Anak Kak Yone & Omega Guard

Selalu kak yone bercerita pasal apa yang kak yone rasakan bila makan Shaklee. Ewah! Shaklee takleh dimakan, maksud kak yone, makan vitamin Shaklee 😀 Shaklee Effects gitu. Tapi kalau bercerita pasal diri sendiri, mungkin sesetengah orang sukar nak percaya. Takut kita exaggerate je lebih. So hari ni kak yone bercerita pasal #Shakleeeffects anak kak yone la.

Kak yone pun macam kebanyakan parents yang lain. Bekerja dan anak kak yone gi taska. Jadi memang bercampur dengan ramai lagi anak-anak lain. Jadi tak hairan bila anak asyik kena demam, batuk-batuk dan selsema.

Masa tu, boleh kata setiap minggu asyik berulang-alik ke klinik. Fuh, anak kak yone pulak super sensitif kat persekitaran. Maaacam kak yone. Mudah kena batuk macam lelah / asma. Jadi bila ke klinik, asyik kena amik gas nebuliser. Last-last doktor bagi warning, kalau datang ke klinik lagi, kena prescribe inhaler dah.

Anak kak yone masa 4 tahun kot


Bukan aje batuk-batuk lelah, ada masa-masanya mata dia jadi gatal-gatal. Sampailah satu malam tu, kena alergik sampai bengkak mata, gatal-gatal satu badan. Kak yone terus bawa ke hospital. Boleh baca kisahnya kat SINI.

Masa di wad kecemasan. Sampai je hospital, terus masuk dalam bilik rawatan.

Keesokan harinya, sahabat kak yone merangkap orang yang memperkenalkan Shaklee kepada kak yone, Ainul Malik, datang melawat. Masa tu promo Omega Guard. Ainul pun hadiahkan sebotol Omega untuk anak kak yone.

Kak yone terfikir gak, boleh ke anak kak yone makan. Budak-budak kalau tak biasa, memang sukar sikit nak makan. Memang pun. First time bagi, suruh kunyah macam gula-gula. Tak jalan okeh. Tapi kak yone tak nafikan, ramai lagi anak-anak lain yang kunyah telan. Selamber je.

Lepas dah keluar hospital semua, ada suatu hari tu, kak yone ajak anak kak yone mandi di swimming pool. Ada kolam renang kat apartment kak yone. Memang anak kak yone suka sangat. Tapi kak yone suruh dia telan dengan air dulu Omega Guard tu. Taknak bagi sejuk kak yone cakap. Alhamdulillah. Anak kak yone setuju. Dia makan Omega Guard dan telan dengan air. Mudah sangat sebab Omega Guard tu licin 😊

Mulai hari itu, kak yone bagi secara konsisten sebiji setiap hari. Alhamdulillah, memang nampak perubahan. Kurang dah batuk-batuk selsema semua. Demam pun dah jarang-jarang. Memang lepas doktor bagi warning nak suruh pakai inhaler tu, kami dah tak pi dah klinik 😀

Alhamdulillah membesar anak kak yone dengan sihat. Jarang sangat ke klinik. Rasanya lepas konsisten Omega Guard, dekat nak setahun tak jenguk klinik 😀 Sebab tu la kak yone jatuh cinta sangat dengan Omega Guard ni.

Pertama sebab masalah sakit tumit kak yone hilang lepas konsisten Omega Guard. Tengok pulak anak kak yone yang semakin sihat dan kuat apabila konsisten Omega Guard. Sebab tu la kak yone percaya, Omega Guard dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain memang bagus, selamat, vitamin semulajadi pulak tu. 

So kalau merancang nak makan vitamin / supplemen, pilihlah jenama yang terbaik. Jenama Shaklee tau. Ingat Shaklee, ingat kak yone tau. No nye 012-5538628 😀

Sekian perkongsian kak yone. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Case study: Bagaimana Nutriferon membantu mengurangkan jangkitan virus

Semalam kak yone terjumpa satu case study yang researchnya tak publish lagi daripada Cornell University. Case study ni berkenaan dengan Nutriferon. Tapi Nutriferon kat US dalam bentuk kapsul, bukan macam sachet di Malaysia ni. Tapi fungsinya masih sama. Case study ini membincangkan tentang bagaimana Nutriferon membantu mengurangkan jangkitan virus dalam paru-paru manusia 😊



Shaklee ni sangat komited kepada "NO ANIMAL TESTING" dalam segala clinical research yang dijalankan. TAKNAK guna haiwan untuk menguji segala vitamin yang dihasilkan. Jadi macam mana nak tahu Nutriferon ni bagus dalam mengurangkan jangkitan virus dalam paru-paru?

