Kisah mak-mak: Muntah-muntah ni boleh jangkit ke?

Minggu lepas, anak kak Nur yang kedua tu, mula muntah-muntah. Mula-mula tu kak Nur ingat muntah biasa sebab yang kedua ni memang agak kerap la jugak muntah-muntah bila dia tak sihat. 

Lepas sampai rumah, anak kedua kak Nur, Yat ni sambung muntah lagi di rumah. Memang lesu dan tak sihat sangat nampaknya. Cirit-birit pun ada juga. Balik tu memang kak Nur kelam kabut. Yat muntah atas lantai. Alhamdulillah suami kak Nur pun sampai rumah on-time masa Yat lepas muntah. So dia tolong settlekan anak bujang tu. 


Kebetulan malam tu suami kak Nur ada hal di luar, jadi Yat ni, dalam tak sedap perut, dia ikut sekali. Tingallah yang sulung dan yang baby dengan kak Nur. Selalunya yang baby ni akan tidur lepas Maghrib atau Isyak. Tapi malam tu tidur sekejap, bangun balik. Merengek-rengek je. Nak kata lapar, dah minum susu. Kak Nur dukung dia, tiba-tiba terbatuk dan terkeluarlah isi perut susu yang diminumnya.

Ahhhh sudah! Teringat balik Kak Nur kisah tiga tahun lepas masa Yat seusia lebih kurang baby kak Nur sekarang. Muntah susu sebab berjangkit muntah-muntah daripada sepupu-sepupunya yang datang rumah. Masa tu penutup kepada jangkitan muntah-muntah tu adalah Kak Nur sendiri terkena. Memang mega muntah masa tu sampai Kak Nur merelakan diri ditahan di wad sebab dah tak tahan sangat.

Harapnya kali ni, kak Nur cukup kuat dan takkan terkena jangkitan muntah-muntah daripada anak-anak kak Nur. Harapnya 😗

Alhamdulillah, lewat malam tu, Yat walaupun muntah juga masa keluar dengan suami kak Nur, tapi dia dah semakin ok. Dah mula request susu. Tapi pesannya nak sikit je. Taknak banyak-banyak. Lepas-lepas tu, memang dah tak muntah. Si baby tu, ada juga muntah-muntah lepas kali pertama tu. Kesian dia, sebab dia baby. Cuma baby ni, dia tak faham. Jadi bila nak muntah, dia muntah je terus. Cuma lepas tu susu memang dia kurang minum. Yang terbaik masa ni, bagi je susu badan.

Habis episod anak-anak muntah. Maka bermulalah episod mak budak pulak muntah-muntah 😨 Hahaha kak Nur terkena lagi. Episod anak-anak bermula daripada Rabu malam sampai ke Jumaat. Episod Kak Nur bermula Jumaat malam nak ke Sabtu. Masa nak tidur tu, dah terasa angin-angin perut ni. Sendawa bukan main kuat. Masa nak tidur tu ok lagi.

4.30 pagi, hari Sabtu, kak Nur rasa, sedikit je pergerakan pun akan terus menyebabkan Kak Nur muntah. Jadi disebabkan taknak mengotorkan lantai bilik, sebelum terjadi apa-apa, kak Nur terus ke bilik air. Kali ni, kak Nur dah bersedia. Kalau nak muntah, muntah je jangan tahan-tahan lagi macam dulu-dulu. Kalau tahan, nanti badan jadi lebih tak sihat dan merana. Kat toilet, muntahlah kali pertama. Tapi macam tak keluar habis. 

Lepas tu, Kak Nur ingat nak buat teh suam. Tapi malas nak tapis-tapis. Maka kak Nur buat lemon madu suam. Google-google, sedikit sebanyak bagus minum lemon untuk mengurangkan rasa loya. Lepas minum, tak lama, kak Nur muntah semuntahnya lagi, erkkk maaf ye pembaca sekalian. Lepas tu, kak Nur berehat. Perut rasa terik sebab rasa tertarik masa muntah. Upper body terasa sejuk sampai berselimut kak Nur.

Dalam rasa tak sihat tu, terasa nak membuang pulak. Terjadi beberapa sesi ke tandas for no. 2. Cirit-birit. Tapi bagi kak Nur, lebih baik cirit-birit daripada muntah. Lepas dah lega, badan mula sakit-sakit. Sejuk bukan main lagi. Kak Nur rehat dan susukan juga si baby. Biarkan dia tidur sambil kak Nur berehat. Alhamdulillah. Anak-anak semua terkawal. 


