Tak sangka mama yang selalu kelihatan sihat tu...

Hari ni kak yone memilih untuk mengabadikan cerita yang agak personel dengan pembaca-pembaca yang disayangi semua. Tujuannya hanyalah satu - Supaya kita lebih peka kepada tahap kesihatan kita. Kisahnya berkenaan mama kak yone sendiri. Mama kak yone sakit. Tak sangka rupanya mama kak yone yang selalu kelihatan sihat tu sakit yang sukar ubatnya. 

Memang tak sangka, sebab secara generalnya, mama kak yone sangat sihat. Setiap hari mesti masak. Memang rajin. Cuma biasalah bagi orang yang berumur emas, sakit-sakit kaki, lutut dan penat. Kadang-kadang mama sakit perut juga. 

Other than that, memang takde apa-apa simptom yang kronik. Tapi mama kak yone memang ada bacaan gula yang hypo (rendah sangat) sampai kena makan gula-gula atau coklat untuk stabilkan gula dalam darah. Bila hypo, mama akan rasa macam nak pitam. Mama memang makan ubat-ubat dari hospital secara konsisten.

Kisahnya bermula masa awal Ramadhan baru-baru ni. Tiba-tiba suatu malam, mama terjaga kerana rasa macam basah. Tengok di kain, keluar macam darah period. Tapi mama kak yone dah 17 tahun menopaus. So definitely it's not period. 

Mula-mula takde rasa apa-apa, cuma sehari dua lepas tu, abah beritahu yang mama macam sakit perut. Memulas-mulas. Kak yone rasa, sakitnya seolah-olah sakit senggugut. Mama kak yone masa muda-muda dulu pula jenis kalau period, memang senggugut teruk sangat. Sampai terbaring-baring kesakitan. Just to give some history. 

Lepas tu, bila dah sakit-sakit ni, mama gi rujuk di klinik kesihatan. Pap Smear dijalankan. Cuma result pap smear tu sampai ke sudah tak dapat-dapat. Tapi lepas buat pap smear, klinik kesihatan ada bagi surat referral untuk rujuk di General Hospital (GH). 

Maka on the same day, mama abah gi GH nak buat appointment. Cumanya appointment yang ditetapkan bulan September. Padahal masa tu hujung bulan May. Adoiii lambat sungguh. Grrrrrrr 😤 I have nothing to say. Mungkin yang set appointment tu pun tak tahu severity kes tu. Faham-faham aje hospital kerajaan. Cumanya kalau orang tu dah kronik nak mati, by the date of the appointment, mungkin dah meninggal. (Tu ma abah yang cakap ekk).

So mama decided untuk proceed check-up di hospital private. Bila ultrasound dijalankan, doktor O&G cakap nampak normal. Cuma dinding rahim kelihatan tebal. So doktor cadangkan buat D&C (Dilation & Curettage) procedure. Macam orang yang keguguran dan nak cuci rahim tu.

So mama pun menjalani D&C lebih kurang seminggu lepas tu. Sel-sel yang diambil, dihantar ke lab untuk dikaji. Masa kak yone balik raya, sembang-sembang juga dengan mama. Mama tanya agak-agaknya nape ekk Mama bleeding. Kak yone cakap, mungkin sebab hormon. Kita doakan yang baik-baik ye. Lepas 2 minggu kot. Mama jumpa doktor untuk follow up. 



Doktor cakap, mama kena kanser rahim. So rahim tu harus dibuang. Bila kak yone dengar berita tu, sebab kita ni dah terbiasa tengok tv sangat, tertanya-tanyalah, kanser stage berapa? Then mama call beritahu, stage kanser hanya akan diketahui setelah rahim dibuang. Sebab tak tahu keadaan dalaman tu macam mana. Hmmmmmmm.....