Sebelum sampai ke part nak tengok bagaimana Nutriferon membantu dalam mengurangkan jangkitan virus tu, Shaklee telah bekerjasama dan support research yang dijalankan oleh Cornell University untuk membangunkan suatu model yang menyamai sel yang terdapat di dalam paru-paru. So memang takde sangkut paut ekk dengan haiwan atau pun manusia. Tapi model tu dibangunkan sendiri.

"Shaklee agreed to support the research at Cornell in developing a model of the human airway epithelium - even though that research itself did not involve any Shaklee products and was, therefore, of no direct benefit to Shaklee."


Boleh refer link ni untuk baca sepenuhnya:
http://www.healthisalifestylechoice.com/uploads/1/0/3/3/10331711/nutriferon_cornell_casestudy_082009.pdf

Selepas model ini dibina, barulah Shaklee menyokong kajian seterusnya di mana Nutriferon digunakan untuk membantu mengurangkan serangan virus flu ke atas paru-paru.
Walaupun keputusan kajian belum dikeluarkan, namun kesimpulan yang didapati menunjukkan Nutriferon telah mengaktifkan 'sel-sel pembunuh semulajadi' yang memusnahkan virus-virus flu apabila berlakunya serangan ke atas paru-paru. 

So berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Cornell University, dapatlah kak yone katakan yang Nutriferon memang sangat bagus dalam membantu mempertingkatkan sistem pertahanan badan dan mempertahankan badan kita daripada serangan virus dan bakteria. 

Berikut adalah testimoni-testimoni rakan-rakan kak yone yang berikhtiar dengan Nutriferon.





Kalau berminat untuk mendapatkan Nutriferon, boleh hubungi kak yone di 012-5538628 untuk pembelian. Harga sekotak Nutriferon, 30 sachet berharga RM181.25. Nak jimat lagi, jom join sebagai ahli. Dapatlah membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga yang lebih menjimatkan 😊


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Control Air Yang Diminum Sebelum Tidur

Hari ni kak yone nak sharekan satu tip 😀. Kak yone sekarang memang control sangat air yang diminum sebelum kak yone tidur.


Kebelakangan ni kak yone asyik batuk-batuk dan berkahak di waktu pagi. Memang badan kak yone agak sensitif dengan persekitaran. Seksa juga bila batuk-batuk sampai tahap macam lelah dengan kahak yang tebal



Kebelakangan ni juga kak yone suka sangat minum air sejuk. All the time okeh! Dari pagi sampai ke malam. Sebenarnya sebelum ni kebanyakannya kak yone minum air kosong atau suam-suam sikit. Tapi tula berubah tabiat pulak. Mungkin sebab cuaca panas.



Tapi disebabkan pagi-pagi tahap kesihatan tak memuaskan macam batuk-batuk lelah. Maka tak sangguplah kak yone nak biarkan lama-lama.



So, inisiatif yang kak yone ambil ialah, kurangkan minum air sejuk. Kak yone tukar kepada air suam-suam gitu. Malam-malam memang kak yone minum air banyak sebab makan supplemen 😁 Jadi memang air suam je kak yone minum.

Kak yone makan vitamin C dan B Complex selepas dinner. Vitamin C tu kak yone upkan dosnya ke dua biji sebab keadaan kak yone sekarang ni. Penting tau kita upkan dos vitamin C apabila sistem imun rendah sebab berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk-batuk berkahak.


Vitamin B Complex pula membantu mengurangkan sakit-sakit urat setelah seharian penat bekerja. Tak dilupakan juga tablet kalsium Ostematrix yang penting untuk kita sebagai wanita yang semakin meningkat usia dan kehilangan kalsium yang banyak sepanjang proses kehamilan, menyusu dan juga apabila datang haid. Kak yone amik sebelum tidur.



