Diary Detox Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mulai hari ini, saya akan share pengalaman saya detox seluruh badan dengan Set Detox Shaklee. Semalam merupakan hari pertama saya memulakan program detox seluruh badan ini.... 

Sebelum saya cerita lebih lagi, saya nak share lah sebab saya memilih untuk detox. 

1. Walaupun saya seorang yang boleh kata tegar juga dalam mengamalkan vitamin setiap hari, namun saya masih lagi rasa letih dan lesu setelah pulang ke rumah selepas seharian bekerja.

2. Saya rasa mengantuk di tengahari.

3. Emosi yang kadang-kadangkala sukar dikawal.

4. Sukar bangun pagi.

5. Sukar melelapkan mata pada malam hari.

6. Body age 13 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Parah!!!

7. Berat badan yang sukar turun selepas melahirkan anak.

Jadi, saya nakkan perubahan... Rugi rasanya mengamalkan segala vitamin tapi kurang atau lambat berkesan ke atas tubuh badan sendiri kan.. So, semalam merupakan hari pertama saya memulakan Detox seluruh badan.

Vitamin yang diperlukan untuk detox seluruh badan ialah:


1. Vivix (botol merah di belakang sekali)
2. Alfalfa Complex
3. DTX Complex
4. Herb-Lax
5. Peppermint Ginger Plus

Psss: Kalau anda beli vitamin Set Detox ni, anda akan dapat beg kertas hijau seperti di atas :)

Ada lagi beberapa vitamin yang saya ambil untuk meng'umph' kan lagi program detox saya ini, iaitu vitamin-vitamin yang diperlukan untuk detox parasit juga (saya gabungkan detox seluruh badan dan detox parasit).

Vitamin-vitaminnya ialah:

6. Nutriferon
7. Garlic Complex

Fuuuhhhh bukan main banyaknya... Pada masa yang sama, saya teruskan juga vitamin-vitamin rutin saya, iaitu Vitamin C, Omega Guard, Vitalea dan B Complex... Heeee... Wowww.. Jangan risau... Alhamdulillah, saya dah rasa dah kebaikan vitamin-vitamin Shaklee ni.. jadi saya sangat yakin akan kebaikan dan keberkesanannya.

Untuk memulakan program detox parasit, kita disarankan untuk memulakan program ini pada waktu full moon di antara tarikh 9 - 22 kalendar Islam... Sebabnya, pada masa ini, parasit-parasit dalam badan sedang bersuka ria dan sangat aktif. Inilah masanya kita nak hapus dan buangkan parasit-parasit ini, bersama telur-telurnya keluar daripada badan kita.
Kalau nak buat detox seluruh badan, tak kisah boleh mula pada bila-bila masa sekalipun. 

Jadi, semalam 18 April 2016, saya pun memulakan program detox saya. Untuk melaksanakan program ini, kita bukan sahaja dikehendaki memakan vitamin-vitamin yang disenaraikan di atas, malah menu harian kita juga berubah. Shaklee telah mengeluarkan menu yang dicadangkan untuk hari pertama, iaitu sayur-sayuran hijau berdaun dan dimakan 'raw'. Maknanya, makan saladlah kita pada hari pertama. Dressingnya hanya satu sudu aje tau.. Tak boleh taram sepeket :)

Saya ni jenis orang yang makan nasi... Setiap hari, memang nasi je saya makan walaupun banyak pilihan lain... Haha tak tahu nape... macam kena makan nasi juga.. Jadi apabila dah masuk program detox ni, saya pergilah beli salad yang kat pasaraya yang boleh makan terus.. Berangin-angin juga perut... Saya tahankan juga.. heee muntah-muntah ni lemah sikit... Saya makan yogurt original dengan almond... Ok sikit rasa :)

Balik rumah, makan malam pun salad juga... Boleh ambil buah saiz sederhana sebiji. Alhamdulillah.. Untuk hari pertama, tak rasa lemau langsung pas balik keje... Selalu rasa macam tak larat dah nak buat apa-apa... Tapi saya siap masak dinner untuk anak saya. Sampai ke malam, siap basuh-basuh barang-barang yang nak ready untuk hari ni... Alhamdulillah.. Syukur... memang bagus sekali-sekala, kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan aje untuk bersihkan dalaman kita...