Tapi doktor tu ada bagi referral letter untuk rujuk di GH. Cuma doktor tak include sekali lab result tu. Adoiiii 😤 So bila gi GH, appointment date tak boleh diberi sebab takde lab result. Nurse cakap nanti dia tanya doktor pakar and call mama or abah. Haishhh geram jugak kak yone dengar. 

Dalam situasi mama, kak yone rasa semua harus bergerak cepat. It's kanser yang boleh merebak dengan pantas. Betul-betul panas punggung. Tunggu sehari dua, nurse tak call. Bila abah call, depa cakap depa too busy and will call back later. Tapi korang faham-faham aje la kan. Memang tak call balik. Mama cakap lambat-lambat, mama gi private je. Hmmmm..... Tapi kak yone nak juga 2nd opinion.

Disebabkan kak yone tak biasa dengan situasi begini. Kak yone pun tak tahu, sama ada buang rahim itu adalah the best option untuk mama. Apa yang kak yone tahu, apabila organ dalaman dibuang, sedikit sebanyak, pasti akan ada kesannya kepada orang tersebut. Faham-fahamla kan, when part of you being remove. Do you think you won't feel anything?

Bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan yang tahu atau pun punya pengalaman saudara yang terdekat, ada yang mencadangkan untuk buat PET Scan. Hangpa google sendiri PET scan tu apa. Memang accurate result PET scan sebab kanser ni memang ada banyak stage. Contoh kalau stage 1, ada stage 1a atau 1b gitu. Jadi PET scan boleh tentukan.

Masa tu kak yone fikir, if only I was there when the doctor explain to my parents about mama's condition. Sebab tanya mama, doktor tak cakap apa sangat. Cuma cakap it's cancer and need to remove the rahim. Mungkinkah doktor dah tahu yang its too bad dan tak payah da nak PET scan bagai?

So kak yone mintalah abang kak yone tolong call GH untuk set appointment. Sebab abang kak yone ni always ada miracle touch. Dulu abah nak bypass di IJN pun, abang kak yone yang manage to get the appointment. So I hope the same miracle again. 

Alhamdulillah, abang kak yone berjaya dapatkan appointment seminggu lepas raya. Syukur sangat. Tapi kena minta lab report daripada private hospital yang mama pergi tu. Okla senang je.

Then, on the day, doktor pakar di GH tu pun suggest benda yang sama. Mama kena operate untuk buang rahim tu. Based on the report, memang itu je solution buat masa tu. Kak yone rasa report tu clear mengatakan the severity of mama punya kes. So no other option, mama setuju untuk menjalani pembedahan untuk buang rahim.

Kiranya masa mama jumpa tu, tarikhnya 4 Julai 2017. Doktor setkan tarikh operation pada 27 Julai 2017. Tapi admit ke hospital 25 Julai supaya further check-up dapat dijalankan. Plus mama kena puasa dua hari sebelum operation tu.

25 haribulan tu, tengahari onwards, mama dah takleh makan benda-benda berat. Tapi boleh lagi minum milo semua. Malam tu, bacaan gula mama jatuh sampai 1.9 kot. Cepat-cepat nurse suruh minum air manis (teh krisantemum) dan milo. Alhamdulillah lepas tu dah stabil balik.

26 haribulan, mama hanya boleh minum air kosong je sepanjang hari, sampailah ke saat nak operation keesokan harinya. On the 27th, alhamdulillah, mama selamat menjalani operation. 

Kalau orang cser, perut dipotong melintang, mama, perut dipotong menegak. Adalah dalam 14cm gitu. Bila kak yone balik dan duduk ngan mama, memang mama kesakitan - post operation. Bius mama dah ditanggalkan sebab takut jangkitan bila dibiarkan lama-lama. 

Lepas tu, kak yone duduk dengan mama tanya doktor dah beritahu ke keadaan sebenar? Mama cakap dah. Mama kak yone tak tahu nak sebut apa. Tapi mama cakap yang macam gambar yang ada di kaunter nurse tu (gambar tu korang rujuk gambarajah kat bawah). Semua tu dibuang. Sebab dah stage 4. 

Doktor cakap di bahagian perut, di bawah lapisan-lapisan lemak, ada juga sel-sel kanser tu. Tu yang kadangkala mama rasa macam sakit perut, macam gastrik. Padahal bukan gastrik. 

Kalau ikutkan gambar kat kaunter nurse tu, nilah semua bahagian yang dibuang :(

Allahuakhbar. nak gugur jantung kak yone dengar yang its already stage 4. Selama ni, mama kak yone sangat sihat. Mama memang konsisten pergi checkup untuk masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapi semuanya terkawal. Malah mama takde pun demam, batuk-batuk selsema semua tu. 

Apa yang meruntun hati kak yone lagi ialah mama cakap, "takpela Na, mama redha". Ya Allah. Kak yone menangis-nangis masa mengurut mama yang kesakitan akibat post operation tu. Cuma masa tu, mama pejamkan mata. Makan ubat pula, keluar balik. Hati kak yone memang tak tertahan melihat penderitaan seorang ibu yang telah berkorban bersusah payah membesar dan menjaga kak yone selama ni. Tapi mama memang sangat-sangat kuat.

Hari tu, memang telan ubat je, tak lama mama muntah. Sampai keesokan hari pagi mama still muntah bila telan ubat. Menjelang tengahari baru mama nampak ok. Malah bila ada sedara atau sahabat datang melawat, mama memang put up a strong face. Nampak sihat dan tersenyum walaupun mama sangat sakit. 

Sekarang mama dah ada kat rumah. Ada la hari tu, doktor suruh buat CT scan dan pergi beberapa kali untuk buka benang jahitan. Mama macam biasa je kelihatannya. Bila follow up, dari result CT scan doktor cakap, sel-sel tu dah berada dalam tahap 4. Jadi chemo akan dijalankan minggu depan. Semuanya 6 sesi chemo dalam selang 3 minggu. Untuk chemo tu mama kena warded.

Kak yone sebenarnya tak sanggup nak tengok mama menderita. Tapi mama memang seorang yang positif dan kuat. InsyaAllah, minta juga kalian semua doakan mama tabah dalam menjalani treatment chemo and hope there's a positive outcome setelah chemo. Tak payah la mama nak hadap sampai 6 sesi.

Apa yang kak yone nak cakapkan ialah, jagalah kesihatan. Bagi wanita, please buatlah pap smear dua tahun sekali. Kalau rajin setahun sekali. Dalam bersedih dengan kisah mama ni, kak yone dengar beberapa orang yang lebih-lebih kurang sebaya kak yone meninggal sebab kanser. 

Keadaan sekarang dah berbeza dengan dulu. Dulu mungkin umur tu memainkan peranan. Sekarang, sesiapa saja berisiko. Amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan, rajin bersenam. Kak yone tulis ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. 

Walaupun kak yone seorang yang rajin makan supplemen, tapi kalau part lain kak yone tak jaga, macam makan berlebih-lebihan, tak guna juga. So jomlah kita berusaha untuk jaga lifestyle kita ya. 

Akhirnya, mohon doa kalian agar mama kak yone kuat dan tabah dan kembali sihat selepas menjalani rawatan-rawatan ini. 

Thank you sebab baca coretan yang panjang. Hanya perkongsian sebagai iktibar untuk kita bersama.
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Innalillahiwa innalillah ilaihirojiun.. semoga doyone tabah dan mama doyone kuat hadapi semuanya. Aamiin

Balas
avatar

Terima kasih Mas. Kami tengah belajar untuk redha. Segala-galanya pinjaman. Sementara ada, kita hargailah sebaik-baiknya.

Balas
avatar

Sebak baca cerita kak yone. Semoga mak kak yone kuat hadapi dugaan ni dan x perlu kemo sampai 6 kali. Ameen.

Balas
avatar

Terima kasih Umi :) Aaminnn semoga doa umi dikabulkan :)

Balas