Alhamdulillah, pagi-pagi kurang sangat dah batuk-batuk yang trigger kepada lelah atau asma 😀 Sedikit sebanyak memang penting untuk mengamalkan air suam. Lagipun sebelum tidur memang kena minum air kosong untuk melancarkan proses dalaman badan kita 😁



So korang dah minum ayaq kosong malam ni? 😀 Good night ya. Sweet dreams.

Kisah sepasang spek mata

Kisah sepasang spek mata ni adalah kisah kak yone sendiri 😊 Kak yone ni rabun orangnya. Sejak dari sekolah rendah lagi. Kak yone perasan yang kak yone rabun bila duduk belakang tak nampak apa yang ditulis kat papan hitam. Rupanya kenalah pakai spek mata.

Kak yone dah melalui zaman pakai spek mata yang jenis, kalau tak tengok jauh, kak yone tak pakai spek. Senang kata, sebenarnya taknak pakai spek mata langsung. Zaman pakai contact lense berwarna yang jadikan mata kelabu kucing gitewwww. Contact lense yang permanent 2 tahun, yang memang lama juga kak yone pakai. Habis 2 tahun, kak yone buat lagi. 

Lepas dah boring, kak yone tekad pakai spek mata. Kelihatan skema giteww. Spek mata ni memang lama tak bertukar-tukar kak yone pakai. Rasanya sampai 5 tahun plus-plus. Sampai spek tu dah meretak di bucunya, akhirnya perlahan-lahan, kak yone mula pakai contact lense yang beli ikut power kak yone je. Spek mata tu pula, sampai dah tercabut cerminnya. Jadi memang takleh pakai dah.

Baru-baru ni, kak yone kena jangkitan mata. Haaaa lama tau nak baik jangkitan ni. Mula-mula anak kak yone yang sakit mata. Tapi mata dia tak merah. Cuma bangun pagi ada tahi mata yang banyak. Then kak yone terkena. Start dengan mata merah dan bertahi mata. Dah seminggu lebih, mata merah dah hilang. Tapi pagi-pagi bangun, masih banyak tahi mata.

Jadi kak yone takdelah nak melawa bercontact lense semua. Kak yone buatlah spek baru sebab yang lama tu dah tercabut bagai. Seronoknya buat spek kat satu kedai spek di AEON Shah Alam, kedai spek mata Jepun. Fuhh canggih, tak payah da masuk bilik gelap. Ada macam mesin, tergantung je, boleh da check mata ikut power kita. Setengah jam spek tu siap, dengan syarat, power spek mata kak yone ada. Puas hati. Harganya pun mampu milik 😊

spek mata baru

Tapi, apa yang kak yone nak ceritakan kat sini, bukanlah pasal spek mata baru. Tapi nak cerita pasal power mata baru! Seronok tau bila power spek mata menurun! Haritu, masa kak yone beli contact lense, dah turun skit.

Buat pengetahuan korang, power spek mata kak yone dari dulu, dua-dua mata tak sama power. Dari 300++ dulu, sekarang yang terbaru, power dua-dua mata dah sama, jadi 225 😄 Cuma power silau je berbeza, dalam 75 dan 100. Alhamdulillah happy sangat kak yone rasa.

Macam mana power spek mata boleh turun? First of all, dengan izin Allah, asbab mengamalkan supplemen semulajadi secara konsisten untuk jangka masa yang lama juga. Cuma tahun 2017 ni, kak yone memang minum beberapa botol Vivix. Supplemen yang lain kak yone konsisten ialah, Sustained Release Vita-C Plus, Vitamin B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard. Haaa kiranya vitamin-vitamin penting keperluan harian.

Haaa bestkan. Makan supplemen ni bagi kak yone, kalau nak makan, kenalah cari yang berasaskan yang semulajadi macam supplemen-supplemen Shaklee. InsyaAllah, jangka masa panjang, kesannya sangat baik untuk tubuh kita. Macam kak yone, alhamdulillah, syukur sangat power spek mata menurun. Harap makin menurun lagi 😁

Kak yone saja share kisah ni. Badan kita bukan semakin muda. So kita memang perlukan nutrisi yang mencukupi dalam diet seharian kita. Kalau nak dapatkan nutrisi daripada makanan, mungkin makanan seharian tak cover keperluan nutrisi penting dengan mencukupi. Tu yang kita perlukan supplemen atau vitamin untuk top up keperluan nutrisi yang tak mencukupi.