Cara nak makan vitamin-vitamin detox tu, hubungi saya di 012-5538628 jika berminat ya.. Nanti saya guide cara-cara nak detoxkan badan :)

Ok.... tengok cane pula keadaan hari kedua... :)

Nak beli vitamin-vitamin lain, macam Omega Guard, vitamin C dan Vivix yang tengah ada promo sekarang, boleh juga hubungi saya... Jangan malu-malu...

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Jom DETOX untuk kesihatan yang lebih baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni nak citer pasal DETOX pula... Untuk pengetahuan semua, bulan ni Shaklee melancarkan program detox... yang akan berlarutan sehinggalah 3 bulan. Oleh itu, apabila tibanya Syawal, maka siapa-siapa yang sedang menjalani program detox, insyaAllah akan kelihatan lebih sihat, slim dan cantik berseri :)

Detox ni sebenarnya ada beberapa jenis. Antaranya ialah:
  • Detox parasit
  • Detox logam-logam berat daripada badan kita
  • Detox hati
  • Detox usus
  • Detox seluruh badan
Apakah kebaikan detox ni?

1. Untuk meningkatkan tenaga
2. Untuk kecantikan kulit
3. Untuk badan yang lebih fit dan cergas (mudah bangun pagi, kurang rasa mengantuk di siang hari, tak mudah penat)
4. Membantu dalam penghadaman
5. Melegakan angin dan kembung perut (kesihatan perut)

Dalam group kami, ramai yang memilih untuk buat program detox parasit.... Apakah detox parasit ni? Cuba anda bayangkan segala cacing-cacing yang berada dalam perut anda serta di sekitar tubuh badan anda... Itulah parasit yang kita nak buang... 


Jangan ingat budak-budak aje kena makan ubat cacing.. Kita yang dah besar ni pun kena buang cacing juga.. Bayangkan betapa banyaknya cacing dalam badan kita sebab dah lama tak makan ubat cacing kan? Haaa bila kita buat detox parasit ni... bukan aje cacing keluar, telur-telur dia sekali keluar :)

Apa gangguan yang dibuat oleh parasit-parasit ini? Apabila badan kita ada terlalu banyak parasit, maka kita akan mudah berasa:
  • Letih dan lesu
  • Moody - cepat marah tak tentu pasal
  • Teringin nak makan makanan yang manis
  • Blur
Selain itu, apabila badan terlalu banyak parasit, kita juga mungkin akan mengalami kesukaran untuk:
  • Mengurangkan berat badan
  • Menambah berat badan
  • Menyerap nutrisi dengan efektif

Oleh itu, jika anda ada mengalami simptom-simptom di atas. Amat digalakkan untuk menjalani program detox ini. Sekurang-kurangnya detox parasit. Berikut adalah supplemen yang dikehendaki untuk diambil semasa menjalankan program detox parasit ini.


Ramai dah yang menjalani program detox parasit dan memberi feedback yang sangat positif. Antaranya ialah:
  • Perut tidak buncit
  • Berat badan berkurangan
  • Badan lebih bertenaga
  • Tidak berasa mengantuk
Jom... Siapa yang nak kelihatan lebih segak dan cantik menjelang raya ni, hubungi saya segera di 012-5538628.


Terima kasih :)

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Vivix mengurangkan risiko sakit jantung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Salam Jumaat. Semoga kita semua berada dalam perlindungan dan kasih sayangNya.... Hari ni nak share pulak pasal masalah jantung.... Bagi saya, sakit jantung ni bukan masalah asing lagi.. Disekeliling saya sendiri ada orang yang mengalami masalah jantung... Iaitu abah dan bekas bos saya dulu...

Semua orang berisiko untuk mendapat sakit jantung. Apa sebabnya? Sebabnya TREND sekarang ni yang suka makan fast food atau makan di luar... Bila makan kat luar, kita tak dapat nak kawal penggunaan minyak, garam dan gulanya... Sedap tu memang sedap... Tapi bagus ke untuk kesihatan kita?



