak bersalin, dari pembacaan kak yone, selalunya ibu akan mudah membuang. Bukannya sembelit. So kak yone tak pikir sangat pasal nak bersalin. Contractions yang kak yone rasa dianggap sebagai Braxton Hicks je.
Sampai ke malam, mood kak yone macam tak best je. Rasa contractions tu ada. Tapi tak konsisten. Cuma yang tak best, nak membuang air besar tapi macam malas sebab sembelit. Semua orang malam tu pulak tidur awal. Kak yone masih duk depan tv.
Sebelum masuk tidur, kak yone makan Ostematrix 4 biji dulu. Dengan harapan esok pagi senang sikit nak membuang dan tak sembelit dah. Malam tu, tidur memang asyik terjaga. Almost setiap jam kot kak yone bangun. Ada terduduk kat katil, ada gi tandas. Sebab rasa macam sakit pinggang. Cumanya kak yone tak kira pun kekonsistenan contractions tu. Lagipun tak sakit sangat. Jadi kak yone pandang remeh je.
Bangun subuh, kak yone cuba membuang sekali. Memang kena teran juga 😭 Masa tu kak yone dapat rasa kat bahagian bawah tu, membulat je 😰 Risau pulak. Jadi lepas settle, kak yone beritahu En. Asben yang kak yone nak jumpa gynea kak yone hari ni. Klinik buka pukul 9.30 pagi. Kak yone taknak gi ke bahagian kecemasan sebab tak confident nak bersalin hari ni ke.
Lepas solat subuh semua, kak yone releks je depan tv. Minum ESP dan makan pisang sebab nak membantu mudahkan buang air besar lagi dan juga alas perut di waktu pagi sebelum bersarapan lepas jumpa doktor nanti. Sambil tu kak yone cuba time kan waktu contractions melalui apps yang kak yone download kat fon.
Hmmmmm nampaknya contractions agak konsisten. 6-7 minit sekali. Ada masanya macam kuat juga. Pagi tu pulak, anak-anak semua da bangun and siap mandi dah. So cepatlah boleh keluar rumah. Sempat lagi kak yone membuang second round. Kali ni mudah sikit. Then kak yone cakap taknak gi klinik gynea tapi nak gi kecemasan terus sebab rasa contractions ni dah semacam.
Dalam pukul 9 lebih kot, sampai kecemasan. Tapi takde orang melainkan kat kaunter registration, ada sorang tengah bercakap ngan staff registration. Then staff tu tanya kak yone, da masa ke puan? Kak yone kata ye kot. Dia minta buku checkup dan terus minta kak yone masuk dalam.
Kat dalam, nurse amik BP and panggil MO untuk tengokkan kak yone. Tanya contractions punya gap, bila edd, pergerakan baby ok tak dan sebagainya. Masa tu kak yone cakap tak pastilah nak bersalin lagi, takut false contractions je. Pergerakan baby pun tak rasa sangat sebab sakit. Pas amik BP, diorang sorong kak yone naik tingkat dua ke labour room.
Kat labour room, CTG dibuat. Releks la kak yone sebab CTG memang makan masa. Dalam 15 minit, nurse cakap baby tidur sebab takde pergerakan sangat. Disuruhnya kak yone mengiring sikit baru nampak movements baby dalam graf. Contractions pun ada. Tapi tak konsisten sangat.
Tunggu punya tunggu, doktor pun datang and buat VE. Macam dalam kul 10 gitu kot. Lepas buat VE, nampak doktor minta nurse bagi batang plastik panjang kat doktor. Then doktor guna untuk jolok ke dalam. Panik juga kak yone. Mujur ada nurse disebelah suruh kak yone tarik nafas and hembus perlahan-lahan.
Kak yone tanya doktor ada bukaan ke? Kata doktor dah 4.5cm-5cm 😬 What!!!! Memang kak yone tak sangka!!!! Ingatkan false contractions. Takde sign lain melainkan contractions. Lepas doktor check semua, kak yone diminta tukar baju. Drip iv dah dipasang. Ingatkan antibiotik untuk GBS dah dimasukkan sebab dah disambung ngan botol air. So kak yone minta nak gi membuang lagi di toilet.
Kak yone tak teran just buang je. Perut rasa tak best nak duduk berbaring. Lama juga di toilet sampai nurse tegur jangan teran takut terberanak. Kak yone cakap tak. Tapi bagi kak yone masa. Nurse cakap, apa-apa, buang kat katil je 😓 Hahaha memang taknaklah.
Sebelum tu sempat wasap En. Asben cakap bukaan dah 4.5cm-5cm. En. Asben tak dapat masuk sebab anak-anak ada ngan dia dan budak-budak tak boleh masuk labour room. Adoi terpikir juga, aku beranak sorang-sorang ke kali ni 😔 Takde siapa dapat tengokkan budak-budak. Tapi kak yone dah minta En. Asben check dengan abang dia in case boleh datang.
Anak-anak makan dulu sementara menunggu.
Lepas keluar toilet, kak yone duduk di pinggir katil. Nak tenangkan diri. Tapi nurse suruh baring sebab nak pasang CTG. Nak taknak, kak yone ikut je la. Kak yone tanya antibiotik da masuk ke? Belum lagi 😓 Adoi. Panikla kak yone sebab doktor cakap 2 jam sebelum kelahiran. So cepat-cepat lah kak yone minta nurse masukkan. Dalam 11.09 pagi, antibiotik dimasukkan.
Lepas dah masuk, pitosin pun dimasukkan juga. Pitosin ni inducer juga. Sama macam masa kak yone nak bersalin anak sulung dulu. So masa berbaring, kak yone buka youtube selawat Nabi Yunus. Sambil tu layan contractions yang ok-ok la. Boleh lagi 😂
Then nurse suruh kak yone beritahu En. Asben daftarkan kak yone and dapatkan wad. Mujur kakak ipar kak yone leh datang tengokkan budak-budak.
Tak lama, kak ipar dah sampai. Cumanya anak kedua kak yone ni attach sikit ngan ayahnya. Maka menangis-nangislah bila nak kena tinggal. Puas pujuk tapi nangis juga. Jadi bila En. Asben datang, dia macam tak seronok. Plannya dalam kul 1.30 petang nak hantar budak-budak ke rumah Babysitter. Hahaha masa tu kak yone cakap yang kak yone nak bersalin dah. Boleh pulak dia cakap kejap je nak gi hantar 😂
Contractions dah makin kuat. Nurse tanya nak gas tak? Awal-awal tu tolak dulu. Tapi bila dah semakin menjadi-jadi, kak yone pun request la gas etonoks tu. Mak aiiii dalam pengalaman kak yone ngan gas ni, kali ni punya penangan memang high jadinya. Lalok habis!!!
Lepas dua tiga kali sedut etonoks, nurse tanya ada rasa nak teran? Kak yone kata ada. So VE dibuat. Katanya dah 8cm-9cm dah. Masa tu memang sakit sangat. Keras-keras badan kak yone tahan sakit. Doktor pun dipanggil. Memang kalutlah doktor datang, sarung baju plastik semua. Tempat penahan kaki pun dipasang dan tilam bawah tu dibuka.
Kak yone dah boleh teran. First contractions, kak yone tahan. Doktor cakap jangan tahan, teran je. So next contractions, kak yone teran. Disebabkan masih lagi rasa nak buang air besar, makanya najis keluar dulu. Lepas dibersihkan, baru kak yone usaha teran untuk baby pulak.
Kali ni drama meneran, kak yone tak tutup mulut. Doktor suruh tutup mulut macam orang geram tu. Ok, kak yone cuba. Masih tak tutup mulut 😂 Doktor, nurse and En. Asben ingatkan lagi. So kak yone fokus and teran. Kali ni memang rasa nak push.
Nurse memang support habis. Kak yone pandang doktor and dengar katanya. Doktor cakap jangan teran laju sangat takut terkoyak. Teringat tulisan Prof. Imelda dalam FB, suruh hembus nafas je. So kak yone cuba teran yang terkawal. Tak kuat dan tak lemah sangat.
Alhamdulillah pukul 12.55 tengahari baby pun keluar. Ya Allah. Mudahnya rasa kali ni 😅 Tak boleh lupa di saat baby diletakkan di atas dada kak yone. Saat yang kalau boleh dihentikan. Seronok sangat rasanya. Kalau boleh, nak ulang perasaan tu berkali-kali. Ya Allah, baby yang ditunggu-tunggu 9 bulan sekarang dah berada di atas dada. Subhanallah nikmat sangat rasanya. Baby pun selesa je. Senyap dan tenang 😍
Kak yone tanya doktor, kena episiotomy ke. Doktor cakap ye, potong sikit. Tapi kali ni bebas daripada vakum. Yeayyyy! So sementara nak jahit, doktor suruh hidu gas untuk kurangkan rasa sakit. Disebabkan lalok jadinya, maka baby diambil dulu untuk diukur apa-apa yang patut. Alhamdulillah berat Baby sama macam abang keduanya, 3.25kg.
Lepas dah dijahit, baby diletakkan di sisi untuk disusukan. Lama juga nurse tinggalkan kami bertiga dalam labour room untuk kak yone spend masa susukan baby.
Dalam dekat kul 2 petang, baru kak yone dihantar ke wad. Alhamdulillah anak-anak tunggu di situ bersama kakak ipar. Takyah hantar ke Babysitter.
Syukur sangat dengan pengalaman bersalin baby ketiga ni. Apa-apa pun, masa mengandung, banyakkan berdoa secara spesifik agar dipermudahkan proses bersalin. Alhamdulillah doa kak yone agar tak kena induce dimakbulkan walaupun kena juga pitosin. Tapi okla sebab kak yone taknak kena induce yg masuk tablet tu. Pitosin tu pun half way dah. Syukur alhamdulillah. Suatu pengalaman yang sangat lain daripada abang-abangnya.
Kak yone doakan, ibu-ibu di luar sana yang sedang menantikan kelahiran, agar dipermudahkan segala-galanya 😘😘😘
Haaa set berpantang pilihan kak yone semestinya Set Postnatal Shaklee. Selamat tak perlu risau kalau baby kuning pun, boleh terus makan sebab kita perlukan tenaga semasa berpantang.
Walaupun sedang berpantang, nak order mana-mana vitamin Shaklee, boleh je whatsapp kak yone di 012-5538628 😍