Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πLama sungguh kak yone tak bersiaran. Hari ni tiba-tiba kak yone nak kongsi kisah pasal keperluan kalsium untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Kak yone terpikir nak share pasal keperluan kalsium ni sebab tengokkan anak kak yone sendiri yang semakin meningkat umur. Nak kata dewasa, idaklah lagi. Baru nak masuk 8 tahun.
Kisahnya begini, anak kak yone yang sulung ni, berhenti minum susu, tepat-tepat umurnya 2 tahun. Dia memang taknak minum apa-apa yang berkaitan susu pun. Masa tu, kak yone punyalah risau sebab kak yone sedar kepentingan kalsium. Sebab budak-budak memang sangat memerlukan kalsium untuk membesar dan juga untuk tulang yang sihat dan kuat.
Macam-macam jugak cara kak yone berikhtiar. Dari tukar jenama susu hinggalah ke membeli Yakult sebagai pengganti susu. Haaa bayangkan, berapa banyak Yakult kak yone beli dulu sebab nak ganti keperluan kalsium.
Anak kak yone pula jenis picky eater. Adoiiiii memilih makan sungguh! Jadi susah juga nak pastikan dia mendapat nutrisi-nutrisi penting. Masa tu, kak yone berikhtiar dengan Mealshakes Shaklee.
Alhamdulillah. Memang nampak selera dia makin bertambah-tambah. Yang best lagi, Mealshakes sendiri ada 24 jenis vitamin dan mineral yang memang bagus sangat untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Dalam Mealshakes, kalsium memang ada. Fuhhhh lega.
Gambar beberapa tahun lepas masa kak yone kenalkan Mealshakes kepada anak kak yone.
Tapi memang sungguh mencabar nak suruh anak kak yone ni minum Mealshakes sebab dia memang tak gemar susu π Tu yang kak yone bagi juga Mealshakes ni, dalam keadaan kuantiti yang sikit-sikit. Asalkan minum.
Semasa ambil Mealshakes ni, memang nampak perubahan pada anak kak yone. Yang jelas sekali, selera makannya lebih baik berbanding masa tak amik Mealshakes dulu. Alhamdulillah.
Semakin anak kak yone membesar, kak yone tengok giginya halus-halus. Haha tu pun kak yone risau. Sebab giginya pendek dan halus. Macam pelik. Kak yone fikir, adakah sebab tak cukup kalsium? π
Jadi sekarang ni, bekalan supplemen yang kak yone berikan ialah Vitalea For Children. Yes, multivitamin Shaklee untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.
Kandungan Vitalea For Children yang terkini (rujuk new formulation)
Tapi kan, supplemen, namanya tetap supplemen yang bermaksud makanan tambahan. Ikutkan tak cukup juga keperluan kalsium dalam multivitamin Vitalea for Children tu. Nak pastikan anak-anak mendapat keperluan kalsium yang cukup, makanan yang kita sediakan juga harus mengandungi nutrisi-nutrisi yang diperlukan badan.
Jadi, disebabkan anak kak yone ni tak suka minum susu (sekarang ni okla, dia dah mula minum bila ada mood). Tapi still tak cukup lagi. Sebab bagi umur dia, 7 tahun tahu ke korang berapa keperluan kalsium bagi umur 7 tahun? Haaaa. Kak yone pun terkejut juga. Bukan setakat 200-500mg tapi untuk umur 4-8 tahun, memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Haaa, tengoklah table di bawah yang menunjukkan keperluan kalsium mengikut umur.
At ages | Children and teens should consume this much calcium every day: |
---|---|
Younger than 6 months | 200 mg/day |
6 ot 12 months | 260 mg/day |
1 to 3 years | 700 mg/day |
4 to 8 years | 1,000 mg/day |
9 to 13 years | 1,300 mg/day |
14 to 18 years | 1,300 mg/day |
Dirujuk daripada website NICHD
Itula yang kak yone cuba sampaikan. Kesian juga pada anak-anak yang tak mendapat nutrisi yang mencukupi, especially nutrisi kalsium. Kalau dapat kalsium SAHAJA pun belum mencukupi sebab untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang, kita sangat-sangat memerlukan Vitamin D. Jadi, ibu-ibu kena pandai main dengan menu pemakanan anak-anak seharian.
Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah:
π Ikan bilis
π Sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, kangkung atau sayur-sayuran yang berdaun
π Buah-buahan seperti prun, oren
π Kacang kekacang seperti almond
π Tofu atau kacang soya
Lastly jika kak yone rasa menu yang disediakan masih lagi tak mencukupkan keperluan kalsium anak kak yone, kak yone akan bagi tablet kalsium Ostematrix yang memang kandungan nutrisi dan mineralnya sangat-sangat penting untuk keperluan tulang dan gigi kita.
Haaa satu tablet Ostematrix mengandung 250mg kalsium. Kak yone akan pastikan anak kak yone sekurang-kurangnya makan 2 biji tablet ini untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi kalsiumnya.
Kalsium ni sangat-sangat penting untuk kesihatan tulang anak-anak. Pada saat mereka sedang membesar inilah kita sebagai ibu bapa harus cakna dengan keperluan nutrisi mereka. Nak anak-anak membesar dan tinggi apabila mereka dewasa nanti, pastikan kalsium mereka mencukupi.
Kak yone sendiri mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee. Jangan risau dan ragu-ragu takut ada kesan ke atas buah pinggang ke apa, sebab vitamin-vitamin Shaklee semuanya berasaskan bahan-bahan semulajadi.
Berminat nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk anak-anak ataupun diri sendiri? Meh whatsapp je kak yone di 012-5538628.
Yang baik-baik kita amalkan dan kita kongsi π
Berminat nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk anak-anak ataupun diri sendiri? Meh whatsapp je kak yone di 012-5538628.
Yang baik-baik kita amalkan dan kita kongsi π
Hubungi saya pengedar
Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping
Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat
lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID
Shaklee: 1112978
Call/
SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook
Page: Hearty . Love . Healthy
COD:
Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ,
Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
0 Komentar