Lagi satu faktor yang menyebabkan tinggi risiko sakit jantung ialah, kurangnya bersenam... Iyela... Pagi-pagi lagi dah keluar rumah.. Balik dah dekat nak Maghrib. Ada sesetengah orang, malam-malam baru sampai umah.... Kasihankan kat generasi sekarang ni... Saya juga tak terkecuali... :(

Persekitaran.. Environment kita sendiri.... Huru-hara... rushing ke sana sini.... Jalan sesak... Stress... Fuhhhh... Mana lah tak naik tekanan darah kita kan.... 

Itula... walaupun kesedaran tu ada... Mungkin kesempatan tu takde... Kita nak bersenam, tapi bila? Hari-hari berkerja, memang agak sukar... Nak hujung minggu, sibuk nak pergi beli barang-barang yang da kering kat rumah kan... Exercise dalam shopping complex aje la...

Kehidupan sekarang ni, memang kena ambil supplemen atau vitamin... Untuk kesihatan jantung, kita kena ambil supplemen yang tinggi antioksidannya. Antara vitamin yang dicadangkan ialah Omega Guard, Vitamin C dan Vitamin E. Berapa jumlah harga semua vitamin di atas :

Omega Guard - RM136.00
Vitamin E - RM149.00
Vitamin C - RM92.50
Jumlah = RM377.50

Selain itu, ada satu lagi supplemen lain yang lebih powerful dan tak perlu amik banyak-banyak. Amik Vivix ni aje.. Vivix ni tinggi antioksidannya... Kandungan Resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang yang rosak di dalam badan, memberi tenaga kepada sel-sel tersebut dan menghapuskan radikal-radikal bebas di dalam badan yang menyumbang kepada masalah kesihatan.

Vivix dalam bentuk sirap dan sangat sedap rasanya. Hanya sesudu kecil sehari... InsyaAllah, kesihatan akan bertambah baik :) Jom kita tengok testimoni di bawah.



Banyak lagi testimoni yang best-best... Kalau nak tahu, hubungi saya di 012-5538628. Bulan ni kan, bulan terakhir promosi twin pack Vivix... Kalau beli twin pack ni, bukan sahaja dapat 2 botol Vivix, tetapi dapat:
- 5% diskaun daripada harga ahli
- Jadi distributor Shaklee secara automatik yang bernilai RM80
- Bulan depan dapat cash back RM36
- Enjoy harga best bagi vitamin-vitamin lain Shaklee
- Free postage ke rumah anda

Jom dapatkan sekarang.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628


Rujukan

Bahayanya tekanan darah tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harap pembaca-pembaca semua sihat-sihat, gembira dan bahagia selalu... InsyaAllah, bila da gembira dan bahagia, tekanan darah juga akan terkawal :) Hari ni nak tulis pasal bahayanya tekanan darah tinggi.

Boleh kata kebanyakan rakyat Malaysia ini terdedah atau mengalami tekanan darah tinggi. Tak payah tunggu tua, muda-muda pun dah ramai mengalami tekanan darah tinggi... Banyak la faktor yang mendorong ke arah ini, terutama zaman sekarang ni, zaman yang amat  STRESS!


Pemakanan pun tak berapa nak terjaga. Banyak makan fast food, makanan yang berminyak dan berlemak. Ni pun menyebabkan seseorang itu mudah mendapat tekanan darah tinggi. Dr. Zubaidi pernah cakap, perlunya mengamalkan supplemen dalam kehidupan seharian kini, sebab badan kita tak mendapat nutrisi yang mencukupi.... 

Bagi yang mencari-cari, anda boleh amalkan Omega Guard daripada Shaklee... Memang bagus sangat Omega ni. Omega Guard ni best friend saya sebab dulu saya mengalami sakit tumit... Tapi bagi penghidap darah tinggi, anda boleh amalkan Omega Guard sebagai ikhtiar mengawal masalah darah tinggi.

Kenapa Omega Guard?

- Omega Guard mengandungi Omega 3 termasuklah DHA dan EPA yang lebih tinggi berbanding jenama-jenama lain.

- Proses penyulingan yang begitu teliti telah menghasilkan minyak ikan yang bebas daripada logam-logam seperti plumbum dan merkuri. Selamat diambil oleh wanita hamil juga.

- Pengambilan Omega Guard ini membantu mencairkan darah dan seterusnya melancarkan pengaliran darah.

- Kandungan EPA dan DHA akan meningkatkan kekenyalan dinding arteri dan melancarkan pengaliran darah (warga emas selalunya mempunyai dinding arteri yang tidak kenyal, menyebabkan pengaliran darah tidak lancar).

- Selain itu, konsisten mengambil Omega Guard ini, akan membantu melambatkan pembentukan plak (halangan) dalam saluran darah. Ini akan mengurangkan risiko sakit jantung, stroke, dan sebagainya.

Kalau yang mencari-cari Omega Guard ini, bolehlah menghubungi saya di 012-5538628. Sementara ada promosi bulan ini, baik jangan lepaskan peluang. Beli dua botol, dapat 5% diskaun lagi... Kalau beli 6 botol, dapat free sebotol lagi... Memang terbaik sangat... :) Jom cepat hubungi saya...

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Macam mana wanita nak mengekalkan kecantikan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sekalian.... Bulan ni banyak saya bercerita pasal isu-isu kecantikan kulit... Sebagai seorang wanita, penjagaan kulit ni memang sangat-sangat penting, terutamanya kulit wajah.. Cehhh macam pengasas Dnars pulak yang bercakap... heeeee... Jadi... macam mana wanita nak mengekalkan kecantikan?

Cantik.... membawa makna yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi yang tersendiri tentang kecantikan.... Ada orang kita nampak cantik.... Tapi bagi seorang yang lain, nampak biasa-biasa sahaja.... Ada yang definisikan cantik bagi seseorang yang mempunyai kulit yang halus mulus... Ada yang kata cantik, apabila melihat tubuh yang menggiurkan... Ada orang rasa cantik jika berbadan kurus.... Macam-macam lagi lah....



Semestinya setiap wanita mengimpikan kulit yang halus, licin, gebu, badan yang ramping. Macam mana nak dapatkan keadaan begini? Jawapannya ialah pada persekitaran dan pemakanan seharian... 

Mari kita sentuh bab pemakanan dulu.... Apa yang masuk ke dalam badan kita akan menjadi sebahagian daripada diri kita. Jika kita selalu makan makanan yang organik, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, ada ulam-ulaman yang ditanam sendiri, kurang bahan-bahan kimia, eloklah tubuh kita. Kalau kita selalu makan fast food, makanan yang berlemak dan berminyak, maka kemungkinan besar, badan yang kita dapat mungkin selalu naik jerawat, muka berminyak, berat badan berlebihan dan banyak lagi keadaan yang tidak diingini oleh seorang wanita.

Tapi, dengan zaman sekarang ni, susah juga nak mengawal pemakanan. Ramai kaum wanita yang berkerjaya. Balik rumah pun dah lewat... Memang tak sempat nak masak macam-macam...  Akhirnya terpaksa membeli.... Tak dapat nak kawal pemakanan harian :(

Dengan zaman sekarang ini, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar, memang terdedah dengan asap, habuk-habuk dan pelbagai pencemaran lagi... Tubuh badan kita akan terdedah dengan radikal-radikal bebas yang indirectly menyebabkan penyusutan tahap kesihatan kita. Kalau tak dikawal, lama-lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Letih kan... Zaman sekarang dah tak macam zaman dahulu... Zaman sekarang banyak benda 'fake'. Dulu-dulu, pangkat opah, nenek kita... makan sayur-sayuran masak sendiri.... Ayam pun sembelih sendiri... Opah saya, Umur dekat 100 tahun tapi masih lagi boleh berkebun, menebas semak-samun di kawasan rumah.... Berbeza sangatlah dengan tubuh kita sekarang...

Huiiii panjang betul celotehku... Hahahaha.... Memanglah sekarang pun banyak pusat-pusat kecantikan... Nak cantik, gi spa... buat rawatan muka... Nak kurus, gi pusat perlangsingan badan... Bersepah sana sini.... Tapi kalau kita fokus di luaran aje... Dalaman fail.... Macam mana pula kan?