The next day, lepas dah tertidur, rasa loya dah hilang. Yang tinggal rasa sakit-sakit badan, Mat salleh cakap body aching. So ke klinik lah juga. Sampai klinik, masa jumpa doktor kak Nur tanya, ada tak injection yang boleh hilangkan sakit-sakit badan ni. Sebab pinggang and bahagian atas lutut rasa sakit. Baring salah, duduk salah, semuanya serba sakit. Doktor cakap ada, tapi takleh menyusukan baby at least dalam 6-8 jam. Adoiii. Takpelah rela kak Nur makan panadol je.

Alhamdulillah, makan ubat tahan muntah. Makan bubur semua. Tidur dan rehat secukupnya, hari Ahad kak Nur dah ok. Boleh makan dengan sederhana dan buat kerja-kerja harian seperti biasa. Syukur Alhamdulillah. Takdelah kak Nur nak mendaftarkan diri di hospital macam tiga tahun lepas. 

Kesimpulan kisah panjang kat atas ni, kak Nur nak cakap, muntah-muntah ni boleh berjangkit juga. Ramai yang tanya kak Nur, boleh berjangkit ke? Memang boleh walaupun sebelum ni kak Nur pun skeptikal juga. Mungkin ada doktor yang boleh terangkan dari segi perubatan. Yang kak Nur tahu, ia tetap viral. 

Satu lagi, bagi orang macam kak Nur yang tak suka muntah, dalam hal ini, untuk mengurangkan seksa, muntahlah daripada menahan diri. Sebab bila menahan diri, lagi terseksa. Apabila dah muntah, sedikit sebanyak badan akan rasa lega. Kali ni, kak Nur memang redha dengan ujian sakit ni. Alhamdulillah tak macam dulu yang terasa sangat seksa. Sakit tu kan kifarah dosa-dosa kita 😊

Okla, sekian celoteh kak Nur. Semoga kita bertemu lagi 😘😘😘

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Hipokalsemia penyakit akibat kekurangan kalsium

Hipokalsemia atau dalam bahasa Inggeris, Hypocalcemia suatu penyakit yang baru kak Nur tahu. Penyakit ni sebenarnya terjadi disebabkan oleh kekurangan magnesium atau vitamin D di dalam badan. Akibatnya badan kekurangan kalsium.

Gambar ihsan Google

Korang tahu tak, bila badan kita kekurangan Magnesium atau vitamin D, itu bermakna, kita akan mempunyai risiko untuk tidak menyerap sumber kalsium dengan baik. Kesannya, kita akan kekurangan kalsium! Sebab tu, jangan terkejut bila rasa diri dah minum susu dengan banyak tapi tiba-tiba dikatakan kalsium dalam badan tak cukup 🙉 Kemungkinan susu tu takde Vitamin D yang cukup.

Jadilah pengguna yang bijak. Apabila nak mendapatkan diet yang mencukupkan keperluan kalsium, pastikan juga ada nutrisi Magnesium dan Vitamin D untuk menyokong penyerapan kalsium yang diperlukan oleh badan 😊

Berbalik kepada penyakit hipokalsemia ni, tanda-tanda atau simptom mengidapi hipokalsemia ialah:

💙 Otot terasa tegang atau mengalami kekejangan

💙 Terasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum di bahagian kaki.

💙 Mengalami perubahan mood yang ekstrim, kemurungan, keresahan dan rasa yang tak seronok.

💙 Mengalami masalah ingatan

💙 Mengalami kesukaran dalam pertuturan dan juga masalah menelan.

💙 Keletihan atau badan menggigil-gigil

Hipokalsemia yang lebih kritikal akan menyebabkan:

💙 Sawan

💙 Kegagalan jantung

💙 Mengalami masalah di bahagian tekak dan gangguan kotak suara

Apa pun, jika tidak pasti dengan sebarang simptom yang dihadapi, sentiasalah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar perubatan yang bertauliah ya. Jangan main gugel-gugel je 😉

Tapi bagi yang tercari-cari sumber kalsium yang baik dan bukan daripada sumber susu, boleh dapatkan Ostematrix daripada Kak Nur. 


Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak kalsium yang kita perlukan setiap hari mengikut usia.



Ostematrix ini merupakan tablet kalsium yang membantu topup sumber kalsium harian kita. Kadangkala kita mungkin tak dapat keperluan kalsium harian yang diperlukan. Jadi eloklah amalkan Ostematrix setiap hari. Kanak-kanak pun harus tau mendapat kalsium yang mencukupi. Meh baca SINI.

Nak membeli Ostematrix, boleh dapatkan daripada Kak Nur dengan whatsapp 012-5538628 atau klik je http://www.wasap.my/+60125538628

Yang best lagi, sekarang ni, di bulan September ni, tengah ada promosi Ostematrix tau. So cepat-cepat grab dengan menghubungi Kak Nur 😉


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley