Balik beraya. Jangan lupa bawa roti :D

Hahhh, saja celoteh santai-santai lagi. Kak yone dah lama balik ke ibu kota. Cuti raya tak panjang mana. Kak yone balik Selasa baru-baru ni. Kak yone ingatkan balik beraya ni highway clear. Kak yone lupa! Kita 1 Malaysia. Long weekend. So kawan-kawan kita (Chinese and Indian) yang lain pun bercuti juga 😊

Haha bila kak yone berhenti kat R&R, memang nampak banyak kaum Cina dan India. Iyelaaa cuti panjang, rugi duduk rumah. Baik berziarah kaum keluarga atau bercuti bawa anak-anak. Sekolah pun tengah cuti sekarang.

Mujurlah hati kak yone kental. Dah siap-siap bawa roti sebab nak sapu ngan jem. Hahahaha 😂 Tersangkut berbaris di highway memang tak asing bagi kak yone. Dulu-dulu pun kak yone dah kena. Cuma kali ni sebab mindset 'tak percaya' akan mengadap jalan sesak. Tapi kak yone redah dengan redho. 



Ingat lagi beberapa tahun lepas, kak yone sekeluarga gerak dekat pukul 12 malam sebab nak highway smooth. Masa tu, kak yone rasa, kurang sabar juga kalau tersangkut berbaris di highway. Nampaknya semakin meningkat usia, semakin matang dan sifat sabar semakin menebal berbanding zaman muda-muda 😁

Raya belum habis, cuti sekolah pun masih berbaki hujung minggu ni. Mulai esok (Sabtu dan Ahad) pasti yang berada di kampung halaman akan mula berpusu-pusu memenuhi highway Utara Selatan, Timur dan Barat. 

Banyakkan berdoa sebelum dan semasa membawa kenderaan. Doa semasa bermusafir adalah antara doa yang mustajab. Semoga kalian tenang dan dilindungi sentiasa 😊

Nak kekal cergas semasa memandu? Dapatkan Cinch Tea yang membantu mempertingkatkan tenaga, metabolisme badan dan semestinya mencerahkan mata dan menghilangkan mengantuk. Hubungi kak yone di 012-5538628.

Celoteh kak yone
012-5538628


Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ area Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Jaya 33, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitar.
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

betul.. kalau jalan jem cenggini memang roti dan biskut jadi peneman :D

www.syahirahvaliant.com

Balas
avatar

Hehehe.. sekurang-kurangnya kenyang sikit perut kan

Balas