Maka, dengan ini, saya nak cadangkan pengambilan supplemen sebagai rutin kehidupan.... Supplemen bukanlah ubat... Supplemen hanya mencukupkan nutrisi kita yang kurang.... Apabila nutrisi cukup, maka badan kita akan lebih sihat...

Supplemen yang high antioxidan seperti Vivix, insyaAllah mampu menyingkirkan radikal-radikal bebas daripada badan kita. Selain itu, menyingkirkan toksin dan logam-logam berat daripada badan. Kesannya, nutrisi akan dapat diserap dengan lebih baik, badan akan lebih sihat. Badan yang sihat akan terpancar ke keadaan fizikal kita seperti kulit dan wajah kita... Percaya? Percaya...

Saya share satu contoh aje. Pengambilan vitamin C Shaklee yang memang sangat-sangat saya rekemenkan... Macam-macam kesan baik yang didapati oleh badan kita... Saya tempek segala testimoni yang diperoleh setelah mengamalkan vitamin C dengan konsisten :)






Bagi saya it is a must to have vitamin C Shaklee ni kat umah... Vitamin C ni membantu menyahkan logam-logam berat daripada tubuh kita, buang toksin-toksin, membantu membentuk kolagen dalam badan, dan apabila semua dah dinyahkan, kulit juga akan menjadi semakin cantik.

Bulan ni, promosi vitamin C. Memang masanya kalau nak beli lebih daripada sebotol sebab harga best... Nak tahu lebih lagi, hubungi saya segera di 012-5538628.

Terima kasih.
Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Kenapa bila makan Shaklee jerawat semakin banyak keluar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang dikasihi sekalian :) Hari ni tetiba terasa nak share pasal isu di atas. Ramai yang mengadu, bila makan Shaklee, jerawat semakin banyak keluar....

Ok, mari kita kupaskan satu per satu isunya... Contohnya Set Kulit Cantik Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Vitamin B. Ada juga yang ambil GLA Complex.. Apabila dah beli, anda pun start makan vitamin-vitamin tersebut dengan harapan untuk mendapat kulit yang bebas jerawat, kulit yang semakin bersih, halus dan licin...

Tapikan, apabila dah makan set kulit cantik Shaklee ni, kulit jadi tak cantik pulak.... Bila dah seminggu konsisten makan, jerawat-jerawat halus... ada juga jerawat besar tersesat mula keluar... Eeeeeee geramnyaaaaaa... Kulitku yang asalnya tidak berjerawat tiba-tiba berjerawat. GERAM!!!! Habis rosak kulit aku :(



Sabar... sabar cik adik.... Jangan marah-marah... nanti makin banyak jerawat keluar. Gini nak citer.... Sebelum makan Shaklee, kulit mungkin ok-ok... adalah jerawat sikit-sikit tapi idaklah teruk sangat... Tapi apabila dah start makan Shaklee, ehhhh makin teruk pula jadinya... Kenapa? Taknaklah sambung makan... nanti habis kulitku...

Apabila keluar jerawat, itu petanda vitamin-vitamin yang sedang anda makan itu sedang bertindak balas dengan tubuh anda. Vitamin-vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang bebas daripada bahan kimia... Jadi jangan risau, tu bukan chemical reaction... Itu dipanggil healing crisis. Apakah itu HEALING CRISIS?

Badan manusia memang berbeza-beza.. Siapa yang selalu menjaga pemakanan, banyak makan sayur dan buah-buahan terutamanya hasil organik, kurang makan yang berlemak dan berminyak, kemungkinan besar tidak akan mengalami healing crisis. Kalau ada pun mungkin tak obvious sangat.

Tapi, bagi yang selalu makan fast food, makanan yang berminyak dan berlemak, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran, kemungkinan besar anda akan mengalami healing crisis yang agak dahsyat juga.... Tapi jangan risau... Itu petanda yang baik. Kenapa? 

Healing Crisis menandakan bahawa badan anda sedang menyahkan segala toksin yang berada di dalam badan. Apabila toksin-toksin ini telah disingkirkan, barulah nutrisi-nutrisi daripada vitamin-vitamin yang diambil ini akan mula melakukan pembaikian terhadap kulit anda.