Kak yone share sebab kak yone makan vitamin-vitamin Shaklee ni. Kalau korang nak juga start makan vitamin, pilihlah vitamin Shaklee. Nak tanya atau nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh aje hubungi kak yone di 012-5538628.

Jom detox kembali lagi!

Apa khabar pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian 😊 Hari ni ramai dah mula kembali ke alam nyata. Begitu jugaklah kak yone. Plus kak yone ingatkan kembali yang makan raya ni biar berpada-pada. Kang menyesal tengok badan 😂 So, jom detox kembali lagi dalam hidup kak yone. Hahahaha.

Nak detox ni, perlukan persediaan mental sebab kalau ikutkan menu 3 hari pertama, asyik makan sayur dan buah je. NO OTHER! Tak dapat nak makan nasi, ayam, ikan semua. Kalau tak kuat semangat, jenuh!

Tapi mengenangkan nafsu makan yang sangat tak terkawal semasa berkunjung ke rumah orang dan sanak saudara, kak yone betul-betul kena kembali ke alam nyata. Fuhhh.

So pagi tadi, bangun, kak yone sediakan sarapan sayur yang pertama. Biar bersemangat nak pergi kerja 😀

Sarapan Detox day 1

Untuk sesi kali ni, kak yone sediakan biar sedap sikit. Kak yone campur salad dan epal hijau. Sama kaler gitewww 😊 Yang program detox pertama yang kak yone buat dulu, rasa sangat-sangat tak berselera makan salad semata. Bila ada buah, baru rasa masam manis dan rangup.

Makan tengahari pun kak yone makan salad buah yang sama. Dalam program detox ni, nak makan snek pun boleh. Tapi bahan-bahannya sama juga 😂. Tujuan makan sayur-sayur dan buah-buahan ni untuk kita cuci badan daripada sisa-sisa makanan serta toksin yang lama termendap di dalam badan.

Cuma untuk dinner, kak yone kena sediakan sayur berdaun yang distim. Cuma nak dijadikan cerita, kak yone mula sakit kepala pada waktu petang tu. Keadaan ini memang akan dialami oleh sesetengah orang. Tu penting untuk makan Peppermint-Ginger Plus untuk membantu membuang angin dan melegakan perut. 

So pada malamnya, sepatutnya kak yone makan sayur-sayur stim aja. Tapi disebabkan keadaan kak yone, kak yone tukar menu kepada sup sayur dengan bihun. Kali ni kak yone tak nak paksa diri sebab kalau detox parasit, masih boleh makan nasi dan bahan-bahan ini semua 😊

Alhamdulillah, for Detox Day 1, walaupun ada cheat, badan rasa ringan sikit. Takdelah rasa macam stress 'aku makan banyak'. Kita cuba imbangkan balik apa yang telah dilantak sesuka hati semasa raya dengan detox program ni.

Siapa nak join kak yone berdetox? Jom hubungi kak yone di 012-5538628.


Pengedar Shaklee Shah Alam, Klang, PJ area VSQ Tower, SS14, Amcorp Mall, Jaya 33, Mid Valley day seluruh Malaysia.


Balik beraya. Jangan lupa bawa roti :D

Hahhh, saja celoteh santai-santai lagi. Kak yone dah lama balik ke ibu kota. Cuti raya tak panjang mana. Kak yone balik Selasa baru-baru ni. Kak yone ingatkan balik beraya ni highway clear. Kak yone lupa! Kita 1 Malaysia. Long weekend. So kawan-kawan kita (Chinese and Indian) yang lain pun bercuti juga 😊

Haha bila kak yone berhenti kat R&R, memang nampak banyak kaum Cina dan India. Iyelaaa cuti panjang, rugi duduk rumah. Baik berziarah kaum keluarga atau bercuti bawa anak-anak. Sekolah pun tengah cuti sekarang.