Yang penting, kalau jerawat-jerawat tu keluar, jangan stop. Biarkan vitamin-vitamin tu buat kerja dia... Teruskan makan dengan konsisten, InsyaAllah, kulit akan semakin bersih, jerawat pun dah malu nak keluar, parut-parut akan hilang bila ambil ESP dan lama-lama, bersih, licin dan gebu la kulit anda :) InsyaAllah.

Yang penting, saaaabarrrrr... Tiada perkara yang boleh jadi sekelip mata... Kalau jadi sekelip mata tu, tak ke rasa menakutkan... Apa yang ada sampai cepat sangat kesannya kan?

Itulah ceritanya... Jadi jangan bimbang.... Biar vitamin-vitamin tu bersihkan dulu toksin-toksin yang ada.. Kita pun taknak toksin-toksin banyak dalam badan... Hilang toksin, bermakna badan kita juga lebih sihat dan kesannya akan kelihatan pada kulit dan wajah kita :)

Haaaa... mai sapa nak beli Set Kulit cantik Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628 :)

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Kelebihan solat di awal waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak sembang-sembang santai je... Terasa nak share pasal kelebihan solat di awal waktu. Saya rasa semua orang tahukan yang banyak sangat kelebihan solat di awal waktu ni... 

Antara kelebihan solat di awal waktu ialah:
  • Diberi NUR pada wajahnya... Bestkan muka akan kelihatan lebih berseri-seri.
  • Mudah memperoleh rezeki. Automatik sangat... 
  • Hati sentiasa tenang :)
  • Doa dimakbulkan...
Dengan solat di awal waktu, kehidupan kita automatik akan lebih bahagia.... :)




Kebiasaannya kan antara Zuhur dan Asar kan pendek aje waktunya... Terutama kalau yang tengah bekerja... Tengok jam je, ehhh dah nak masuk Asar. Kalau tak solat Zuhur lagi, mesti berlari-lari nak kejar masa... Akhirnya jadi jamak Zuhur dan Asar kan...

Berbeza pula kalau yang awal-awal dah solat Zuhur.... Buatlah keje dengan tekun... Tengok jam, ehhh baru pukul 3.30. Panjang lagi masa untuk ke Asar... Boleh sambung fokus buat keje... Pernah tak rasa macam tu?

Cuba try buat... Apabila dah azan Zuhur, terus solat. Kemudian, makan atau sambung keje... Kita akan rasa manfaat dan keberkatan masa itu... :) 

Saja lah petang-petang ni bersembang pasal kelebihan solat di awal waktu. Sama-sama kita ingat mengingati kerana sebagai manusia, kita tidak lari daripada melakukan dosa... 

Terima kasih sebab sudi membaca coretan pendek... Kedai vitamin Shaklee saya dibuka setiap masa. Feel free untuk hubungi saya di 012-5538628 :)

Diana
SID: 1112978
Tel No: 012-5538628

Menghilangkan jerawat di bahagian belakang badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :) Semoga kita semua sihat-sihat selalu... Hari ni terasa nak tulis pasal jerawat di bahagian belakang badan... Ada orang memang mengalami masalah ini... Susah betul nak hilangkan jerawat di bahagian belakang badan... Ada juga yang tumbuh jerawat di bahagian dada...



Memang tak selesa rasanya apabila ada jerawat... Kalau di bahagian belakang, nak kutil pun susah... :P heeee.... Sesetengah orang, jerawat di bahagian dada sangatlah tidak best.... Bagi wanita, walaupun bertudung dan menutup semuanya, tetapi untuk suami, rasa tak seronok dengan kehadiran jerawat-jerawat ini kan... Kalau yang belum berkahwin atau merancang hendak mendirikan rumah tangga, haaaa bolehla anda nak merawat masalah jerawat di badan ni kan :)

Ok, meh saya ceritakan... baru-baru ini, kami semua, dalam group Shaklee telah menyertai cabaran untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah untuk seluruh badan dengan mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus. Taknak cerah muka aje... Kalau cerah muka aje, nanti banding kulit muka dengan belakang tangan, nampak beza pula... :)