Mujurlah hati kak yone kental. Dah siap-siap bawa roti sebab nak sapu ngan jem. Hahahaha 😂 Tersangkut berbaris di highway memang tak asing bagi kak yone. Dulu-dulu pun kak yone dah kena. Cuma kali ni sebab mindset 'tak percaya' akan mengadap jalan sesak. Tapi kak yone redah dengan redho. 



Ingat lagi beberapa tahun lepas, kak yone sekeluarga gerak dekat pukul 12 malam sebab nak highway smooth. Masa tu, kak yone rasa, kurang sabar juga kalau tersangkut berbaris di highway. Nampaknya semakin meningkat usia, semakin matang dan sifat sabar semakin menebal berbanding zaman muda-muda 😁

Raya belum habis, cuti sekolah pun masih berbaki hujung minggu ni. Mulai esok (Sabtu dan Ahad) pasti yang berada di kampung halaman akan mula berpusu-pusu memenuhi highway Utara Selatan, Timur dan Barat. 

Banyakkan berdoa sebelum dan semasa membawa kenderaan. Doa semasa bermusafir adalah antara doa yang mustajab. Semoga kalian tenang dan dilindungi sentiasa 😊

Nak kekal cergas semasa memandu? Dapatkan Cinch Tea yang membantu mempertingkatkan tenaga, metabolisme badan dan semestinya mencerahkan mata dan menghilangkan mengantuk. Hubungi kak yone di 012-5538628.

Celoteh kak yone
012-5538628


Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ area Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Jaya 33, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitar.

Raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh

Dua tiga hari ni, isu panas yang dibincangkan ialah pasal pilot AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang suruh penumpang berdoa. Kemudian dibidas pulak oleh seorang ahli politik yang mempersoalkan kenapa perlu berdoa? Awat nak mati dah ka? (ni ayat kak yone tambah). Fuhhhhh memang panas!

Kita sebagai netizen ni, ecewahhh 😁 Bila membaca isu-isu panas macam ni, jangan layan sangat aura panas yang dah wujud tu. Be calm and think! Sebab apa, SEMUA manusia berbeza. Takdak satu pun yang sama. Masing-masing ada pendapat masing-masing. 

Kita raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh 😊 DAN doakanlah... haaa keluar lagi perkataan 'doa'. Doakanlah diberi petunjuk dan dibukakan hati mana-mana sahaja individu yang terlibat. Sebab yang memegang hati-hati manusia ni, tak lain tak bukan HANYA YANG MAHA PENCIPTA


Benda yang salah, jangan di'accept'. Bila dah ditegur, serahkan pada Allah

Kita duk pompang-pompang kutuk sana-sini, tak guna juga. Silap-silap tambah pulak saham dosa. Takmau la kan.

Perbezaan pendapat ni terjadi sebab banyak faktor. Antaranya:

1. Cara didikan
2. Pengalaman
3. Ego

Hahaha cukuplah tiga dulu kak yone bagi. Jelas tak faktor-faktor yang di atas?

Cara didikan dari kecil, akan membentuk bagaimana individu tersebut apabila besar. Sebab tu, kita disuruh mendidik anak-anak kecil dengan baik. Ni peringatan untuk kak yone juga sebagai seorang ibu. Jangan duk biaq anak-anak sibuk sangat dengan segala gadgets. Tak perlulah kak yone nak explain lebih kan. Korang mesti tahu 😊

Pengalaman. Haaa ni pun akan membentuk bagaimana seseorang itu react apabila berada dalam sesuatu situasi, terutama situasi yang pernah dialaminya. Contoh ekkk... Kak yone ni dulu skeptikal atau sinis la ngan vitamin-vitamin Shaklee. 

Baguih sangat ka? Kawan-kawan kak yone sibukkkkk duk promote Shaklee Shaklee Shaklee. Meluat jadinya. Tapi meluat pun, kak yone try juga sejenis dua. Bila dah rasa sendiri baru kak yone percaya, baguih rupanya vitamin-vitamin Shaklee ni. Sampai la ni la kak yone jadi pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee. Sebab memang banyak sangat perubahan yang kak yone alami.

Tapi, tak dapat dinafikan, di luar sana, masih ramai ragu-ragu dengan vitamin Shaklee. Mungkin makan takde kesan apa-apa atau pun ada pengalaman tak best dengan seller vitamin Shaklee. Akhirnya sampai ke sudah 'ban' Shaklee. 

Bagi kak yone, itu pendapat masing-masing. Tak cuba tak tahu. Kalau dah cuba, masih tak capai KPI juga, itu pun kehendak Allah. Ada hikmah tersembunyi. Setiap orang ada prinsipnya. So kita raikan perbezaan pendapat tak payah gaduh-gaduh. Kita doakan yang baik-baik 😊

Sekadar celoteh kak yone
012-5538628


Pengedar dan mentor Shaklee anda di seluruh Malaysia. Nak COD boleh di sekitar Shah Alam, PJ Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Klang, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitarnya. Roger aje.

Mengantuk semasa bekerja di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Ramadhan. Alhamdulillah. Semoga kita menjalani Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Macam mana puasa? Bersemangat? Biasa-biasa? Letih dan mengantuk?



Kak yone sebenarnya nak menulis pasal mengantuk. Mengantuk semasa bekerja di bulan Ramadhan. Taknaklah kita duduk di kerusi menghadap PC atau laptop sambil tersengguk-sengguk kan? Mesti semua nak cerah mata dan bertenaga.

Alhamdulillah, tahun ni kak yone terasa perbezaan berbanding tahun-tahun lepas 😊. Boleh baca entri ni --> Cara-cara mengurangkan rasa mengantuk semasa Ramadhan. Kiranya sekarang kak yone nak jadi testimoni bagi entri di atas 😊

Tapi sebelum tu, untuk menghadapi Ramadhan, mind set kita kenalah kuat. 

Cara-cara untuk menjalani Ramadhan dengan baik dan lancar:

1. Kak yone akan cuba bersedia dari segi fizikal dan mental. 

i) Sebabnya dalam bulan Ramadhan adalah sunnah untuk bangun sahur. Jadi kalau tak tidur awal dan mendapat tidur yang secukupnya, ditambah pulak mak-mak yang kena sediakan makanan untuk sahur, memang akan mengantuk di siang hari, iaitu di tempat kerja.

ii) Bersedia untuk mengawal mulut, mata, telinga dan semua anggota badan daripada bercakap, melihat, mendengar perkara-perkara maksiat dan tidak berfaedah.

Boleh baca entri yang kak yone share daripada IKIM FM - Ramadhan Bulan disiplin mendidik diri dan jiwa.

2. Setkan dalam diri yang kita nak jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik. Jadi mesti kita akan berusaha untuk mencapai segala ganjaran yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan kan? Jadi taknaklah sahur terlepas, belanja berlebih-lebihan, membazir dan sebagainya. 

Jadi nak stay tip top dalam bulan Ramadhan, kak yone akan pastikan suatu jenis teh ni selalu ada untuk kak yone minum semasa sahur.

Haaaa Cinch Tea namanya. Teh ni, dengan izin Allah, membantu kak yone lebih cergas dan kurang mengantuk semasa Ramadhan. Sampai suami kak yone pernah tegur, cergas betul puasa-puasa ni 😊 Jalan pun laju je.



Kalau mengantuk sekalipun bila dah sampai di tempat kerja, kak yone akan amik masa lelap 10-15 minit. Kemudian bila dah jaga, memang segar rasa. Takdelah rasa tak larat macam orang yang tidur lepas sahur tu 😁

Haaaa satu lagi tip untuk cergas semasa Ramadhan ialah, JANGAN tidur selepas sahur dan Subuh. Letak kepala pun jangan sebab kalau nak bangun balik untuk siap-siap gi kerja, alamatnya akan rasa badan terlampau lemau. Serius!

Of course, untuk boost tenaga, selain daripada Cinch Tea yang membantu cerah mata, kak yone amalkan juga vitamin B Complex semasa bersahur dan juga makan tablet Ostematrix di malam hari sebelum tidur untuk bangun sahur dengan lebih segar.


Alhamdulillah, kak yone suka amalkan vitamin-vitamin ini. Sebab selain menjaga pemakanan, vitamin-vitamin ini membantu top up nutrisi yang tak cukup daripada pemakanan. Vitamin yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, mudah diserap oleh sel-sel badan kita. 