Program ini memakan masa selama 3 bulan... Dos pengambilannya juga berbeza. Tapi cara pengambilan vitamin C ini terpaksa saya rahsiakan dulu. Esklusif untuk pelanggan saya sahaja :D 

Di akhir program ini, ramai yang mendapat kesan yang sangat positif... Anda boleh tengok testimoni-testimoni di bawah. Salah satunya ialah jerawat, bukan sahaja di muka, malah di bahagian belakang badan juga akhirnya hilang :)




Seronokkan melihat mereka semua dah merasa kesan yang sangat positif apabila menyertai program vitamin C ini. Jerawat hilang, muka semakin berseri-seri :)

Anda nak tahu rahsianya? :) Meh cepat hubungi 012-5538628. Kalau nak mula, sekaranglah masanya kerana bulan ini juga ada promosi Vitamin C. Beli dua botol dapat 5% diskaun. Kalau beli 6 botol, dapat percuma lagi sebotol :)
Harga sebotol vitamin C ialah RM92.50. Tapi kalau dua botol, daripada RM185 (harga biasa) jadi RM175.75 sahaja (sebotol jadi RM87.90).  Nak murah lagi, beli 6 dan percuma sebotol... Sebotol jadi RM79.30.. Lagiiii jimat kan.. Boleh share-share ngn kawan-kawan.. 

Saya beritahu juga awal-awal, program ni, melibatkan sekurang-kurangnya 3 botol vitamin C.. Haaa... sekarang dah promosi... Memang it's the right time kalau nak join program ni... Heeee... Whatsapp saya sekarang di 012-5538628. Nak jimat lagi, jom jadi ahli... lagiiii jimat :)

Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978

A Pat on my shoulder

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang disayangi dan dihargai.... Alhamdulillah... terasa berbunga-bunga hati... Hari ni ada perjumpaan dengan teacher tadika anak sulungku... 

I can say that I am a proud mother.... Alhamdulillah... Sebak pun ada hati ni bila teacher cakap anak sulungku antara yang paling menonjol di dalam kumpulannya itu. A pat on my own shoulder.. Heeeee.... Takpela orang tak nampak dan rasanya semua orang deserve a pat on the shoulder sometimes... kalau selalu pun takpe.... Tepuk bahu sendiri, bagi penghargaan di atas apa jua pencapaian...

Wahai pembaca sekalian.... Objektif utama saya menulis hari ni, di entry ni, adalah berkaitan dengan doa.... Terutama sekali doa seorang ibu.... Doa seorang ibu itu amat mustajab.... Berdoalah untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.... 

Sesungguhnya, anak-anak kita adalah masa depan kita... Masa depan ummah.... Alhamdulillah.... setiap doa, yakinlah yang Allah akan mengabulkannya... Terutamanya doa untuk anak-anak... Apabila melihatkan keadaan dunia yang penuh dengan entahla.... boleh saya kata 'macam-macam', berdoalah kerana suatu masa nanti, generasi anak-anak kecil sekarangla yang akan bangun dan memimpin.... 

Kuat asas agamanya, insyaAllah yang lain-lain akan datang sekali as a package.... Terapkan dunia di tangan, akhirat di hati... Agar hidup ini dijadikan sebagai ladang untuk disuburkan. Hasilnya dituai di akhirat. 

Saya sangat yakin dan percaya, doa ibu itu sangat mustajab. Kadang-kadangkala, saya hairan... Ada beberapa sifat dalam diri yang agak berlainan daripada keluarga saya sendiri... Tak tahu mana datangnya sifat itu.... Saya bersyukur dan berterima kasih... Saya yakin... itu adalah doa daripada orang tua saya untuk saya :) Alhamdulillah...



Kesimpulannya, anak-anak yang kecil itu, ibarat kain putih yang akan dicorakkan. Kita sebagai ibu bapa, memang banyak khilafnya.... Mohon ampun kepada Yang Satu.... Doakan untuk anak-anak agar hati mereka sentiasa bersih dan terang untuk menerima yang baik-baik dan menjauhi kejahatan. Sesungguhnya merekalah masa depan kita dunia dan akhirat :)