Jadi, apabila sel-sel kita mendapat nutrien yang berkualiti daripada bahan-bahan semulajadi, insyaAllah kesannya akan dapat dilihat pada luaran kita, yang mana kita akan lebih cergas, bertenaga, serta akan kelihatan berseri-seri gitewwww 😊

10 hari terakhir Ramadhan dah tiba. Jangan lepaskan peluang merebut ganjaran-ganjaran hebat yang Allah tawarkan pada kita, kerana Ramadhan sangat istimewa. Buat yang terbaik, insyaAllah semoga kita memperoleh barakah dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Akhir kata, nak dapatkan vitamin-vitamin yang kak yone ceritakan ni, hubungi aje kak yone di 012-5538628.

Yang berdekatan di sekitar:
- Shah Alam
- Petaling Jaya area Jaya33, Amcorp Mall, SS14, Jaya Shopping Centre, Menara VSQ
- Klang are Hotel Premiere, KWSP

Bolehlah mendapatkan dengan COD daripada kak yone. Yang berjauhan, jangan bimbang, Poslaju ada, GDEX daripada Shaklee pun ada. 

So dapatkan daripada kak yone, pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang dan kawasan-kawasan sekitarnya 😊

012-5538628

Resepi Butter Prawn Yang Mudah Disediakan Dan Sedap Untuk Kanak-kanak Dan Dewasa

Salam Ramadhan semua 😀 Setiap hari ibu-ibu pasti terfikir nak masak lauk apa untuk berbuka atau pun sahur. Hari ni kak yone masak butter prawn yang mudah disediakan dan sedap dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa 😊

Resepi ni kak yone dapat daripada sahabat baik kak yone. Anak dia memang suka sangat lauk ni. Kak yone pula, sebelum-sebelum ni memang tak biasa masak resepi sebegini. So it's a good try today 😀 Alhamdulillah.

Bahan-bahan:

1. Sebiji telur
2. Minyak masak (nak sihat pakai Olive Oil)
3. Mentega atau marjerin seperti Naturel, Dorina, Mother's Choice dan sebagainya pun boleh.
4. Selabu bawang
5. Dua ulas bawang putih
6. Sedikit carrot
7. Fresh milk atau susu cair

Cara-caranya:

1. Pecahkan sebiji telur dlm mangkuk dan kacau sedikit supaya telur kuning pecah dan bercampur.

2. Panaskan olive oil dan butter (butter lebih sikit pun sedap) Boleh juga pakai marjerin macam Dorina, Naturel dan sebagainya.

3. Masukkan telur tu (tuang sikit-sikit & perlahan-lahan. Tarik mangkuk tinggi-tinggi ke atas macam buat teh tarik. Kacau laju-laju guna belakang sudip. Masak telur sampai masak. Toskan daripada minyak dan put aside).

4. Baki minyak yang masak telur tadi, tumis pula bawang putih dan bawang besar cincang (blender pun boleh). Goreng sampai kuning sikit.

5. Masukkan carrot potong panjang-panjang. Kalau ada sayur yg keras-keras sikit boleh campur. Kacau sampai carrot lembut sikit.

6. Masukkan fresh milk kotak kecik atau susu cair mengikut jumlah kuah yang diinginkan.

7. Perasakan dgn garam gula.

8. Masuk udang dgn telur yang di tos tadi.

9. Siap

Inilah hasilnya 😍😍😍


Memang creamy kuahnya. Anak kak yone yang setahun setengah makan bertambah-tambah 😍 Kak yone pun bertambah-tambah juga nasinya 😂

InsyaAllah anak berselera ibu pun happy. Kalau pening-pening anak susah nak makan, bagi minum Mealshakes yang mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Sangat baik untuk anak-anak. 

Bagi ibu ayah, terutamanya Ramadhan ini, boleh amalkan Mighty-3-Gems semasa sahur. InsyaAllah membantu badan lebih cergas bertenaga semasa berpuasa 😊


Nak dapatkannya, hubungi kak yone di 012-5538628.

Terima kasih. Selamat mencuba 😊

Ikhlas, 
Kak yone
012-5538628
Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ, Mid Valley dan seluruh Malaysia!